Tak percuma, tapi murah pun dah cukup mengembirakan kau.
Aku kan memang tengah carik blouse sebab merasakan baju sedia ada sudah tiada yang boleh dikategorikan baju baru. Terasa asyik ulang pakai baju yang sama. Dan misi mencari baju baru di Kenanga Wholesale City juga telah gagal. Tu yang bila jumpa kedai ni rasa macam ya Allah, bestnya. Rasa nak borong berhelai-helai. Ni kali pertama dia datang jual offline kat tapak pasar tani Kementerian Kerja Raya ni. Selalunya dia jual online je. Baru nak mencuba jual secara offline.
Best ohhh baju-baju dia, menepati citarasa aku.
Argghhh!!! Tergoda tahap maksima
nak yang tu.. nak yang tu.. semua la aku nak
Hari Selasa depan dia datang lagi, aku dah target dah nak rembat yang mana. Paling penting kena kuruskan baju sebab baju dia kebanyakannya fit S-M sahaja. Yang L dia lak macam terlebih besar.
Hah, korang yang selim melim tu, boleh lah order. Selesa pakai weh.
salah satu yang aku dah sambar selasa lepas. ni size L. nanti lain kali mintak Ekwan amik kan gambar full for the length
edited:Ramai tanya 'macam singkat je, cover bontot tak??' Yang cropped top tu memang singkat lah, tapi yg top blouse tu, tak lah singkat sangat. Kalau amik size L, lagi selamat.
alo....klu takde insta boleh follow tak?haku insta ni belum khatam lagi...
ReplyDeletewah. boleh rekemen kat kakak ipar ni. hehe
ReplyDeletemcm singkat je weh. cover vontots tak?
ReplyDeletedia tak labuh sangat.. tak cover vontots. tp yg L labuh
ReplyDelete