Minggu lepas aku hampir-hampir kempunan nak makan steamboat. Beriya aku berusaha booking tempat kat Island Steamboat tapi gagal. Mentang-mentang baru kuar TV, krew JJCM datang review restoran dia, terus asyik full house. Bila weekdays pun full house aku tak mengharap akan ada kekosongan pada hujung minggu. Aku memang kecewa, sebab dah terbayang-bayang daging-daging yang di marinated dipanggang tepi periuk steamboat tu masuk dalam mulut. Argghh..kecur wehh..
Bila Nadeera cadangkan satu lagi restoran steamboat kat Shah Alam, aku memang happy giler, terus google dan booking. Tak menyabar sungguh.
Dan malam tu keinginan kami untuk bersteamboat grill termakbul.
Rebus-Rebus Steamboat & Grill kami serbu. Kedai ni terletak kat Seksyen 16, Shah Alam. Kira dekat lah. Tapi tetap gak kena pakai GPS, sebab kami tak pasti kat mana Alam Avenue tu. Dulu masa jadik penduduk Shah Alam, takde lagi Alam Avenue ni. Booking 8.30pm, tapi 8.45pm kami sampai. Sampai dalam keadaan lapar maksima.
Sampai-sampai, terus serbu. Lapar weh..
Arrghhhh!! Sangat lazat. Rasa macam nak repeat lagi sekali.
Kami memang dah niat nak makan yang grill je. Steamboat ni dah selalu. Tapi amik lah jugak, dan pastikan amik udang, ketam ngan sotong je. Segala jenis bebola tak amik langsung. Kat Rebus-Rebus Steamboat ni ada 3 jenis kuah untuk steamboat. TomYam, Sup Ayam ngan Sup ketam. Kami pilih sup ketam konon biar tak pedas, Eisya boleh makan. Tapi macam tak sedap sangat lah, patut amik kuah tomyam.
Tak sabar. Tak sabar. Nasib baik panas, kalau tak selamat dah masuk mulut
tak menyabar, apsal lambat sgt daging tu masak, terus check nak tinggikan suhu
round ke-3. aku hampir menyerah kalah tapi Ekwan kata 'tak sampai RM28 lagi awak makan ni, cepat makan lagi' huhuhu.. aku sumbat la jugak.
Daging-daging marinated yang disediakan untuk dipanggang adalah sangat sedap, ada banyak pilihan. Puas kitaorang makan, tapi 3 round je dah kenyang. Korang patut try lah, ni alamat Rebus-Rebus Steamboat & Grill. Harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi-baloi.
D-5G, Jalan Serai Wangi H16/H,
Alam Avenue, Seksyen 16,
40200 Shah Alam, Selangor.
No untuk tempahan: 010 - 4334 969
wah.... sedapnya ... yum myum...
ReplyDeleteaku tgk ko makin cun ar dayu...hihihih
ReplyDeletemakin cun?? alah janganlah tp TQ *blushing*
DeleteDayu, pasni try steamboat&grill kat Q thai pulak. Sedappppp jugak ;)
ReplyDeletemakin cun?? (: terima kasih atas pujian anda *blushing*
ReplyDeleteQ Thai?? kat mana tu? ok, sila google sekarang jugak
ha'ah la. Aku pun nak tanye apasal ko macam makin glowing aaa? apa rahsia? takkan ambik wudhu' je mcm kak Nita Serawak kottttt :p
ReplyDeleteglowing?? alah mana ada glowing mana pun. berkat supplement2 yg ditelan kot. takde rahsia la
ReplyDeleteKalau terus terjah je boleh ke?
ReplyDeleteboleh je kot. tp kalau nk selamat, call la dulu
Delete