17 December 2012

Genting Highland Kami Datang

Aku rasa kini laki aku lagi kuat berjalan berbanding aku. Idea pergi berjalan-jalan, habiskan duit banyak datang daripada dia sejak kebelakangan ni. Ada masanya aku macam batal atau tangguhkan program berjalan, tapi tetap akan dia laksanakan. Macam hujung 2 minggu lepas, rancangnya kami nak ke Genting Highland. Tapi aku macam malas nak pergi sebab nak duduk rumah, tunggu separuh akhir Piala AFF Suzuki Cup tu, tapi dia tetap 'jomlah gi, kita gi pagi-pagi, pukul 4 gitu kita balik lah. sempat nyer tengok bola' Disebabkan 'berjalan-jalan' itu juga adalah aktiviti kegemaran bersama, aku setuju aje dengan cadangan dia.

Dah lama tak pergi Genting Highland, last time masa Eisya 7 bulan. Tu maknanya 2 tahun lepas, Lama sungguh bunyinya. Tu yang Ekwan beriya nak pergi tu.

Genting masih sejuk, tapi tak sedingin dulu. Aku masih boleh selamba pakai blouse kain licin, nipis macam ni. Eisya aku pakaikan sweater, tak nak dia selsema kemudian hari. Cantiknya lah langit tu.


Selamat Datang ke Genting Highland,
Ini lawatan kali ke-2 Eisya ke Genting. 1st time dulu tak paham apa lagi. Kali ni kecoh.

Wahhh.. tiket theme park dia dah naik harga. Dulu rasanya untuk outdoor theme park RM30++ je. Sekarang dah RM50/seorang. Tapi kali ni kami amik Indoor Theme Park pass je. RM20/seorang, Eisya free. Ada anak kecik, sangat tak sesuai nak ke outdoor. Lagipun dengan cuaca yang asyik hujan ni. Baiklah duduk kat dalam je. Seronok gak berlegar-legar kat Indoor Theme Park ni. Tapi banyak jugak game yang tak dapat nak main sebab Eisya tak cukup ketinggian. Takpelah, redha je lah.

Jadual Kadar Harga

Ohh.. janganlah pergi theme park pada cuti sekolah. Boleh stress dibuatnya. Beratur sangat panjang, orang sangat ramai. Nasib baik nak makan senang, kalau tak memang aku stress. Tapi seperti biasa, melihat anak berlari keriangan kan adalah kepuasan ibu bapa. Terus hilang stress mak nak. Beratur panjang-panjang pun mak tak kesah.

ini yang bakal berlaku andai anda membuat lawatan muhibbah ke taman tema di kala musim cuti sekolah

dialog anak beranak
abah: kita nak main apa lepas ni Cha?
Eisya: naik ulat..
Eisya tak habis-habis nak naik ulat. Beratur sangat lama. Dah petang-petang pun aku tengok queue masih panjang. Tak kuasa. Sekali cukup.

Nak masuk rumah hantu tak boleh, Eisya memang tak dibenarkan. Lagipun baru je lalu depan pintu masuk pun dia dah mengelupur peluk tengkuk kita kuat-kuat. Kebetulan ada maskot 'hantu momok' depan tu. Makin lah budak tu tak tentu hala. Selama ni eksen 'cha puk antu momok.. mati ahhh' Bila depan mata 'akut..cha akut'  Buat lawak lah anak aku ni. Teringin nak masuk tengok wayang 4D, tapi sekali lagi ketinggian Eisya tak mencukupi. Hampeh sungguh. Nak main mini roller coaster tak boleh, bumper car tak boleh. Naik je lah mini train, reindeer cruise..Orang ada anak kecik, gini gayalah. Aktiviti ekstrem ni memang selalu kempunan lah. Nak naik sampan ala-ala venice tengah renovate lak. 

selak-selak.. belek-belek tak berkenan.

seronok orang tu shopping.

Kalau gi Genting, shopping adalah sangat seronok. Sebab semua kedai ada sales. Seperti biasa, kalau aku kata aku yang nak shopping akhirnya Ekwan yang membeli. Lain kali jangan niat apa-apalah, baru aku akan keluar kedai bawak beg plastik.

Seronok. Sangat seronok dapat spent masa sekeluarga macam ni. Walaupun penat, berbaloi.

Bye Genting Highland. Nanti kami datang lagi ye. Mungkin waktu tu kami berempat pula.


8 comments:

  1. Dayu,
    Aku kan teringin betul nk naik Genting
    tapi sadis pasal laki aku tak pernahnya nk layan permintaan aku tu haha
    entah, sokmo kata bahaya - entah apa yg bahaya aku pun tak tahu

    ReplyDelete
  2. Dayu,

    Bukan kat genting je ramai org time cuti sekolah, kat tmpt lain pun sama juga. Sesak sokmo.

    ReplyDelete
  3. elly pun lama xnaik genting.last p masa peknen arwah kembar..wah dekat 3 tahun dah..

    aminnnnnnnnn... (doakan dayu ayat yg last tu)

    ReplyDelete
  4. lamanya x naik genting...teringin tapi husband plak takde masa...huhuhu

    ReplyDelete
  5. lama aku x g genting..nanti boleh p la..

    ReplyDelete
  6. Genting highland ni macam tama tema sepanjang zaman kot
    biar dgn kewujudan mcm2 taman tema, org tetap dtg melawat

    ReplyDelete
  7. Sy suka ayat terakhir. Hehehe..

    ReplyDelete