03 May 2011

Manfaatkan waktu cuti anda

Cuti hari pekerja kami habiskan di Kuala Lumpur. Ingatkan Kuala Lumpur akan lengang sebab semua pulang ke kampung halaman. Tapi sangkaan kami meleset sama sekali. Jalan-jalan raya di Kuala Lumpur adalah masih sesak, masih padat. Ingatkan kami boleh merasa memecut tapi tetap tersengguk-sengguk.

Walau di Kuala Lumpur, hari cuti kami dibahagiakan dengan kehadiran insan-insan tersayang dari Johor Bahru.

Orang-orang JB dah kerinduan sama Eisya. Nak harapkan kami pulang, tak pulang-pulang. Maka mereka lah yang berkunjung ke mari. Bukan tak mahu pulang, tapi rancangnya Wesak nanti mahu ke selatan. Tapi kerana mereka sudah tidah tahan menanggung rindu sama budak kecik yang manja maksima, dan ngada-ngada adakalanya. Datanglah mereka melawat kami di Kuala Lumpur. Dah orang datang jauh-jauh, kena lah dihiburkan. Tak baik biarkan tetamu kebosanan duduk di rumah mengadap tv. Nak tengok tv, kat JB pun boleh. TV kat JB lagi best dari TV di rumah kami ni.

Dan tanpa bertanya ke mana mereka ingin dibawa, kami terus angkut mereka ke Ulu Yam. Memenuhi keinginan hati sendiri yang dah lama terpendam. Simpan keinginan semenjak bergelar mak buyung, hinggalah anak dah usia setahun. Baru kini impian termakbul. Macam kesian je kan bunyinya. Tapi itulah kenyataannya.

Ratu air. Orang lain kesejukan tapi dia rileks je tepuk-tepuk air. Hebat la anak ibu.. Tangan mengigil-gigil tapi bila abah angkat letak atas batu, menjerit tak puas hati

ibu, bawak Cha gi depan sana, sini air cetek lah.Align Center tak best

siap boleh berenang-renang lagi.

Eisya memang pantang dapat main air lah. Seronok. Sejuk pun dia tahan je. Asal dapat main. Tapi memang seronok la main air gini, tapi frust sungguh aku. Baru je berendam hujan turun la pulak. Lebat pulak tu. Baru je main tanam-tanam Eisya ngan pasir, dia pun baru je start teruja main pasir.

Nak buat macamana kan, dah nak hujan. Apa lagi, berangkut balik la kami.

*setiap hari hujan petang-petang, semua program rosak

9 comments:

  1. cha...semakin comel ye kamu ni...nampak cam dah besar sgt...cha suke main air yer..nnt kene lah slalu ibu bawak cha main aor...heheh

    ReplyDelete
  2. rambut cha dah panjang lah. yeay!

    best main air...wiken lepas pun bawak husna main air...:) sejuk2 pun bo layan....

    ReplyDelete
  3. wow...seronotnyer cha dapat main air gunung..mcm puteri la awak, manis enyuman awak cha=)

    erm,,,si aleef ni plak,umah je dekat ngan ulu yam, tp mama papa die xpernah pon ajak gi situ..ceit!!

    ReplyDelete
  4. comelnye cha pkai baju mandi tuhh..

    ReplyDelete
  5. waaaa...dayu..aritu mas nk g mandi sungai,tp adik yg keje spital leh plak kate ade kencing tikus..hampehhh...

    tak kira,pasni nk g jgkla..


    p/s::cha,makin feminin la awk..

    ReplyDelete
  6. comeynya baju renang cha....happy belated birthday cha...sorry lambat wish.....

    ReplyDelete
  7. yesss cha pakai baju aunty kasik! comel lah. nampak ayu dan cekci sket. kecek2 cekci tade hal lah hihi

    aku da bape kurun tak pegi ulu yam. ade ah dari adek aku umur baby. skang da 10 taun dia. haaa bapak lah lamee. best tak sane skang?

    ReplyDelete
  8. alalalala...
    manisnya anak dara sorang ni... <3

    ReplyDelete