11 September 2009

kisah pelbagai ragam

Semalam waktu dah nak selesai berbuka, waktu tgh kuis-kuis sisa nasik dalam pinggan, En Ekwan kuar statement paling kelakar ramadhan ni. Nasib baik aku tak lepas laku, gelak tak ingat dunia. Kalau tak, jatuh reputasi i tau. Korang bayangkan lah, ada ke patut dia kata gini..

'jumaat ni kita balik pahang la kan...nak balik kul bape??'

Hahh, amik ko. Puasa ada seminggu lagi dia boleh ajak balik kampung dah. Ye pun tak sabar, rileks la bro..seminggu tu lagi tak boleh makan siang hari. Suami saya..suami saya. Takpe saya sentiasa terima kamu walau mcm ne sekali pun. Mungkin kamu dah tak boleh berfikir secara waras time tu agknya kan. Yelah, dari td asyik dok kuar masuk toilet, tu yang ilang keseimbangan badan tu. Habis lupa semua benda kan...

Dan hari tu, tengah berdua-dua bergoleh depan tv. Terkeluar soklan kategori sengal dari mulut puan hidayu bagi kat suami dia.
'cit, suka tak kita dah kawin??' Hahh, aku mmg suka bagi soklan2 menduga jiwa mcm ni. Tapi suami aku suka2 je kategorikan dia sebagai soklan sengal entah pape. Dia malas nak layan lah tu. tapi dia jawab gak. Tapi kadang2 dia buat2 tak dengar je. Jangan harap lah boleh terlepas. Jawapan anda tetap diperlukan. Dan bagi soklan di atas, dia jawab 'time awak tak buat perangai ngada2 terlebih org suka lah, time awak gedik terlebih, membebel tak ingat dunia.. tak suka lah' Ohhh.. ikhlas dan sungguh jujur jawapan suami saya. Siap bagi contoh peristiwa lagi. Bagus. *dalam hati dayu dah meraung dah*

Eleh.. dah dia yang suka buat aku membebel. Camne aku start membebel. Cuba dia tu bertinak mengikut arahan, mesti aku diam je. Ingat suka sgt ke nak membebel hah?? Penat tau.. lagipun aku tahu tak baik dok membebel kat suami sendiri. Nak bukak mulut mintak maaf dah lah payah. Tapi sekali dpt peluang, habis aku pukul pukal semua. Tapi suami saya sedikit gedik, dia kata 'awak kena lah cakap satu-satu, mana boleh guna smua' Ok, lepas ni, asal aku mcm terbuat salah kat dia, terus note dalam hp. Pastu bila nak mintak maaf, bukak hp baca satu-satu. Boleh??

Sampai sekarang tak jumpa kaedah terbaik nak bangunkan dia dari tido tanpa membebel pagi-pagi hari.. ada tips nak share??

*tapi bila sms dia tanya pasal duit nak beli bahan buat kuih, dan dia reply kata 'guna duit awak dulu, nanti claim' terus lupa perangai suami yang boleh buat aku separa sengal tu. tp bukan mmg patut claim ke, dah lah aku yg nak dok mengadap smua tu nanti

11 comments:

  1. heheh..uncit tak sabar nk blk kg la tu..

    ReplyDelete
  2. hehehe... lawak la hubby dayu..;P

    tula.. cikin pun ade bacer.. nak senang bangun tdo.. ms kejutkan tu picit ibu jari kaki.. pastu panggil nama dia.. :)

    ReplyDelete
  3. hehehe...welcome to the world. rasenye anda kena carik dlm internet, ape cara paling sesuai utk kejutkan org bangun tido. kalau tak, anda akan jadi isteri2 stereotaip...membebel saje.

    sha takde tips buat masa nieh...
    tp mungkin dayu cuba tanya dia dulu, camne care paling best nak kejutkan dia?:)

    ReplyDelete
  4. tapi kalau aku bukak mulut je bini aku dah mula risau sebab tak tau bila berenti membebel.hehe

    ReplyDelete
  5. claim dayu jangan tak claim..kite dah list down dah berdebat mintak claim

    ReplyDelete
  6. bukan setakat husband dayu je yg tak sabar nak balik kg, amy pun duk menghitung hari je ni. mood nak g keje pun dah tak dek.

    kalau amy kejutkan Heri, amy jerit kuat-kuat. tak benti okeyh. pastuh gerenti dia bangun. hahahaha...

    ReplyDelete
  7. ::hidayu ni bg sy pengalaman br bila baca entry awk..wah takut gak nak kawen..hahhah..takut terlebih bebel..::

    ReplyDelete
  8. haha
    same lah kite.

    geramm je kalo cfu tak tlg buat keja umah. nti dia bagi reson, kita tak suruh. uihh. kalo suruh nanti, dikata asik membebel je.

    neway, senang je, geletek dia sampai pengsan. kalo tak bangun je, buat macam saya, mengamuk satu rumah. gerenti dia tak tahan, terus bangun. haha

    ReplyDelete
  9. bab nak kejutkan suami di pagi hari akak pun mengalami masalah yg sama.. org pahang memang payah bangun pagi kot.. kuang kuang kuang *_*

    ReplyDelete
  10. hehehe kelakar laa dayu. kdg2 kita sebagai isteri suka bg soklan ntah apa2 kan? hehehe :)

    tips utk kejutkan suami ye? dulu masa nurul baru kawin pun ada masalah sama mcm datu. suami nurul susah bgn tido. kdg2 kita dah membebel melenting baru laa nak bgn tp kang dia ckp kta tak kejut dia elok2 , lembut2. itu yg suami nurul komplen.

    skrg dh tahu mcm ner nak kejut dia. klagi time nak pi kerja. nurul akan bgn awal siap awal2 dan siap make up segala baru kejut dia slo2. kdg2 perlu berbisik lembut2. kang bila dia tgk isteri dah siap pakai baju , make up segala mula lah kelang-kabut suami nurul bangun tido.

    tp time tu sebenarnya lum terlewat lagi pi kerja. saja buat mcm tu supaya dia senang nak bgn tido :).

    ReplyDelete
  11. hehe..comel2...
    bangunkan dia..panggilkan la slow2 namanya...tepuk2 sikit bahu dia...insyallah dia bangun...

    ReplyDelete