Akak nak share resipi. Lama dah tak post gambar makanan hasil air tangan akak. Hmm, malas sungguh gayanya. Tapi 2 minggu ni memang jarang sikit akak memasak. Sebab tak sempat restock barang basah. Asyik berjalan je kejenya. Tapi bila kawan-kawan post dan share resipi Tom Yam, tak tahan weh.. Terpikat akak nak mencuba. Dah lah senang, dan kawan-kawan kata hasilnya boleh sampai tonggeng mangkuk hirup kuah. Haruslah akak nak cuba gak.
TomYam memang antara menu wajib dalam seminggu kat rumah tu. Sebab TomYam digemari ramai dan mudah disediakan. Selama ni akak bergantung harap kat kiub tomyam. Kalau dah sedia-sedia bahan semua, tiba-tiba tengok kiub tomyam takde, terus tak jadik buat tom yam. Dan selalunya jadik paprik lah dia. Tapi bila Jue dan Ann share resipi mudah TomYam, tanpa gunakan kiub atau any TomYam paste, bersinar-sinar mata aku. Lepas ni takdelah nak rasa kecewa kalau kehabisan kiub.
Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah:-
- 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih dan sedikit cili kering - blend kasik hancur
- 1 batang serai -ketuk je
- Lengkuas (pandai-pandai lah agak byk mana) - ketuk sahaja
- Tumis semua benda kat atas, masukkan air, masuk kan lah isi tomyam. Aku masukkan ayam, udang, sotong dan sekeping ikan siakap. Tiru resipi Jue dan Ann.
- Pastu masukkan lah daut limau purut dengan tomato.
- Jangan lupa letak garam sikit.
- Aku derhaka resipi skit, aku masukkan 2 sudu sos ikan.
TomYam sedap. First time cuba masukkan siakap dalam tomyam.. dan hasilnya.. Pergghh!! Sedap weh. Lagi-lagi siakap tu fresh. Manis je rasa isi dia.
Kebetulan barang basah semua baru restock, hasil memborong kat Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor. Makin sedap lah tomyam aku dengan seafoos fresh.. Habis seperiuk. Eisya siap bertambah 2 mangkuk tomyam. Menyesal masak skit. Hah.. Kalau nak lagi ummmpp terangkat, letak daun ketumbar. Memang makin nyaman lah tomyam korang. Bagi aku daun ketumbar ni antara benda wajib kalau nak masak tomyam, tapi takde masih boleh dimaafkan selagi ada serai dengan daun limau purut. Takde 2 tu, bukan tomyam namanya.
Okay, boleh masukkan resipi tomyam ni dalam menu bulan puasa nanti.
Dayu, nak tambah ummpphh.. ikut byk mana tomyam nak, kuah tomyam, blender tomato 6-8 biji pastu masukkan la dalam periuk.. original masam.. nak masam byk blender tomato byk.. and squeeze skit lemon.. bukan limau tau..
ReplyDeletewah ni lagi 1 tips ni. boleh try for next week tom yam
Deletethanks
cantiklah mangkuk
ReplyDeletechaaaiittt..mangkuk yg dia ni nampak..
Deletetomyam tu yun..tom yam