09 October 2015

LEGOLAND® Theme Park: Part 1

Sambung semula citer Legoland yang tertangguh.

Eisya bukan main seronok kat dalam ni. Walaupun mulanya tadi muka bukan main monyok lagi. Monyok sebab permintaan nak beli set lego tak dipenuhi. Giler mahal lego kat dalam ni. Memang tidaklah aku belikan. Pujuk-pujuk..bagi janji palsu. Lupalah dia. Masuk je dalam theme park, terus lupa. Berlari sesuka hati dia je. Nasib lah orang tak ramai sangat, mampu lah mata aku nak memerhati. Elma pun masuk-masuk dalam ni tidur. Penat main air. 

budak merajuk tak dapat lego. 

Masuk-masuk je Theme Park kami tuju ke sebelah kanan dulu sebagaimana dicadangkan semua orang sebab kat sebelah ni banyak mainan yang sesuai untuk budak-budak umur Eisya. Tapi bila tuju ke sana, tengok-tengok tersergam besar kedai lego depan mata. Cepat-cepat kita orang patah balik ke sebelah kiri. Hahaha... Nasib Eisya tak perasan. Dia tak perasan sebab dah berlari masuk dalam Technic® Twister ni. Teruja sanagat dia. Beriya bukan main, dah siap duduk sekali kena panggil ukur tinggi. Nasib baik lepas.


Bukan main yakin je lagi cakap 'Ibu, cha nak main ni tau' Hahaha.. Dia tak tahu betapa 'geli' nya game ni. Ibu main pun rasa nak minta turun je. Tapi yang ni kitaorang main last sekali. Masa awal-awal skip sebab Ekwan dah kelaparan.

Orang kelaparan

Terus tuju ke Asian Deli. Sebab ini yang paling dekat. Perut dah lapar tahap maksima.

Makan tengahari kami adalah Nasi Lemak Ayam berharga RM20. Layankan aje lah. Luckily sedap dan portion dia banyak. Puas orang lapar seperti kami makan. Untuk Eisya dan Elma belikan Chicken Nugget dan Fries. RM18 per set. 

Orang semua tak sabar nak makan, si Eisya boleh pulak berlari masuk dalam LEGO Academy ni. Terpaksalah layankan dia sekejap. Bagi puaskan hati, baru senang nak gi makan semula.

Makan kenyang-kenyang dan marilah mulakan pengembaraan. Tengok peta..Banyak tempat nak kena singgah ni. Masa ada 4 jam je. Macam tak sempat je rasa. So kena pantas. Kena manfaatkan masa sebaik mungkin. Dan destinasi seterusnya ada lah LEGO StarWars. New arrival di Legoland katanya. Kami bukanlah pengemar Star Wars. Watak-watak dia pun tak kenal, apakan lagi jalan cerita dia. Maka, bila tengok segala pameran yang dibuat dari lego tu kurang lah sikit feel dia. Eisya je yang seronok, setiap kali lego tu bergerak-gerak lepas dia tekan button hijau tu.

Ada budak tu masih merajuk, tiba-tiba dia teringat yang dia nak beli lego tapi tak dapat-dapat lagi. Issk menyampah pulak aku tengok kedai-kedai lego yang melambak kat dalam Legoland ni. 

Dan destinasi seterusnya adalah LEGOLAND Kingdom. Dan persinggahan pertama adalah Dragon's Apprentice. Tak tahu lah ni tempat main roller coaster, beriyalah kami naik atas, siap angkat stroller Elma. Rupanya main roller coaster,tapi kecik je lah. Tinggi Eisya pun lepas, maka marilah kita naik. Eisya duduk dengan Ekwan. Bila dah bergerak, aku yang cuak.. Mesti Eisya takut. Puas aku jerit suruh Ekwan peluk dia. Dan boleh pulak roller coaster tu pusing 2 kali.. Huhuhu... Nasiblah dia tak menangis. Turun pun boleh sengih-sengih lagi. Berani jugaklah dia. Tapi bila tanya 'Nak main lagi sekali tak Cha?' Cepat-cepat dia jawab sambil lari 'Tak nak, Chacha geli

Happiest Kid *dia lupa dah pasal lego*

Hye semua!! Elma dah bangun.. 

Bangun-bangun terus join kakak

Mak budak yang kelihatan gembira lebih dari anak. 

Bukan main teruja lagi 3 beranak tu kat The Dragon, Legoland Kingdom ni. Lagi-lagi yang baju oren tu, budak kecik tu mengeram je sebenarnya, asyik-asyik amik gambar. Dia tak sabar nak naik atas istana tu.

Laju dia berlari. Tahu-tahu dah kat atas. Semput mak kau mengejar. 

Abah and her girls. Bila dah sampai atas, rupanya istana ni entrance untuk roller coastiser dragon. Tengok rail dia memang tidaklah Eisya boleh main. Tinggi dia pun memang tak lepas. Kebetulan masa kitaorang sampai queue agak panjang, terus malas nak beratur sama. Turunlah semula.

Terus budak ni berlari nak main kuda dia kata. Macam seronok je tengok Eisya main Royal Joust ni. Nasib orang dewasa tak boleh main.

Masa berjalan kat kawasan LEGOLAND Kingdom ni terasa panasnya lah, berpeluh-peluh. Beli air 2,3 kali. Masing-masing kehausan. Sedangkan waktu tu cuaca takdelah terik sangat sebenarnya. Tapi maybe sebab ni kekurangan pokok kan,. Pokok yang ada pun kecik-kecik lagi. Angin takde, tu yang rasa panas beriya. Aku boleh pulak lupa bawak bekal air kan, sedangkan ramai yang pesan bawak bekal air masak banyak-banyak. Makanan ringan untuk budak pun aku lupa. Legoland ni macam tak strict sangat, boleh je bawak masuk makanan. Dia takde pun check beg bagai. Setakat biskut, coklat tu.. Dia bagi je. Janganlah pulak korang bawak nasi lemak, mee goreng bagaikan.

Luckily, Elma elok je. Takde merengek apa, duduk je diam-diam dalam stroller makan nugget.

Ok, next section sambung next entry lah *angkat kening*



No comments:

Post a Comment