27 August 2010

tidak mahu

Benda paling menyampah aku nak buat adalah: Mengemas barang nak pindah keluar meniggalkan kediaman

Giler menyampah. Dari zaman duduk hostel masa kat UiTM sampai lah ke hari ini. Masa kat UiTM lagi menyampah. Asal hujung semester nak kena kemas barang. Naik semester, kena kemas lagi. Rasa macam sangat menyushkan. Barang kalau sikit takpe. Ni berkotak-kotak. Zaman belajar ni boleh lah terima lagi, semua barang-barang kecik je, paling2 pun buku, fail, kertas-kertas. Rasa malas nak simpan, kasik buang je.

Tapi bila dah berumahtangga ni, jangan harap lah.

Dan akibatnya, sehingga kini aku masih belum siap mengemas. Rumah adalah sudah di tahap tongkang pecah. Tiada sesiapa dibenarkan dtg melawat rumah aku buat masa kini. Tapi semalam, kawan Ekwan dtg berbuka. Maka, aku buat selamba je. Kau buat-buat tak nampak la kebersepahan rumah kami ni ye. Abaikan barang-barang yang memenuhi lantai tu. Tapi boleh lak dia masuk dapur, rajin pulak nak membasuh pinggan, kantoi dah satu rumah tak terurus.

Arrgghh, aku tak suka packing barang nak pindah rumah!!!

Secara keseluruhan, kami ni macam tak nak move out. Aircond tak cabut lagi, almari semua tak kosongkan lagi. Tapi pinggan mangkuk, periuk smua aku dah balut surat khabar, dah masuk kotak siap-siap. Supaya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh untuk tidak perlu memasak 2 minggu ni. Aku dah bungkus siap-siap, simpan elok je baru bagitau kat Ekwan, maka dia tiada peluang untuk tidak bersetuju. Tak kan rajin pulak nak unwrapped smua pinggan mangkuk tu.

Nak tak nak, weekend ni kena gak aku mengemas habis-habisan. Tapi bila nak gi shopping rayanye??

bekalan EBM Eisya yang dipindah masuk ke peti ais ofis, sbb fridge di rumah mahu di'defrost. ni je lah stok frozen EBM yang ada. ni pun sebab bulan puasa, dpt lah pum pagi-pagi hari simpan buat stok beku.

ibu dan eisya mau pegi berbuka puasa bersama rakan taulan abah. Eisya mmg bagus, tiba je masa berbuka, dia tido. sebelum tu isi perut siap-siap. letak atas sofa, terus dibuai mimpi walaupun punyalah bising restoran tu. dapat ibu makan secara beregu ngan abah.

14 comments:

  1. dayu nak pindah dah ke? bab2 packing amy suka je. cuma pack out je malas. hehehehe....

    ReplyDelete
  2. eh dayu nk pindah ke mane?

    secare jujurnye eisya mmg ikut muke dayu!! comel.. ok la ibu dia pon comel jugak.. ehehehehe

    ala dayu umah reen pon same jugak.. smpai skang blom abes kemas.. tetiap mlm dok bersilat jugak nk kemas.. tp tibe siang ari kang bersepah jugak.. asben x kasik kerjasame yg baik, geram!

    ReplyDelete
  3. nak pindah kemana? adehh mesti penat klu nak pindah masa bula posa nie kan.. anyway at least ade gak alasan nak ponteng posa kan ;>

    ReplyDelete
  4. ok..ok..mmg ramai kata anak saya mmg comel mcm ibu dia :)

    iye, kami pindah di bulan puasa. keputusan diambil dulu mcm tak pikir bape panjang..tapi kita cuba. alah, pindah malam..takde alasan mau ponteng puasa

    ReplyDelete
  5. eh dayu nak pindah? dah tak duduk bukit jalil la ye

    ReplyDelete
  6. nak pindah mana tu dayu? beli umah baru ke? wawawa...

    ReplyDelete
  7. nk pindah ke mana pulak ni? atas alasan apa

    ReplyDelete
  8. selamat berpacking & berpindah rumah ye dayu..
    untung dayu baby rupa ibu dia. takde la bila dukung anak, org bole tanya 'baby sapa ni?' sob sob sob...

    ReplyDelete
  9. last year pun i pindah rumah masa bln puasa...penat ya rabbi!!to be honest,i ponteng puasa ok,tp ganti blk la sbb serius penat gle!..hehe.. ;)

    ReplyDelete
  10. aik naper nk pindh dayu?
    tp btul..pling nymph klu nk packing utk pindh..letih satu hl, lpas tu sat lg brg2 dh terabur..nk kmas kt rumh bru plk satu hl..sngt la lceh..

    ReplyDelete
  11. tarik nafas lega sekejap
    walaupun takde lah lega mana
    tapi dah berjaya smpai ke rumah baru ni, kira okay lah
    walaupun rasa mcm pitam tgk kotak2 yg melambak2 tu

    ye..kami bukan lagi penghuni taman puncak jalil
    sebelum timbul ketegangan berganda dgn landlord, abik kita blah awal2
    nanti lah ye..kita citer details

    ReplyDelete
  12. dayu..
    ri2 kite mimpi awk pindah putrajaya...muahahahahha....

    ReplyDelete