26 May 2015

Sesi Mandi Laut


Puas masing-masing membongkang lepas penat berendam dalam kolam. Aku je yang terkebil-kebil tak boleh nak lelap. Tengok je lah anak dengan laki sedap tidur. Aku golek-golek je lah tepi derang. Lama jugak semua orang tidur. Sedap berselubung bawah comforter dalam aircond. Aku keluar bilik bila dengar suara Fahrin dengan Luqman. Jaga dah budak berdua tu. Duduk lah kat depan derang, risau gak kalau budak -budak tu keluar ke balkoni. Tak lama lepas tu Eisya pun jaga. Eisya dah bangun, haruslah Elma pun jaga sama. Lapar lah tu memasing. Bagilah derang makan coklat dengan roti dulu sementara tunggu bapak-bapak bangun.

Kenalah guna anak-anak nak suruh bapak bangun, menjeritlah Eisya 'Abah!! Bangun!! Chacha nak gi mandi laut! Cepat abah, bangun!!' Huhu.. Terkebil-kebil abah kena pekik dengan Eisya. Terpisat-pisat abah bangun.

Dari Ancasa ni boleh akses terus ke laut. Banyak kedai makan kat tepi laut Teluk Kemang tu. So kitaorang jalan kaki je ke sana. Makan dulu, isi perut baru ada tenaga nak lawan ombak. Budak-budak dah tak menyabar, tapi hari macam masih panas walau dah petang. Kita tunggu redup sikit ye. So, pergi klinik kejap. Carik antibiotic until Elma, telinga dia bernanah semula. Dahlah seronok berendam dalam kolam kan, sebelum melarat marilah carik ubat. Sampai hotel dah pukul 6pm, dah redup. Okay, jom terjun laut. 


Lapar..Lapar. Kusyuk je memasing makan

budak ni tengah kemaruk mengeja. habis semua perkataan dia nak eja. orang lain sedap-sedap makan, dia dok berdiri kat situ mengeja. rajin sangat je gayanya. coconut shake kat kedai ni sedap. siap ada isi kelapa lagi. pastu dia isi ice-cream coklat.

Budak-budak dengan bapak budak ni, memang tak boleh jumpa air lah, terus berendam. Mak-mak main pasir je, pastu posing. Hahaha.. Akak malas petang tu, sebab dah puas berendam dalam kolam tadi. Malas nak salin baju je sebenarnya. Ikut hati nak gak berendam dalam air masin pulak. Tadi puas dah berendam dalam air klorin..


Ekwan memang keje dia photobomb gambar bini sesaje.
Elma si muka ketat seronok main pasir. Tapi muka tetap takde senyum.

Kita main pasir dulu ye.

Rajin Farid layan anak-anak. Budak-budak ni siap siram air, sembur bubble bila dah kambus. Ingat tu pokok bunga ke apa??


Sesi berendam kat laut pun boleh tahan lama. Selagi tak gelap, selagi tu tak reti nak naik. Suka hati korang la, selagi tak kecut. Duduklah dalam air laut tu. Abah ada kan teman, ibu naik dulu eh... *actually akak tak sabar nak carik toilet* Tapi cukup-cukuplah tu weh, hari pun nak gelap dah ni. 

Gambar-gambar semua adalah hasil dari SJ4000. Kecuali gambar yang kena photobomb tu. Rasa macam nak buat entry review SJ4000, tapi rasa macam kena undang penulis jemputan je.. akak kurang skit ilmu bab-bab gajet ni. Akak tahu guna bila orang dah setting semua benda. Setting lari sikit, akak blur.

4 comments:

  1. SJ4000 lawa2 gak gamba die... aku skang usung itu je, malas nk angkut SLR dah hihi

    ReplyDelete
  2. Apa kata ko review beb. Macam best ja, macam nak ja. Hahaha

    ReplyDelete