22 April 2015

Atok ngan Opah Datang KL

Minggu lepas mak ayah aku datang KL. Datang gembirakan cucu-cucu, nak celebrate birthday budak 2 orang tu. Entry birthday kena tunggu betul-betul bertenang baru boleh buat. Kena buat dengan sepenuh jiwa. Sebab ni event anak-anak yang aku nak abadikan untuk kenangan sepanjang zaman. Semua gambar InsyaAllah aku akan photobook kan dengan sebaik mungkin. Pilih saiz besar skit. Bagi Eisya dengan Elma seronok belek bila dah besar nanti. Bukti betapa mengembirakan mereka sememangnya KPI aku sebagai mak. Takde yang lebih penting dari penuhi keinginan derang selagi dalam kemampuan *eh..touching lagi*

Tajuk asal please Dayu, jangan melencong. Ok... Ok, back to citer utama.

Malam Jumaat mak ayah aku sampai sampai. Terharu mak dengan ayah aku sanggup datang jauh-jauh demi nak mengembirakan cucu. Beruntung jadik cucu sulung ni. Semua orang beri perhatian. Alah, tok nenek mana je tak sayang cucu, dah ramai pun aku rasa keterujaan dia sama je. Ada masa, datanglah melawat cucu. Nak harapkan cucu balik kampung, mak pak busy bebenor. Kenalah atok nenek yang datang jenguk cucu. 

Eisya ni memang manja dengan mak ayah aku. Manja sebab derang rajin layan dia. Suka lah dia. Tapi selalu dengan opah lah dia mengedik sebab atok layan Elma. Elma nak ngan atok je, ngan opah dia tak mahu. Sombong Elma. Dengan atok, tersengih-sengih, dapat ke opah terus melalak. Hahaha.. terus opah sentap. Layan kakak je. Tapi aku tau kot nape Elma nak berkepit dengan ayah aku je. Ayah suka sangat dukung dia, asyik je bawak dia berjalan sana-sini. Tu yang tak nak berenggang dengan atok tu. Gedik lah Elma. Sian atok penat tau. Ayah aku pun selalu makan laju-laju, pastu dia pegang Elma. Dapatlah aku makan puas-puas.. Hahaha..Tak senonoh sungguh.. Amik kesempatan.

Tengok budak 2 orang tu. Sorang berkepit dengan atok, sorang dengan opah. Untunglah.

Budak gedik. Nak berkepit dengan atok je. Takpelah, ibu bagi chance. Bagilah awak ngan atok lepas rindu. Lama tak jumpa kan.

Yang si kakak pun boleh tahan. Nak makan dengan atok, nak atok amik kan makanan. 

So Sabtu tu bawak lah mak ngan ayah jalan-jalan. Saje gi IKEA, mak ada nak carik barang. Pastu atok ngan opah nak belikan hadiah hari jadi untuk cucu kesayangan. Eisya memang kaki bodek, sebelum dapat mainan, asyiklah peluk opah, dalam kereta..peluk je opah. Dah dapat mainan, peluk mainan je. Nasib masih duduk sebelah opah, memang entah perangai siapalah dia ikut tu. Haruslah bukan aku. Aku mana ada kuat bodek gitu.

Dah penat-penat berjalan, bawaklah mak ayah minum petang kat Dip n Dip. Anak dia yang teringin sebenarnya. 

Yummy!! Masa makan tak pikir apa, dah licin baru 'gemuklah along mak, makan manis-manis ni'
sesal kemudian takde gunanya nak..

Tengok si Elma tu. Gitulah dia kalau mak aku amik. Tak semena-mena mencebik. Bukan opah buat apa pun, peluk je pun.

Akak nak gak gambar akak sekeping. Muka mak budak happy dapat makan pancake dicurah coklat. Gemuk belakang citer. Puaskan tekak paling utama.

Eisya minta Playdoh, pastu lalu depan kedai Lego kat The Curve nak lego. Sudah, tak payah. Dah lah mahal, jangan nak membazirkan duit opah kau. Meh lah gi MrDIY je. Beli 'Playdoh' kat sana sudah. Serik dah aku belikan dia Playdoh weh, beli mahal-mahal.. Bertahan 2 minggu je. Sakit hati betul, sejak tu memang aku berazam.. 'No more Playdoh!!' Eisya tak pandai jaga barang. Sayang beli mahal-mahal, rosak gitu je. Yang murah-murah sudah.

Alah, dia bukan tahu murah mahal. Asal namanya tanah liat, suka dah..

Nampak budak 2 orang ni happy bila atok ngan opah ada kat rumah 2 hari ni. Bila derang balik mulalah sedih.. 'Chacha tak nak opah balik, nak opah duduk rumah kita' Alah, kesian budak jarang balik kampung. Mesti menyesal sebab jual mahal bila atok ngan opah ajak tidur sama. Manja-manja gak budak 2 orang ni, tapi malam-malam tetap nak berkepit celah ketiak aku. Camne nak tinggalkan dengan opah ni? Camne ibu abah nak honeymoon?? Ingatkan dah manja-manja senang skit.. Honeymoon dengan anak-anak lah gayanya.

3 comments:

  1. Bila tgk gambar Dip n Dip
    Teringat pulak apa mak aku kabo ms bek dia pg makan situ
    Kesian org bandar nak makan lempeng pun kena pergi kedai mahal kahkahkah

    ReplyDelete
  2. mak mu muda gak ek..bergaya gak tu..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudalah lagi..aku anak sulung dia baru 32..
      cucu pun baru 4..

      Delete