07 May 2011

toddler pujaan hati saya

Anak makin besar. Makin bijak, makin banyak akal. Makin pandai nak bergurau senda dengan mak ayah. Dan yang paling best, dah pandai nak kenakan mak ayah. Biar gelabah tak tentu hala. Iye, sekarang dia dah pandai sorokkan barang. Bukan sorok la sebenarnya, tapi letak barang di mana-mana sahaja yang dia suka, lepas tu puas lah kita ni mencari.

Semalam dia sorokkan modem broadband. Tak pasal-pasal kitaorg mengemas satu rumah sebab nak carik modem tu. Dalam kotak mainan dia rupanya.

Remote tak payah citer la. Dah selalu sangat hilang dari pandangan.

Dan sekarang dah pandai merajuk. Dah tahu nak marah, nak meronta-ronta bila apa yang dia nak tak dipenuhi. Tak dapat apa yang dihajati, dia akan lembik-lembikkan badan, pastu mulalah bergolek-golek atas lantai. Peerrghhh!! Bahaya sungguh. Jangan nanti dia buat perangai dalam mall sudah. Tapi Insya Allah tidak. Akan berusaha untuk tidak membiasakan diri meng'offer segala macam benda kepada dia.

Ohhh!! Eisya sudah semakin lancar berdiri dan berjalan atas kakinya sendiri. Tak sabar nak tengok Eisya berlari.

toddler pujaan hati saya
-Eisya ketika meraikan ulang tahun pertama Mya Myiesha-

4 comments:

  1. aku pon! x sabar nak tengok dia start berlari. mase tuh ko mesti da boleh slim ah. hihi

    ReplyDelete
  2. wahahahah
    x pasal2 inu kena kemas umah..
    cha oh cha...

    ReplyDelete
  3. hehe makin besar makin byk akal dia dayu :p
    owhh anak dara mesti kene pndai merajuk,
    mcm ibu dia kah itu?? jeng3 :p

    remote astro na xilang tp selama setahun mika idup ni, ade la dkt 5x dah tukar,
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. dayu,
    lps ni jgn kalut..
    apa saje yg hilang silalah cari dalam kotak mainan dia..
    ha ha ha..

    sungguh..kami ni klu hilang brg..waima brg tak masok akal pn..kotak mainan la saspek utama...JUMPA!!

    *entri baru Mak...

    ReplyDelete