15 April 2015

Aktiviti Craft Eisya

Aku memang perasan Eisya ni minat dia memenag ke benda-benda craft. Tu kalau dia minta belikan benda-benda berkonsepkan art & craft ni, aku tak kesah sangat, laju je setuju. Kalau dia pilih mainan yang bukan-bukan pun aku akan cuba pujuk amik something art related. Dan selalunya dia setuju je. Weekend aritu belikan lah dia Mpould & Paint ni. Bukan main suka dia. Lepas bayar je terus ajak balik, tak sabar nak main. Over perangai kau Cha. 

suruh amik gambar pun buat muka malas sebab aku kacau suruh dia stop mewarna jap

kusyuk sangat. dia siap simpan mould tu dalam peti ais, nak suruh benda tu keras cepat. punyalah tak menyabar.

Esoknya, pagi-pagi hari dah minta aku nak buat crown pulak. Hhmm, ibu mengantuk lagi ni Eisya weh. Tapi dah anak dok minta-minta, aku layan kan je lah. Aku beli pun untuk dia kan. Dah dia rajin dan bersemangat ni, jangan nak dulukan tidur. Layan anak tu. Hujung minggu je pun masa yang ada untuk anak-anak.


Eisya kata nak pakai crown ni masa birthday. Siap nak buat lagi satu yang aku belikan untuk Elma.

2 comments:

  1. ko beli kt mr diy ek?
    knp aku xperasan benda ni ek..
    eh, mcm ne nk perasan asyik pi diy g tempet bento..hahaha

    ReplyDelete
  2. mana ko beli ni ni dayu...anak aku yg sulung pun style cam eisya gak...suka warna2 dan craft ni....nak kena beli gk nih...sbg buah tgn balik kg nanti

    ReplyDelete