Aku memang jarang bawak baju tak cukup kalau gi berjalan. Selalunya terlebih. Tanpa perlu membasuh. Tapi masa gi Penang tu, entah salah kira ke apa...baju tak cukup. Baju Eisya je cukup, baju aku ngan Elma masuk hari ke-2 dah habis. Masa nak meninggalkan Penang nak tuju ke Cameron baju dah habis. Macam tak percaya je boleh tak cukup baju. Sangat bukan hidayu..
Tapi itulah hakikatnya. Mengagaulah carik self service laundry sekitar Tanjung Bungah dan Ferringhi. Malas nak ke kawasan tanah besar. Bila Google pun banyak kata kat Bukit Jambul lah..semua kat mainland, tapi tak kuasa nak ke sana. Google punya google ada satu respond kat forum kata ada 1 self service laundry kat area Bukit Ferrringhi. Cariklah ikut instruction dia bagi, tapi tak jumpa. Kecewa sungguh. Dah nak mengalah dah, konon nanti carik je laundry kat Cameron. Tapi memang dah rezeki kan, masa patah balik tu ternampak signboard self service laundry tu. Punyalah gembira kan..
inilah kedai nyer. penyelamat. tersorok sangat
sekali basuh RM4, dryer pun RM4.
Kedai dia ke belakang, memang agak susah lah nak dicari. Rasanya inilah kedai yang dimaksudkan dalam forum tu. Dari traffic light kat Petronas kat pekan Batu Ferringhi tu terus je. Ada kedai arab sebelah kiri, betul-betul selepas kedai tu belok kiri. Nampak lah laundry ni. Depan simpang tu ada bangunan nama Rumah Perak tak silap aku.
Self service laundry memang patut diperbanyakkan lah. Lagi-lagi kat kawasan pelancongan macam Ferringhi ni. Sangat diperlukan. Laundry biasa memang melambak-lambak. Tapi ada masanya, orang nak segera kan. Kes macam aku ni. So, sesape kat Feringghi, silalah melabur bukak bisnes self service laundry ni. Mesti masyuk.
Sementara tunggu baju dibasuh, marilah makan laksa dan rojak dulu. Gi beli jeruk Pak Ali. Sudahnya petang jugak baru tinggalkan Penang. Walau rancang nak tolak tengahari.
*sgt tak percaya aku kehabisan baju di penang
salam..terima kasih sebab mempromosikan kedai dobi saya...nanti kalau mai penang..roger2 la..boleh saya belanja makan...
ReplyDeleteSalam.... sy pun kat ferringhi ni.... tgh duk mencari self service laundry jg... masih beroperasi ke kedai en nashrul ni? Pagi td suami gi ronda.. dh byk 24hrs laundry shop.. tp x buka la pulak...
ReplyDeleteSalam... masih beroperasi ke kedai dobi ni? Kami pun nk mendobi ni.. suami kata kedai 24hrs dh byk... tp tutup... boleh bagi alamat?
ReplyDelete