28 June 2010

dia racun, dia juga penawar

Betullah orang kata, dah anak ni, buat apa-apa smua dulukan anak. Apa-apa mesti fikirkan anak. Nak beli apa-apa, mesti beli barang anak. Barang sendiri pun boleh lupa. Takde lah lupa sebenarnya, tapi sebab dah terlebih belanja untuk anak. Harus peruntukan untuk diri sendiri terpaksa dipotong kan..

Hahahaha.. itulah yang terjadi 2 minggu lepas. Dari sebelum gaji hinggalah hari akaun berisi semula. Keje aku hanyalah keluar masuk Sogo. Bukan setakat masuk je, masuk tangan kosong, keluar bawak 2,3 helai beg plastik. Semua berisi baju dan permainan untuk Eisya. Untuk ibu dia?? Tiada. Semua adalah milik dia. Ibu macam hilang pertimbangan bila masuk children department tu. Lepas ni, asal masuk Sogo mesti aku serbu tingkat 4 tu. Huhuhu, mahu setiap bulan duit gaji aku habis kat situ je. Minggu ni je Eisya dpt baju baru berpasang-pasang. Abah dia geleng kepala je tiap petang bila ibu masuk kete mesti jinjing beg plastik.

Dan aku sgt kalah tang mainan.. mcm smua aku nak borong. Silalah jauhkan aku dari kedai -kedai yang mcm ni. Saya mudah tewas, tak berjaya kawal diri *time anak tak reti mintak mainan, beriya aku belikan mcm-macam. nanti bila dah pandai, terkial-kial mengelak

hadiah dari kawan-kawan abah. play-gym ni lah peneman eisya berbaring. leka lah dia kejap. kalau tak, harus melalak bila dia perasan takde org dekat dia. tapi sejak dah duduk nursery ni, dia mcm dah boleh kalau kena tinggal.

freddy, grasshopper tukang buat Eisya leka bila cuba ditidokan dalam buaian. juga teman ketika boring duduk dalam stroller. Ohhh, Eisya sgt tak suka duduk dalam stroller. Hari tu masa gi Giant, lenguh la tgn ibu dia ni mendukung. Letak je mesti merengek. Nak tak nak, lipat stroller masuk dalam troli. Anak... anak...rasa macm nak lelong je stroller tu. Dan sejak duduk nursery, Eisya dah tak tido guna buai, dia dah boleh tido bila diulit, tepuk-tepuk bontot skit.

Kini Eisya dah semakin galak berborak. Bangun tido mesti tersengih-sengih ajak ibu ngan abah borak. Ikut hati, mau je tak nak gi keje layan dia bercerita. Dah lah dah pandai sengih, senyum sampai ke telinga *abah kata* Isskkk, terhibur sungguh hati ngan gelagat dia. Hah, dah pandai main air liur. Ibu ni siap sedia je nak kena sembur ngan awak Eisya... :)

aktiviti kegemaran masa kini. nak tido harus isap2 jari, smpai meleleh-leleh air liur. sgt syiok agaknya. tgn sebelah lagi ramas-ramas rambut. risau je kalau dia tarik rambut sendiri. tp setakat ni tak lah. dia dah tau kot, buat gitu sendiri sakit. hmmm, adakah kegemaran ni harus dibenarkan?? ke harus dihalang?

So bila dia demam semalam, aku rasa susah hati sgt. Bangun tido, takdelah nak main-main. Merengek, menangis. Muka masam je. Panas badan dia. Bila bawak gi klinik, doktor kata demam sikit je. Suhu badan dia 37.5. Doktor tu sgt baik. Lepas ni mesti ke sana lagi. Tapi harapnya, janganlah Eisya kerap sakit. Harap-harap sumber penyusuan Eisya akan membantu. Bab memberi Eisya makan ubat sangatlah drama. Ibu ngan abah kena berkerjasama. Tapi syukur, Eisya senang dipujuk makan ubat. Kena selangkan dengan susu. Diamlah dia. Abah tak nak jadik tukang picit ubat masuk mulut Eisya lagi, hari ni ibu kena buat sebab abah kata nanti Eisya tak suka ngan abah, sbb asal makan ubat nmpak muka abah. Huhu.. abah kamu Eisya.

*mau pegi gelak-gelak sma Eisya

14 comments:

  1. dayu, cuba try bwk eisya jln2 guna baby wearing.. mesti dia suka...

    ReplyDelete
  2. bestnya ada baby. betul tu...dia racun, dia juga penawar. buat masa sekarang, ayat tu khas buat hubby terchenta. hehehe
    dulu cerita psl wedding, now psl baby. best best!

    ReplyDelete
  3. get well soon eisya. tp mainan2 eisya tuh mmg menarik sungguh! :)

    ReplyDelete
  4. tips yang boleh dikongsi bersama :
    kalau baby demam, sembelit, cirit-birit dan sebagainya (sakit), kerapkan penyusuan. InsyaAllah, dengan berkat susu ibu, baby akan pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
  5. hai dayu..
    memang dia lah racun dia lah penawar
    terhibur hati bila tengok gelagat bb..rasa xtenteram je bila kat tempat keje mcm lambat jer masa nak balik...

    sara pun macam2 mainan mama dia beli..mahal .. murah sume ada..aleh2 botol minyak yuyi jugak pilihan hati dia..

    ReplyDelete
  6. hoho..mmg rambang mata kan tgk brg2 baby. sllu kene jegil mata dgn hubby hahah. tp klu dpt beli tue, mmg puas giler. eventho duit makin menyusut, tgk anak tersenyum, priceless ;))

    ReplyDelete
  7. oohhh dayu guna buaian ye? nurul tak guna buaian utk tido kan raina pula.

    betul la dayu ada anak semua duit byk abis ke anak. nurul ni pun konon2 nak pi tgk2 je tp terbeli mcm2. haih. tak pe la utk anak kita kan.

    ReplyDelete
  8. ala demam ke..semoga cepat sembuh ye..mmg bila ada anak mak bapak dah lupa psl perihal diri sendiri..

    ReplyDelete
  9. keperluan diri dah jatuh entah no bape. smua dulukan anak. brg dia lah yang bertambah.. ibu abah pakai yg lama sudah.. :)

    kan..kadang budak ni, beriya kita beli2kan macam2, yg best2, tapi hanger, besen, jugak yang dia berkenan..heheheh

    ReplyDelete
  10. hi dear!
    this my first time reviewing ur blog.feel free to drop by n share some info or any tips on wedding prep eh!
    kumakikaeamelyn@blogspot.com
    im following u btw~
    keep in touch yah!! xoxo

    p/s : comelnyeeee baby ituu! =)

    ReplyDelete
  11. anak adelah segalanya sekarang...dan sila jangan pelik kalo setiap entry dayu juga berkisarkan tentang eisya...kerana anak adelah selalu dalam kepala ibu2...sentiasa diingat...comel la eisya...bambam, alhamdulillah berkat susu ibu kan...

    ReplyDelete
  12. tibe2 ai jeles sama Eisya la plak.. uhuhuhh

    ReplyDelete
  13. amboi cantiknyer sumer mainan eisya..eisya demam yer..cepat2 shat ye cayunk..

    ReplyDelete