27 July 2012

Kritikal

Dulu aku macam berniat, tak nak dan tak mahu memperkenalkan Eisya dengan gadget-gadget yang berada di pasaran. Kononnya tetap nak gunakan kaedah konvensional dalam mengajar dia. Tetap menggunakan buku dan flash card. Tak mahu nanti dia kemaruk kalau dapat benda-benda berteknologi tu semua. Tapi nak buat macam mana, mak bapak dia tak berapa gigih. Penat katanya keluar bekerja. Bila balik rumah, anak amik buku suruh bacakan, dah tak larat. Haruslah tak larat, dia suruh ulang sampai 15 kali ok.. Kalau 2 kali memang aku daya lagi. Aku baca tone suara yang sama pun dia tetap 'lagi bu'

Tak daya ibu dia.

Lagi satu, kita yang mak bapak ni beriya tak nak kasik anak kemaruk kat benda-benda interaktif berteknologi, tapi kita sendiri dok hadap benda tu setiap hari. Smartphone sentiasa kat tangan. Haruslah budak tu nak menyibuk sama kan. Dah lah memang lumrahnya dia begitu, semua benda kita buat dia nak tiru. Haruslah berlaku aksi berebut telefon ibu dengan anak. Anak aku lagi ganas, selamba dia tarik handphone ibu dia pastu dengan muka tak puas hati, angkat jari, goyang kiri kanan 'no..no..no..abu.. cha nyer!!!' Pastu baring hadap phone ibu.

Macam reti nak buat apa kat telefon tu. Pastu bising 'abu, wat..'

Malas nak layan punya pasal, aku download lah beberapa toddler education application kat Apps Store tu. Bagi lah dia hadap. Merasalah aku handphone kat tangan dia sesaje. Tak dapat ibu nak bergossip kat twitter. Redha je lah. Tapi ibu jadik geram bila dia datang hulur handphone 'lain..nak lain' Mudah bosan anak aku ni. Ke apps yang aku download kurang menyeronokkan. Berunsur pelajaran sangat. Downloadkan lah pulak education games skit. Susun-susun puzzle, color gambar princess.. Ok, lama sikit bertahan. Tapi tetap selang seminggu 'abu, nak lain'

Geleng kepala aku. Nasib baik banyak applications free. Download je lah.

Bila anak berlari-lari satu rumah sambil pegang Iphone hanya dengan 2 jari, aku yang tengah syiok baring-baring depan tv terus terduduk. Seriau tengok dia selamba je mempertaruhkan nyawa handphone ibu dia ni. Ibu dia ni dah lah jenis sayang duit nak beli gadget-gadget ni. Tu yang pejam je mata belikan dia tab. Tak mahu bagi dia pegang handphone lagi.

Tab murahan je pun. Sayang wehh duit nak beli tab keluaran Samsung. Tidaklah. Maka Lee Ai Pad sudah.

kusyuk

siap bersilang kaki tu.. tak menahan

ni memang agak over lah. nak minum susu tapi tab tak nak lepas. 

Nak tidur pun tab mesti ada kat tangan dia. Tak pun kena ada kat sebelah dia. Jangan lah cuba-cuba nak amik tab dia. Sila lah nanti merasa kena lepuk dengan dia pastu, dia angkat jari 'no..no..no abu.. cha nyer!!!' Over ok anak aku ni. Sekarang ni macam lagi over, ajak makan pun tak nak. Ralit sangat hadap Upin Ipin. Upin Ipin ulang 10 kali cerita sama pun takpe. Boleh pulak..

Anak-anak zaman sekarang.

*sekarang ni suruh asyiklah membuang dalam tidur. aku suspect dia tahan lah. sebab nak main game punya pasal. naya dah ni.. rasa nak sorok tab dia lah pulak

edited:
Lee Ai-Pad ni android. Yang aku beli ni support Wi-fi, RM350. Yang takde wi-fi RM200 pun dapat. Kalau nak support Wifi dan call RM500 ke atas. So application semua boleh download dari Apps Store/Play Store. Boleh download dari youtube. Koleksi upin ipin Cha semua aku download dari Youtube. Camera pun ada. Warranty setahun.

Apa lagi?? Sayang weehh duit nak beli Samsung Galaxy Tab/ Ipad.. Lee Ai-Pad sudah.



9 comments:

  1. hehe
    ni dah mcm case Alia awal2 dpt ipad dulu
    kehulu kehilir dia bawa sampai kitorang langsung takde chance nk pegang
    hahaha

    ReplyDelete
  2. aku pon dulu ade niat yg suci mcm ko.tp lama2 cam x larat gak hahaha

    tp kitorang pon x bape into sgt gadget2. so dia pon da lama tinggal tab dia tu. kdg je gune phone aku dia nak sembang dgn tom =P

    ReplyDelete
  3. lee ai pad tu macam mana beb?
    kasi review beb

    ReplyDelete
  4. Sama la dayu..mula-mula mmg dina pun cam dayu gak taknak kenalkn dgn gadget2 ni tp dh bapaknye pulak upload segala application yg special for toddler bg kt anak main.penyudahnye ipad tu dh jd cam harta danial dh.mak bapaknye jgn hrp la nk merasa pegang

    ReplyDelete
  5. aah kak dayu..ok tak lee ai pad tu?..brape ek?..bgus gak idea tu bli utk anak..kang yg mhal2 tu dicampaknye,x ke naya..maknye ni bknnye kaya..huhu

    ReplyDelete
  6. lee ai pad tu d/l apps dari mana? kinda curious. huu

    ReplyDelete
  7. Arreessa pun suka dgn gadget ni.dah habis lunyai tab & s2 mama dia..huhu

    ReplyDelete
  8. sama la macam anak kayrul gak...mula2 main PVP, pastu PSP, pastu PS2 plak..Handphone pun banyak jahanam sebab pandai sangat anak nie..

    Laptop kat rumah dah jadi macam laptop anak dah..last sekali beli jer i-pad macam android tue..cap ayam jer...baru senang ati so siang malam sekarang mengadap benda tu je la...sanggup tahan lapar janji dapat main

    ReplyDelete