Usaha tu ada tapi selalu kecundang. Nak harapkan diet semata susah gak. Dah la tetap kena masak setiap malam. Nak senam, malas. Lagipun apa je aku boleh buat kat rumah tu. Nak suruh aku bangun 5 pagi gi jogging kat bawah, jangan harap. Tak kuasa aku nak main kejar-kejar ngan anjing. Nak gi gym?? Bila masa aku nak gi..walaupun dekat je, urusan kat rumah tak mengizinkan. Lagipun mahal lah. Tu yang berazam nak beli treadmill/cross trainer letak kat rumah sebijik. Bila-bila masa je aku boleh exercise. Ikut suka aku. Rasa bersemangat berkobar-kobar 20 minit aku kat atas tu, datang pemalas nak dapat 5 minit pun tersenguk-senguk.
Tu yang aku nekad, dapat je duit kutu aku nak order cross trainer sebijik. Treadmill mahal bebenor, achik xde duit sebanyak itu.
Inilah cross trainer saya. Brand Smartlife. Harga pasaran *kata saleswoman itu* RM1299, tapi aku beli dengan harga RM950. Habis duit kutu aku. Tapi takpelah, beli benda bermanfaatkan.
Ahli baru keluarga kami. Selamat datang
pandangan dari belakang.
cross trainer saya dari pandangan hadapan. silalah abaikan pemandangan sekeliling.
hari kerja rumah saya memang serabut
Besar sungguh cross trainer ni. Masa amik aritu, nasib baik muat nak sumbat kotak dia kat seat belakang. Punyalah berat. Terpaksa kitaorg angkut bawak naik rumah 2,3 round. Dan terus terpikir macamana nanti kalau pindah rumah. Takkan nak dismantle. Terpaksalah nanti carik lelaki-lelaki gagah untuk angkat benda ni beramai-ramai. Berat sungguh.
Dan terima kasih kepada suami saya yang bekerja keras memasang alat ini untuk isteri tercinta yang dah gemuk ni. Nasib baik senang. Kalau harap aku, tergolek-golek lagi kot semua parts tu serata rumah.
Tq ye En Ekwan. Tapi jangan lupa, dapat bonus kang sila serahkan sumbangan untuk pembelian cross trainer ini bagai yang dipersetujui. Kesian bini anda, dia dah plan macam-macam pembelian dengan duit kutu dia.
Ekwan kata kalau aku tak guna, dia hempuk aku kat benda ni. Semoga dengan amaran yang sebegitu keras aku akan rajin, gigih dan tak mengelat. Semoga benda ni betul-betul bermanfaat dan memberikan hasil positif. Setakat seminggu ni Alhamdullilah lah, rajin lagi. Tercungap-cungap aku nak dapatkan 5km. 1st run lagi seksa macam nak pengsan dah. Nak dapatkan 5 minit, 1km je pun dah rasa nak surrender. Biasalah badan dah lama tak bekerja keras, sesekali kena paksa.. semput kejap.
Tapi lepas 2,3 kali.. 5km tu mampu dilaksanakan lah. Alah bisa tegal biasa orang kata. Aicehhh..
pasni slim lah dayu.. bagus ni sbb lengan dan kaki bergerak so akan balance la kurus nnt.. klu treadmill tu baik gi jogging je heheh pendapat aku la
ReplyDeletewah pasni boleh la mengeluarkan peluh.... sambil menonton tv pon bole...
ReplyDeleteok..aku suke bab ekwan nak hempuk ko dgn CT ni kalau tak guna. wahahaha
ReplyDeleteSlm, ok tak sis guna smpai sekarang, tgh usha nak beli satu
ReplyDeleteRM950 je?? murah lah tu. Baru beli 2-3 hari lepas, RM1998 itupun lepas diskaun. Harga asal RM2580...
ReplyDeleteHaahla..kenapa murah sgt harga ni..sy bru beli pun harga rm1998..harap2 kita semua konsisten la yer guna cross trainer ni..
ReplyDelete