21 April 2015

Happy Birthday Sayang..

Happy birthday anak-anak ibu!!!

Eisya dah 5 tahun and Elma dah setahun. Seperti biasa, ibu memang macam tak boleh terima hakikat anak-anak ibu dah besar. Elma lah paling tak sangka. Setahun dah?? Rasa macam baru je menahan sakit contraction sorang-sorang dalam induce room kat PPUM tu. Seriously, aku macam tak sedar Elma dah setahun. Nampak sangat busy. Tak puas hadap anak-anak. Ke sebab bila time Elma, aku ada Eisya.. Masa dan perhatian kena bahagi 2, tu yang macam rasa tak cukup? Ibu minta maaf Elma andai ibu terkurang memberi perhatian kat awak. Tapi ibu janji, ibu akan sentiasa berusaha berlaku adil. Walau hakikatnya payah. Lagi-lagi bila sekarang awak berdua dah pandai berebut barang. Tak tahu nak memihak kat siapa. Nak biarkan, kang lagi teruk. Hhhmm... Nasib lah kakak tu adakalanya boleh nak tolerate dengan adik. 

Baru anak 2 dah kelibut, how nak ada Ezmeer ni?? Ok, itu kemudian pikir. Hadap yang 2 ni dulu.

eh macam nak serupa lak muka 2 ketul ni.

Alhamdullilah. Anak-anak ibu membesar dengan sehat. Makin bijak. Anak ibu memang easy baby. Lagi-lagi Elma. Alahai bertuah sungguh rasa, senang besarkan awak. Tak banyak buat perangai. Bawak keluar pun senang je. Kalau mengantuk, takde mengamuk-ngamuk. Tahu-tahu tertidur dah. Makan pun senang. Serba-serbi senang lah awak ni Elma. Harap-harap sampai besar lah macam ni. Tapi ramai dok takutkan ibu, derang kata 'selalu kalau kecik senang jaga, bila besar nanti sesak napas ko Dayu' Ibu harap tidaklah. Ibu doa banyak-banyak, Elma akan sentiasa jadik anak yang menenangkan jiwa ibu dan abah.

Elma memang susah nak senyum. Baby garang dia ni.

Eisya.. Makin kuat memberontak dia ni. Kuat sentap jugak. Jangan lah kata yang bukan-bukan pasal dia. Jangan komplen dia busuk, walaupun hakikatnya dia malas mandi. Jangan kata baju dia tak lawa. Nanti dia sentap, merajuk terus tak nak kawan. Hahaha, tak tahulah ikut perangai siapa. Kalau kena marah walau silap dia, kita gak yang kena pujuk. Tapi tak mahu dia terbiasa, kang tak boleh terima hakikat yang dia salah.. Lepas pujuk-pujuk tu aku explain lah satu-satu. Kena ajar dia minta maaf. Terkepit-kepit cakap 'chacha minta maaf' Nampak sangat tak ikhlas. Jadiklah dari tak minta maaf langsung.

Sesungguhnya tak puas tengok dengan masa yang ada Eisya dan Elma. Mak mana tak teringin tengok anak depan mata sepanjang masa. Walau penat, itu kepuasan. Sama macam mak-mak yang lain, semua nak yang terbaik untuk anak-anak. Selagi termampu, segalanya ditunaikan. Gembirakan anak-anak memang objektif utama kan. Kadang bila terleka, rasa bersalah sangat. Mulalah anak tidur pun cium bertalu-talu. InsyaAllah, ibu akan sentiasa ingatkan diri.. Belajar bersyukur dengan nikmat dan peluang yang aku ada sekarang. Belajar appreciate setiap little things antara aku dengan EE's. Sometime, budak-budak ni bukan harap sangat benda yang lavish, dia nak kita spent masa dengan dia je.

*kau dah kenapa Dayu.. entry birthday anak tapi sayu semacam je. baik aku stop sebelum aku buat entry ni jadik entry air mata

4 comments:

  1. hai ezmeer pulak ni..heheh happy birday EE ..semoga pjg umur dan d murahkan rezeki selalu..elma mmg baik budaknya..mak sibuk borak,dia boleh terlentuk2 tido..tido lagi best yer elma

    ReplyDelete
  2. Tembam nya Elma. Aunty geram tengok kamu Elma

    ReplyDelete
  3. aku suka sangat tgk elma ni... tapi dia tepis2 tangan aku mase nak amik dia ari tu.. hahaha... gewammm... anak2 aku time gaduh aku terpaksa sebelahkan zara dulu sebab dia senang pujuk... kalau dani, pheww... lagi pujuk lagi mengade2.. so aku pujuk zara dulu.. zara cpt makan pujuk.. lpas tu baru pujuk dani... kadang rasa nak pecah kepala otak menahan marah.. hahaha

    ReplyDelete