15 October 2015

Rezeki.

Yang dinanti telah tiba. Yeay!! Terasa cepat pulak dia sampai. Yelah, betul orang kata, kalau kita tak beriya menunggu, tahu-tahu dah sampai. Memang kena buat-buat lupa lah. Dulu-dulu aku siap pangkah kalender lagi tunggu dia sampai, terasa lama bebenor. Kali ni, tetiba dah atas meja. Waah!! Gembira bukan main akak. Apa ke bendanya yang sampai tu??

Benda ni hah.. Alhamdullilah, rezeki tahun ni memang murah bersama Nuffnang. Dapat beberapa sponsored posts. Dapatlah merasa amount dalam akaun Nuffnang bertambah segera. Keluarkan sebab nak simpan siap-siap untuk annual trip hujung November nanti. Bila spent kat benda macam ni, barulah nampak kat mana perginya duit hasil blogging aku.

Rezeki 2015 bersama Nuffnang

Makin bersemangat akak nak berblogging. Dan semoga rezeki bersama Nuffnang akan berterusan. Seronok. Buat benda yang kita suka, and been paid. Takdelah sia-sia. Saja aku tak blurkan amount cheque tu. Takde niat nak menunjuk. Alah, sikit je kot. Blogger lain ada dapat sampai belasan ribu. Apalah sangat nilai cheque akak tu. Aku nak naikkan semangat member-member yang dulu sama-sama aktif to start blogging smula. Marilah teruskan, jangan berhenti. Jangan kata ' alah dayu, kau seronoklah nak blogging sebab sokmo dpt event Nuffnang' Itu bukan semata-mata sebab aku masih di arena blog ini, hakikatnya aku masih terus pelihara blog ni sebab minat. Sebab inilah antara medium yang aku ada abadikan kisah dan pendapat aku. Dapat job Nuffnang tu memang lah antara faktor, nak kena maintain traffic, so barulah klien minat nak assign job.. Tapi itu bukan sebab utama.

Maka, marilah kembali menulis blog. Once a blogger, always a blogger. Gitu katanya... 

17 comments:

  1. Best nya... Liez tak tahu mcm mn nak join nuffnang..
    Alhamdulillah rezeki tue

    ReplyDelete
  2. haa.... mcm mana nak dapatkan check dari Nuffnang ni? soalan Noob dari saya. Harap maaf.. means kalau dpt jemputan dr Nuffnang ke cmana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dik, sebelum cheque Nuffnang nak sampai kena pastikan:-
      1. Daftar dgn Nuffnang
      2. Tempek iklan NN kat blog. Barulah boleh jana pendapatan
      3. Rajin2 update blog untuk pastikan UV ke blog memenuhi kriteria
      4. Dan andai ada rezeki, dapatlah sponsored post. Cepat skit tabung NN bertambah

      Delete
  3. Tahniah Dayu. Rezeki tahun baru.

    Walaupun wow tengok amaun rezeki tu, tetap jugalah tak rajin nak update blog sendiri. Haha.

    ReplyDelete
  4. laju je aku bukak acc NN aku gak. hahahhahaha
    sedihhhh, dh ko malas updet lg mau sedih? panggg!

    ReplyDelete
  5. wow, syiok nyer dayu..happy for u..

    yes betul tu dayu..wlpon blog aku tak ada sapa nk baca..wlpon xdpt cheq beribu..tapi disbbkan minat aku still berblogging.. ^_O

    ReplyDelete
  6. akak punya cek dah semminggu status sent tapi tak sampai sampai jugak...
    abg posmen mana cek saya....eh ke nuffnang mana cek sayaaaaaaa

    tahniah dayu

    ReplyDelete
  7. OMG ni rasa semangat ni!!! :D Congrats dayu ^_^

    ReplyDelete
  8. wah dayu....ko menaikkan semangat aku nak berblog senantiasa.....aku ni 7tahn bebrlog baru dpt Rm50 je...so pas ni kena makin rajin la...

    ReplyDelete
  9. waaaa..bling bling..laju² g update blog sambil jeling nano nano...;)

    ReplyDelete
  10. baik. akan cuba sebaik mngkin.

    Tahniah dh dpt bonus awal :)

    ReplyDelete
  11. wah tahniah dayu..! aku telah lama layu di dunia blog ni..hahahahhaha.. (baru terpikir nk cek.. berapa earning skang eh.hahah)

    ReplyDelete
  12. alahai... apsal tak tambah sgt ni... share tips sikit dayu mcm mana nk increase duit NN ni?huhu... mebi post yang best2 je kot NN pilih hehe

    ReplyDelete
  13. Aku punya hasil blogging taun ni dah selamat convert jadik sofa baru. hahahahahaha cepat je aku heret Cfu pi kedai lepas dapat cek aritu, kalau tak nanti tak nampak hasil pi mana.

    Neway, aku suka tagline, "Once a blogger, always a blogger" tu. Walaupun era blogging mcm dah suam-suam kuku, tapi sebab minat, ku teruskan jua. Lagipun, aku rasa blog still relevan sebab aku pun kalau carik apa2 info, akan tuju ke blog dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waahhh!! Gambar sofa Nuffnang sikit... (:
      sofa nuffnang next year lah.. kena on mode double rajin ni

      Delete