16 June 2010

bila tidak lagi berdua

Pengalaman menjadi ibu bapa memang akan terus menerujakan.


Pengalaman menguruskan tangisan anak di kawasan umum mmg sesuatu yang istimewa. Hahaha.. ye, mmg istimewa. Sebab kamu memang tak kan fikir apa dah, yang penting anak diam. Buat apa je, asalkan anak berhenti menangis. Tak sanggup dengar dia melalak. Dah lah orang yang lalu lalang tu bila toleh, tgk mcm tak pernah tgk baby menangis. Biasalah baby kan, menangis je lah tahunya. Nak apa-apa, smua bagitau dengan nangis.

Ohhh, Eisya sekarang menangis trus high pitch, takde lah nak rengek-rengek dulu. Terus menjerit macam orang kena cubit. Pandai buat ibu dia hilang akal kejap. Biarpun sebelum keluar dah isi perut penuh-penuh, tahan sejam je pun. Lepas tu dia melalak lah minta susu lagi. Dan ibu dia yang bijaksana ni, yang terlebih teruja nak keluar melepas gian bershopping, haruslah tak bawak bekal susu untuk anak kan *actually ingat gak, tp susu perah tu tak tahan lama kan, tu yang batal kan je* Lagipun apa susah, carik baby room, breastfeed je lah.

Tapi budak ni lapar tak kira tempat, tengah syiok ibu ngan abah pilih kasut. Time tu lah dia nak test suara. Apalah Eisya ni, org nak shopping untuk dia pun nak meragam. Kecik-kecik, meragam tak nak shopping, bila dah besar hentak-hentak kaki minta macam-macam. Sebab dia dah melalak, pujuk-pujuk tak nak diam juga. Maka, takde kasut baru ye sayang.. Jom kita isi perut.


Bila tiada baby room berdekatan..abah tanya ibu 'camne ni yang??' Anak makin nyaring menangis ni. Lapar sgt lah tu. Maka, nak tak nak kenalah breastfeed di public. Ohh, nasib baik kain selimut di bawa sentiasa ke mana-mana. Dan nasib baik sekali lagi bila kain tu boleh di multi tasking'kan menjadi nursing cover. Dapatlah mengisi perut anak yang kelaparan tu. Suka dia. Kenyang je perut, tersengih-sengih.

Tapi kejap je lah. Bila dia rasa mengantuk pulak. Yelah, perut dah penuh kan, mata pun rasa nak terkatup. Pe lagi, nangis lah lagi. Ohhh..anak ku ini memang tak mahu dibawa berjalan lah. Dia sangat tak selesa. Duduk 30min dalam stroller tu dah kira bagus dah. Lepas tu harus dia minta dukung. Dan dia lagi duka tido dalam pelukan ibu dia ni dari tido dalam stroller. Manja sungguh anak sorang ni. Bila dah tak larat, silalah gunakan kemudahan yang ada.

Baby room Metrojaya, The Curve best lah..




*dah ada anak, jangan lah berangan nak keluar mcm org bujang ye

21 comments:

  1. hee comel nye eisya..da pndai tgk kameraa!! hehe

    ReplyDelete
  2. hehee..kysha pun pernah sekali melalak giler kat tesco sbb lapar.panik sekejap.tak sempat nak g babyroom,masuk fitting room je bf die.huhuu....
    tp,tulah pengalaman kan.
    seronok gak bila fikir balik
    :)

    ReplyDelete
  3. hehehehe camne la Jiha nanti.. selalu gak terpk camne lah bile ada anak sendri nanti nak gi jenjalan hehe

    ReplyDelete
  4. hehehehe camne la Jiha nanti.. selalu gak terpk camne lah bile ada anak sendri nanti nak gi jenjalan hehe

    ReplyDelete
  5. dugaan dayu...hehe..
    mmg camtulah bile dah ade anak...
    sbb tu nad shopping perabis barang baby sebelum deliver...tp,xpe...dayu kena ajar jugak eisya jalan2...nad pun ajar hazim jln2 n dudk dalam stroller sampai skrg...alhamdulillah hazim ok...nursing cover mmg nad xtggl mane2, sentiasa ade dalam beg dia..lagi mudah...kat mane2 pun kt bleh kenyangkan anak...kalo anak kt nak berdukung sampai besar..harulah jwabnyer...nak2 plak kena badan cam hazim, yang beratnyer dah lebih sekampit beras 10kg tuh..haha...bleh lenguh tgn wooo...

    ReplyDelete
  6. hehehe... mkn kena ikut turn.. kalo lapo sgt kena suap menyuap si ibu dan si bapa... hahaha.. tp best sgt kn 1st kuar bwk baby.. lengkap rasanya hidup berkeluarga

    ReplyDelete
  7. Woww, bam-bam nyer Eisya...montel dgn susu ibu dia la tue :)

    Dayu cam da kurus je tengok..jeles tauuu!! huhuh..

    Ade manusia tu dia nk kurus, tp makan x hengat dunia..sape ntahh -_-"

    ReplyDelete
  8. wahh..seronok dayu berjalan2 pas abes pantang. btol2 lps gian ni. heheh

    ReplyDelete
  9. wahh eisya dah keluar berjalan-jalan ke? maybe dia takut tengok org ramai kot. lagipun tempat2 camtuh kan macam persekitaran yg baru untuk dia.

    ReplyDelete
  10. Dayu, itu hari kan, Aishah dengan Wahid pergi Kelas Antenatal yang KK buat. Lepas tu ada sesi memandikan bayi tau. Baby tu punya nangis hingak 1 level bangunan tu. Hahahaha. Pastu, Aishah termenung lama tau;

    "Esok anak aku menangis macam ni, agak-agak aku tahan ke tak ni?"

    Hahahahahaha. Kesabaran. Kesabaran.

    ReplyDelete
  11. Wah... baby eisya dah semakin ceria n membesar... selesanya baby room kt metrojaya tu.. siap ada sofa n lampu hiasan lg...

    ReplyDelete
  12. mcm aqil dlu..kat sini susah skit nk dpt nursing room..so bedal je kat public pn..lama2 dayu mst biasa...susu perah kalau nk bawa boleh..letak dlm cooler bag dlu..leh tahan lama..

    ReplyDelete
  13. pengalaman tu best kan.. tp kalau i bawak mya kuar jln2 plg lama pun 2,3 jam je .. pastu nk blk cepat2, sbb dia tak reti tido. mata buntang je tgk kiri kanan.

    ReplyDelete
  14. gamba last tu best sgt!pandai eisya tgk ibu dia n senyum mcmtu

    ReplyDelete
  15. hiks..
    belum lagi yang dah pandai jalan cakap semua tu..
    lagi la haru.. :P

    ReplyDelete
  16. eeeeeeee bb eisya amik gambo jelir lidah la.n'way td belek2 paper berita harian (18jun) ada pics baby artis 'dynaz'.mcm eisya la dia

    ReplyDelete
  17. hehehe mmg betulbila dah anak anak ni kenela bekorban jiwa dan raga beb..hehehe

    ReplyDelete
  18. setuju sangat2 dgn dayu, dah ade anak setiap pergerakan sangat2 terbatas,, bawak husna g jalan2 pun macam tu jugak...walaupon dah bawak susu dalam botol, tp die ttp xnk....

    ReplyDelete
  19. waahhhh!
    seronok eisya jalan2 yer.

    sy pun nti akan menghadapi perkara yg sama. seram pulak rasa :p tp, mesti seronok kan 1st time masuk baby room tu? huu

    ReplyDelete
  20. dia penat kot..yelah,dia kan kecik lagi.dah dibawak berjalan'
    kesian gak kat dia..
    terus kitaorg tak nak dah bawak dia jalan2. maka ibu dan abah pun dok la umah diam2. tggu dia dah 4 bulan nanti lah abru kaur shopping
    skrg ni boleh setakat gi giant je lah. tu pun kena pantas..

    ReplyDelete