25 June 2010

kisah kejayaan yang tak berapa berjaya

Hari pertama masuk keje, smua dok kata 'dayu, dah selim balik' Iye, saya suka dengan kata-kata yang begitu. Mana ada orang tak suka weehhh..dah lah dulu size badan bertambah tak ingat dunia. Tiap bulan mesti naik, tak banyak, sekilo mesti ada. Misi-misi nak membebel pun mcm dah tak larat, ckp camne pun. Mesti berat aku bertambah jugak. Maka, terima dengan berbesar hati.

Berat terakhir sehingga melahirkan adalah 78kg. Berat di awal kehamilan pula adalah 63kg. Pertambahan keseleuruhan adalah 15kg je. 15kg je.. tapi dah mcm lori balak dah aku tgk badan aku ni. Ngan kaki bengkak tak ingat. Hah, smpai bersalin pun bengkan lagi. Seminggu lps bersalin baru surut bengkak kaki tu. Punyalah berat badan, smpai tak larat kaki nak menampung.

3 hari terakhir sebelum bersalin. berjalan-jalan bersama keluarga mertua. kan org kata banyak kan berjalan, biar senang nak bersalin. maka, lokasi kenalah pilih yg dekat ngan hospital.

Dan syukur, kini berat saya adalah 60kg *sengih suka hati* tapi terus tak suka sgt sebab teringatkan perut yg tetap buncit mcm dulu, tak kempis-kempis lagi. Biarpun badan dah ringan, tp masih lagi geram kat diri sendiri

Resipi dan tips kejayaan?? Kejayaan yang tak berapa berjaya lah.

Tapi hakikatnya, sebaik saja bersalin. Secara semulajadinya, tanpa sebarang usaha 8kg hilang begitu sahaja. Sendiri macam tak percaya. Uihhh, Eisya baru 3.58kg, senang kira 3.6kg lah. Tak kan la uri, darah, air smua sampai 4.4kg. Berat sungguh. Tapi dalam tak percaya, suka gak. Tapi tetap gak tak suka sbb perut masik kembung, mcm mengandung 2 bulan. Hangin je aku. Maka, gigihlah aku berbengkung. Nak slim punya pasal.

Bila mula berpantang, biasalah menu pengisian perut haruslah berdisiplin. Takde makna nak makan best2. Tapi mak saya sgt baik, mcm best je lauk2 dia sediakan. Ikan bakar, sup sayur adalah makanan tersedap semasa berpantang. Minggu pertama makan sgt selera, smpai nak bertambah. Mungkin tak terasa sangat penat kot. Masuk minggu ke-2, nasi sesenduk pun payah nak habis. Mana entah selera pergi membawa diri. Badan penat sgt kot. Badan tengah menyesuaikan diri. Dengan malam tak cukup tido, siang berjaga. Rindu kat suami lagi. Tu yang terus cengkuk muka.

Bila gi buat pemeriksaan selepas sebulan. Gembira sungguh bila berat dah 64kg. Sukanya saya. Eisya pula naik 1.2kg. Berkat breasfeeding. Syukur.. Dan terus pasang angan-angan, nak dptkan berat masa zaman gemilang dulu. 55kg. Tak mustahil kan. En Ekwan lak dok membakar semangat, dok kata 'mana cukup setakat 64kg tu yang weh' Gemuk lagi tu katanya. Nak berdiet mana bleh, kang mengganggu gugat proses penghasilan susu pulak. Makanlah secara normal, 3 meals a day. Nasi penuh sepinggan. Adakalanya bertambah. Tapi alhamdullilah bila naik atas timbang, jarum dia bergerak ke kiri. Hoyay!!!

rupa bentuk terkini kami berdua.
-anak saya pn banyak anak rambut mcm ibu dia-

Maka, tips terbaik adalah : Susukan bayi anda dengan susu badan semasa pantang. Dan sehingga skrg walau makan byk pun, berat tu masih mampu bertahan di angka yang sama. Penyusuan susu ibu ni mmg mujarab la dalam pengawalan berat badan. Dan jangan makan benda berminyak, bersantan. Nak bersenam, lps pantang boleh kot, dlm pantang tak boleh rasanya. Jangan ngelat berbengkung. Nanti terima nasib sama mcm saya. Itu je lah yang saya lakukan. Tips lain takde. Ohhh, lagi satu. Tanggung rindu banyak-banyak, baru nak makan pun tak selera.

Dan, kini dipersembahkan anak perempuan saya:
Aktiviti setiap petang bersama abah. Abah kata bersenam kuatkan tulang belakang. Anak dia layan je. Memang dia suka pun angkat-angkat kepala gini, pastu toleh kanan, toleh kiri.




16 comments:

  1. amy tak leh lah tiru tips dayu nih sebab nak breastfeed saper pulak kan? hahahaha....

    btw, muka dayu nampak cengkung sangat.. memang banyak sangat kot turun kg ni. pa per pun, congrats. berjaya jugak lah nak kurangkan kg.

    ReplyDelete
  2. comelnyaa eisyaa..gebu...dayu plak makin selimm...pipi cengkung xde bam bam mcm i ni...bestnyaaaa :)

    nanti kena smgt jgk masa pantang mcm dayu ;)

    bila nak main dgn eisya ni..mggu ni full lak kenduri..haih

    ReplyDelete
  3. Congrats Dayu...dah kembali slim melim gitu. (no congrats to org yg menaip ini tsk tsk). Jelessss bangat..huhuhh

    Woww..Eisha dh blh angkat kepala mcm tue. Kuat betol leher dia. Bagos..bagos. Berkat susu ibu tuhh!! Tulang kuat. Membesar bagai johan. Peha mcm drumstick kfc ;p

    ReplyDelete
  4. macam husna je suke angkat2 kepala bila diniarapkan...cepat meniarap ni..hihi

    ReplyDelete
  5. hah?? cengkung ke?? huhuh, napesaya rasa mcm biasa. cuma syukur dagu erlapis tu dah hilang. dah bagi kat eisya..

    ReplyDelete
  6. jelesnyer dayu. senang nye turun berat! huhu kene kuat mcm dayu ni utk berpantang...tgh duk risau pasal berat je ni ha

    ReplyDelete
  7. haah.la.dayu dah slim
    bravo2!!
    nie jeles nie.huhuu...

    zuris masih lagi membolat.waaaa...
    nie akibat minum air bnyk time pantang ar kot :(

    ReplyDelete
  8. teruskan usaha yer :)...makin comel ur lil girl..eh u too!

    ReplyDelete
  9. Shazreen punya target pun nak sampai 55 kg, sekarang ni baru 60 kg..
    So, sama2lah kita berusaha ke arah 55 kg itu :)

    ReplyDelete
  10. hehehe yey akhirnye ada pon entri ni hehehe... hopefully Jiha dpt turun byk mcm dayu gak

    ReplyDelete
  11. tahniah berjaya turunkan berat badan. nurul ni berat baru turun 11kg ada lg 5kg nak turunkan ni.

    tp tulah perut daku buncit laaa :(

    ReplyDelete
  12. muka je mengecil, perut tak geng
    peha pun besar lagi
    tapi dapat sarung balik jeans size 28.29 tu pun dah syukur lah..

    ReplyDelete
  13. takpe dayu..rajin n usaha tga kejayaan...;) cayokkk.. comel eisya

    ReplyDelete
  14. muka cengkung tu dlm gambar boleh menipu org kan kan kan.. hehhehe tp hakikatnya nan ado.. i lah tu.
    tahniah dayu byk gak turun tu.

    alo ica ica, meh nak kiss sket

    ReplyDelete
  15. Abah ajar Eisyaatau Eisya ajar abah menirap ...

    ReplyDelete
  16. cengkung dah dayu muka tuh...tp xpe, bleh usaha kurus lagi..bf baby mmg sangat membantu..tp, berjaga2 bile baby dah stop susu nanti tau...hehe...
    eisya sanagt comel...dah bleh angkat2 kepala yer...gewammm

    ReplyDelete