11 June 2010

niat yang baik pasti mendatangkan hasil kan

Terus terang aku katakan, mmg dari awal aku takde niat nak fully breastfeed Eisya. Sejak dari pregnant, hingga lah dalam pantang. Tak dtg hasrat atau keinginan nak bagi Eisya susu badan sepenuhnya. Walau sedia maklum dengan khasiat dan kebaikan susu badan yang takde tandingan tu, aku tetap tak bertukar niat. Tak tahu kenapa, mungkin aku rasa lagi senang kalau nanti dah keje, bagi je dia susu tepung. Lagi-lagi pulak, susu aku mcm tak berapa banyak, cukup-cukup je untuk supply sehari. Lagi lah aku malas, risau anak tak cukup susu. Tu yang makin menjadi-jadi nak bergantung harap kat susu tepung.

Oleh yang demikian, tu aku tak buat sebarang persediaan.

Lagi 2 minggu nak keje ni, aku gigih lah mengajar Eisya minum susu tepung guna botol. Dia mmg takde masalah nak minum guna botol. Pakai puting biasa pun jalan. Sebab sebelum ni dah pernah try. Tapi semalam, bila cuba nak bagi dia minum.. perrghhhh.. dia punya melalak mesti orang sebelah ingat aku dera anak agaknya. Merah padam muka. Beriya dia tak nak telan langsung. Aku cuba lagi. Pujuk dia, borak2 ngan dia, terangkan nape dia kena minum susu tu, biar pun dia tak paham kan. Keraskan hati, biar dia nangis tersedu-sedu pun, aku buat-buat tak dengar je *sedangkan hati dah luluh ni* Air mata dah meleleh-leleh. Sungguh-sungguh dia menangis.

100ml aku buat.. nak habis 10ml pun seksa semacam. Dan, naluri keibuan aku tak sanggup lagi nak menatap muka merah padam anak aku yang kelaparan lepas bangun tido tu. Angkat lah dia, bagi lah susu badan. Punyalah gelojoh dia menghisap, sampai tersedak-sedak. Kesian aku tgk dia.. punyalah lapar, nyusu sampai tertido semula.

Bila dia tido, aku perah susu. Nak kenalpasti punca dia melalak beriya tak nak menyusu tadi. Masalah botol ke sebab susu. So bila dia bgn petang tu, bagi dia hisap susu badan guna botol, elok je dia hisap. Siap sengih2 lagi layan ibu borak. Maka sahih lah, dia tak suka susu Nan1 tu. Tapi dulu masa hari ke2 ngan ke-3 lps dia lahir, susu tu lah dia telan. Masa susu badan mak dia ni takde. Elok lak.. So malam aku cuba lagi. Buat skit je, 50ml sudah, susu mahal wehh, jgn membazir. And this time, dia minum tanpa sebarang teriakan. Tapi mula-mula tu, terjuih2 gak mulut tu.

Dan pagi ni, dia semacam dah boleh terima susu tepung tu. Minum tanpa sebarang reaksi penolakan. Telan je dengan redha. Buat muka manis dia tu, sengih2 je sambil hisap puting plastik tu. Tapi aku lak yang mcm kesian kat dia. Ada sumber pemakanan terbaik dalam dunia untuk dia, tapi bagi gak susu tepung. Rasa mcm mak apa je aku ni. Rasa nak je aku tarik puting tiruan tu, sumbat puting original. Tak tak elok lah ganggu dia isi perut kan..

Bila dia tido je, terus aku gigih perah susu. Tiba-tiba macam 'aku tak nak kasik anak aku minum susu tepung!!!'

Perahan pertama. Hampir-hampir aku nak menyerah kalah. Nak dpt 4oz sampai sejam. Ini betul-betul menguji kesabaran. Tu orang asyik kata, nak fully breastfeed ni kena kuat semangat kan. Tak kan nak menyerah kalah awal-awal. Maka, dengan bangganya aku tag botol tu dan simpan dalam fridge. Petang ni perah lagi. Ok, ada sedikit peningkatan. 4oz in 30min. Jimat dah setengah jam. Bagus ni, memberangsangkan sungguh.

Aku ada seminggu lebih je lagi. Sempat ke?? Usaha hingga hari-hari terakhir..

*ok, nak memerah lagi ni.
*longan kering mmg berkesan nak menambah susu, sedap pun sedap. lobak putih i tak bleh telan lah, tekak kata 'tak sedap'

22 comments:

  1. oklah tu dapat 4oz
    zuris nie sekali perah dapat 2.5oz paling bnyk pun.so kena perah banyak2 kali
    tp cam keciwa sbb kysha tak nak minum botol.
    penat mommy perah tau.last2 kena buang.huhuu...

    skrg nie tgh usah2 nak bli cooler bag set tuk perah kat tempat keje
    takpelah kysha susah nk minum botol pun...tetap semangat nak perah gak supaya bila dia nak nanti,takde kurang susu.
    :)

    ReplyDelete
  2. maaf dayu,an bersuara...ada rasa terkilan skit...
    selagi Allah bg rezeki utk anak tu menyusu ngan susu kita bagi lah dia mnyusu sbb kt akhirat nti dia akan tnye mana hak dia utk menyusu susu ibu...
    an sgt2 berhajat nk fully bf kt anak...tp xde rezeki...susu xde...pelbagai usaha dh buat...berurut,longan kering,lobak putih,pil ASI,teh mermaid yg nk bykkan susu...tp ttp xde susu...anak sentiasa x puas menyusu walaupun dh sejam lebih menetek...xpenah pun bra basah sbb susu meleleh...sedihhhhh sgt...

    tertanye2 kenapalah bila ada niat nk susukan anak,susu bdn xde tp org yg xnak susukan anak,susu badan dia byk huhuhu

    ReplyDelete
  3. amin...InsyaAllah akan bertambah byk susu dayu nanti =)

    ReplyDelete
  4. dayu, baru je misha buat entry psl bf ni. kene gigih ok. jgn putus asa. org ckp kene pump & pump & terus pump. lg bagos sblh eisya susu,sblh lg dayu pump. baru susu byk. (ni tips yg kwn2 kasik la. tggu baby kuor baru nak cube) :)

    ReplyDelete
  5. longan tu msk cmne??
    ok gud luck yep..

    ReplyDelete
  6. sayunye baca part eisya minum gelojoh sampai tersedak.. alahai anak... susu ibu jugak yg dia prefer kan... huk huk...

    ReplyDelete
  7. dayuuuu....bagus2...nad sokong, bleh cuba lagi tu dayu...jgn putus asa k...dapat 6bulan susukan dgn susu bdn pun jadilah dayu,dah bersyukur sgt dah...so, pegi keje nanti jgn lupa bawak pam k...coz kalo selalu pam, susu akan makin banyak dayu...once, breast tu basah, bermakna anak kt lapar dayu....ooohhh...nad sungguh rindu dgn saat itu...skrg hazim dah xmo susu badan dah...

    ReplyDelete
  8. zuris: ye ke?? kira kita ni dah masuk kategori bernasib baik lah ye.. uuihh, mcm2 hal memerah ni kan. lain org, lain cubaan nye..

    yaya: tq yaya..anyway, how is auf??

    an: hhmmm.. so sorry. tp ur komen ni btul2 membakar semangat ni. trus pasang impian nak susu kan badan, biar tak eksklusif tp dia tetap akan dpt hak dia.

    ReplyDelete
  9. Teruskan usaha Dayu. Insya-Allah dipermudahkan.

    ReplyDelete
  10. good luck dayu. insya-Allah, nanti2 makin bertambah susu and ur baby pun mesti boleh survive bila dah terbiasa.

    ReplyDelete
  11. teruskan usaha murni tu dayu.....good luck dear...

    ReplyDelete
  12. Dayu..kagum..kagum!!!

    aku doakan ko dpt fully BF eisya ok..
    anak no 2 ko akan aku jdikan idola..eceh

    ReplyDelete
  13. teruskan usaha mu kak dayu..!!!!
    biarkan eisya semakin montel dan debab dengan pipi meloyot.. :))

    ReplyDelete
  14. bgsla dayu...teruskan usaha..

    ReplyDelete
  15. dayu, when there's a will, there's a away. ade ramai ibu2 yg nk fully BF anak diorang, tp susu x cukup etc. so dayu try dulu tgk mcm mane. klu susu byk, dpt fully BF Eisya dh cukup baek sgt2. tgk anak membesar dgn susu bdn kite shj sgt priceless tau! lagilah klu montel mengalahkn bb yg mix dgn FM. so sape kate fully BF anak kecik? heheh...

    teruskan niat murni dayu. gambate!!

    ReplyDelete
  16. oohh..terima kasih kalian semua
    mmg sungguh2 memberi sokongan dan menambah semangat lah
    akan gigih diriku ini mengepam
    buat stok untuk si tembam kesayangan tu.. yelah..
    betul kata kamu semua
    itu hak dia kan.. biarlah dia dpt apa yg mmg milik dia
    selagi termampu kan..

    moga usaha murni kita ni akan berjaya dilaksanakan

    ReplyDelete
  17. hihi..macam2..selamat berusaha yer :)

    ReplyDelete
  18. salam....

    hai dayu... sy ni silent reader je sebelum ni... tp mmg selalu jenguk ur blog... tahniah kerana berjaya menghadapi pertarungan hebat antara hidup dan mati untuk melahirkan putri tercinta... dan tahniah jugak.. kerana dayu nak bf eisya...

    memang bf ni banyak menuntut pengorbanan ibu... berusahalah...insyaAllah..akan dipermudahkan....

    pam sekerap mungkin...walaupun sikit je hasilnye... jgn risau nati akan membuahkan hasil yang lumayan...

    my doter dah mencecah 5 bulan.... x bf secara ekslusif sbb pernah campur time tinggal baby sbb nak gi btn... tapi skrang, fully BF. ade certain time, bile kite tension or penat, nak dapat 2 oz pun sampai hampir satu jam (gune double pumping), tp bile sentiase cube tenangkan diri bile nak mengepam, bace surah insyirah, Alhamdulillah...kini, sekali pam boleh dapat 8-10 oz

    *** tapi demand sekarang ni melebihi supply..kene usaha gigih lagi... jom bersama2 kite BF anak kite....

    ReplyDelete
  19. tumpang iklan dayu

    http://klapissarawakselmahsalleh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  20. maria skrg pam kdg2 dpt 2oz je dayu..tp masih berusaha mengepam..mcm maria dlu tak bercadang nk fully BF pn..tp nth mcmn nth naluriibu kot..terus n terus pam..maria start pam n kumpul stok ms hari pertama nak masuk kerja..insyaALLAH blh dayu..usaha k..gud luck..

    ReplyDelete