11 March 2013

Indah dan bahagia

Mac adalah bulan yang padat dengan aktiviti sosial. Banyak family event berlangsung Mac ni. Dan kami akan berulang alik ke JB berkali-kali. Demi tanggungjawab. Lagipun ini je lah masanya nak jumpa sedara mara. Jumpa sepupu, mak sedara, pakcik semua. Raya pun belum tentu boleh kumpul ramai-ramai macam ni. Time kenduri kawin je merasa macam ni.

My beautiful cousin is married!!! I'm so happy. Happy macam aku je yang naik pelamin.

Gembira aku tengok kebahagiaan orang lain. Lagi-lagi sepupu sendiri. Memang super excited aku dibuatnya. Dah lah time dia tunang tak dapat nak hadirkan diri. Dia lak 'sorok' tunang dia. Puas aku stalk IG dia, berharap boleh jumpa gambar tunang dia. Gagal. Takde. Pandai dia sorok tau. Bila dapat kad jemputan, aku siap google ok nama bakal suami dia. Hahaha..over akak sepupu sorang ni.

Bila tiba hari majlis, memang aku sangat teruja ok. Awal pagi bangun, nak sama-sama saksikan hari bersejarah sepupu sorang ni.

Cantik sungguh Ayu. Dan akhirnya dapat juga ku kenali pilihan hati dia.

Majlis yang indah dengan pasangan pengantin yang sangat cantik. Berseri-seri. Decoration best. Ada photo booth yang best untuk mengila seketika. Ada candy buffet yang sangat yummy. Seronoknya kawin!! Eh, tetiba kau dayu. Hahaha, tapi memang lah. Kalau tengok orang kawin, teringat majlis sendiri dulu. Bahagianya jadik newlywed. Alahai, dah nak masuk 4 tahun dayu. Pengantin kertu namanya kau tu. Kertu tu tak lah, tapi perubahan saiz je. Hahaha, laki bini mengembang dengan jayanya.

Pengantin kertu. Mana Cha?? Dia sekarang sangat susah nak diajak bergambar. Time ni dia tengah berlari-lari sesuka hati, pastu tetiba datang buat 'peace' kat celah kaki aku. gambar dia bergegar, maka kena crop. padan muka.

Auuwww!! Sexy ke??

love this pic *tapi gorgeous ke??* 
dan tak berjaya menemukan blue dress untuk Cha, maka sarung je lah dress hitam putih Cha.

this one is so nice. eleh orang tu, asyik ngan frame 'i/m sexy' tu je. 

suka gambar ni. dan Eisya berjaya pegang board itu dengan betul. another 2 weeks balik JB lagi, adik aku yang baju merah tu pulak nak naik pelamin.

nanti anak-anak dah besar tengok gambar ni mesti derang gelak sakan kat kita. menjawab lah nanti

cukup-cukuplah berposing sakan dengan sepupu sepapat, lawat pulak pakcik makcik yang sedang membincang majlis-majlis akan datang. susun jadual perjalanan. tahun ni. adik-adik sepupu aku semua nak naik pelamin. bertambah ahli keluarga.

Pengantin masuk ke dewan jam 2.00pn. Alahai manisnya, diiringi bridemaids yang cantik dan kurus-kurus. Akak adalah jeles wahai adik-adik.

pape pun akak nak tiru design baju korang, walaupun akak tak sekurus korang.

cantik. tu je nak cakap.

Selamat Pengantin Baru Dr. Khalilah & Dr. Addi. Nikmati keindahan perkahwinan. Semoga sentiasa berbahagia. Hingga ke syurga kami doakan. Amin.


7 comments:

  1. 1. warna tema baju dayu (turqoise) tu mmg cantik.. dayu pun nampak swet je..

    2. majlis nampak sangat2 meriah

    3. pengantik perempuan tu gojesnye....naik seri pengantin..

    4. kadang2 p majlis orang dengar bunyi kompang pun dah teringat majlis kita dlu2 kan dayu

    ReplyDelete
  2. serius cun giler pengantin..
    pes time tgk majlis akwen ade tempat nk gedik2 santai utk bergmbr gini..kreatif!

    ReplyDelete
  3. woit cantik design baju leh lah guna pakai idea baju raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan ku cilok design baju budak2 ni
      walaupun aku tak sekurus derang

      Delete
  4. Gambar yg last tu.... she looks like nurul syuhada. dengan lesung pipitnya. cantik! :)

    ReplyDelete