03 December 2012

2nd Penang Bridge

Weehoo!!!

Achik dah sampai kat atas jambatan Pulau Pinang yang ke-2. Dah lama teringin nak gi tengok bakal jambatan yang terpanjang kat Asia Tenggara tu. Last year nyer dah terlepas. Tahun ni, dapat tahu je ada seminar dan site visit awal-awal aku letak nama. Yelah, aku ni dah lah kekurangan pendedahan dengan kerja-kerja kat tapak pembinaan, asyik dok dalam opis. Bila ada peluang macam ni, dia punya teruja memang lain macam. Kena gi hari Sabtu pun, achik tak kesah. Walau hakikatnya macam-macam aku nak buat hari Sabtu tu. Takpe, semua itu boleh tangguh, tapi lawatan ni, giler nak lepaskan.

Seawal jam 7.00 pagi nak kena ada kat Wisma LLM kat Kajang sana. Giler awak aku bangun, nak gi keje pun tak awal macam ni. Tapi 7.15am gak baru aku sampai. Oklah tu, ikut jadual bertolak pukul 7.30am, dans ampai pukul 10.00am kat Penang. Macam merepek jadual ni. 2 jam setengah je KL - Penang. Naik bas kot, bukan jet pejuang. Tapi layan kan je lah. Naik bas LLM boleh pecut, tak yah pikir speed limit kot. Itu yang aku pikir. Tapi hampeh. 5 jam lebih dok dalam bas. Habis hancur lebur jadual lawatan pagi. Janji tak ditepati sungguh.

Tido, bangun..tak sampai lagi. Tido semula, tapi bukan lena pun. Layan movie. habis 2 citer okay, baru lah sampai. Bila dah masuk Penang, aku punyalah suka.. tak larat dah aku nak duduk dalam bas sejuk tu. Nasib baik ada kawan-kawan yang boleh diajak borak, gelak-gelak sikit. Tapi bila senyap, aku tengok belakang masing-masing balun tido.

Pengalaman terindah. Peluang yang tak semua orang boleh dapat. Rasa berbaloi lah dok dalam bas lama-lama.


Jambatan kedua Pulau Pinang sedang dalam pembinaan. Sikit je lagi nak siap. InsyaAllah September 2013 boleh beroperasi. dah 80% siap.


terima kasih sudi terima kedatangan kami. banyak kami belajar di sini.

Untuk lebih maklumat lanjut mengenai Jambatan Kedua Pulau Pinang ni, boleh refer ke Jambatan Kedua Sdn. Bhd.

*aku saja tak nak upload gambar banyak-banyak. aku geram sebab semalam masa tengah draft entry ni, nak masuk gambar tak boleh. apalah makna sebuah entry blog tanpa gambar kan. mood dah hilang..

2 comments:

  1. Yeah. Sy pnh berada di projek ni selama 2 bln... B4 ni involved ngn penang bridge widening. Kenangan manis amat berharga.

    Anis ex uemb

    ReplyDelete