17 August 2010

yang penting kualiti

Hari ni masuk hari ke-7 berpuasa. Alhamdullilah, berat badan masih kekal di takuk lama walau makan macam esok tak jumpa makanan lagi *sengih* Dan syukur tak terhingga, produktiviti badan tidak menghampakan. Walaupun seminggu sebelum puasa, selepas balik dari Induksi, susu memang drop, nak dapat 3 0z pun struggle giler mengepam. Rasa sedih sungguh time tu, sampai terfikir-fikir dapat ke nak breastfeed Eisya lagi?? Paling teruk, aku dah tak harap lebih, dapat sampai 6 bulan pun jadik la.

Dengan nak puasa lagi. Memang hampa la time tu. Berharap sangat smua tu sementara je. Dan bila lagi 2 hari nak puasa, kuantiti susu kembali normal. Aku dah bleh senyum balik. Biar tak semeriah orang lain. Aku tetap suka. Syukur sungguh. Bila dah seminggu berpuasa, keadaan tak berubah. Adakalanya dapat melebihi jangkaan, harus lah aku gembira tak terkata. Terus bersemangat balik. Harap-harap rezeki Eisya akan berterusan.

stok EBM. bekalan untuk Eisya bawak gi nursery yang disediakan Sabtu dan Ahad lepas.

Setiap satu botol aku isi 3.5oz. Sehari Eisya akan bawak 5 botol. Maka, semua EBM yang ada tu akan habis pada hari Isnin. Tinggal sebotol je. Dan selalunya aku hanya mampu sediakan 3 botol, hasil memerah kat opis. Malam Eisya akan direct feeding. Dan selalunya malam memang tak pam pun. Aku tak berjaya men'strict'kan diri. Tapi kadang-kadang dalam pukul 10pm aku akan pump la jugak, kalau breast dah terasa penuh sgt kan. Tu pun kalau Eisya tak merengek mintak susu lah. Kalau dah feed dia, mmg kosong la jawabnya, nak pump apa lagi. Bulan puasa ni around 4.30am aku akan bangun, sahur dan pump. Sehari boleh la dapat dlm 4-5 botol. Pump arini, esok guna. Itulah rutin pemerahan aku.

Adakalanya memang jeles je tgk org tayang stok EBM penuh satu fridge. Aku tak pernah pun merasa macam tu. Paling-paling pun masa Induksi aritu, tu pun sebab Eisya kena tinggalkan. Kalau tak, memang mimpi la aku nak tgk stok susu melambak-lambak gitu. Tapi walau macamana pun, aku tetap syukur. Badan ni masih juga menghasilkan susu terbaik dalam dunia tu, biar pun sikit. Tetap cukup untuk kenyangkan Eisya.

takpe lah ibu, sikit pun takpe. bleh Cha minum susu fresh tiap ari, tak yah ibu nak beku-bekukan susu. fresh lagi sedap lah ibu *ayat sedapkan hati sendiri*

Usaha tu tetap kena ada kan. Tiap kali buka, memang bercawan-cawan air masak aku minum. Pastu teguk soya pulak. Dalam fridge tu berkotak-kotak soya. Sayur jangan cakap lah. Satu ikat sawi tu aku bleh makan sorang. Kalau dari pemakanan ni, dah mcm2 aku cuba. Longan kering, kurma, asal orang cakap benda ni boleh tambah susu, memang aku makan dengan penuh selera. Biarpun pertambahan tak berlipat ganda. Dapat extra 1-2oz pun jadiklah.

Nak masak jantung pisang masak lemak.

20 comments:

  1. oowhhs edapnye..
    mkn ngn ikan goreng/ikan masin..
    sempoi tp
    mabeles..

    ReplyDelete
  2. chaiyoook! semangat gini le yg kita nak dr ibu.. apa yg pntg, bb dpt yg terbaik

    Tahniah

    ReplyDelete
  3. pndainyeee chacha niarap! arghhh x sabar nk tgk si payin lak niarap gini.. hehehe

    insyaallah susu dayu akan semakin byk.. amin..

    ReplyDelete
  4. cha dah pandai meniarap kE? bila la plak turn si Una plak...

    3.5oz banyak tu eisya minum..fashya bekalkan 2.5oz x 5 btol 1 hari..cukup ke eh...tanya BS cukup aje dia. kadang2 bagi 6 botol, 6 botol abes, 5botol, 5botol abes....kompius aku..huhuhu

    ReplyDelete
  5. jantung pisang masak lemak?? cam sedap jer tue dayu hihi..masak lemak kasi letak cili api, lagi sodappp =D

    ReplyDelete
  6. nyum nyum.

    kita suka jantung pisang rebus cicah ayer asam. mervelles!.

    ;p

    ReplyDelete
  7. ingat nak masak lemak, sbb nak cecah air asam, tak terror lah buat air asam ;)

    3.5oz tu byk ke? selalu kalau try feed dia guna botol, bagi 4 oz pun dia bleh habiskan. dulu awal2 bagi 40z satu botol, akak kat nursery kata selalu ada lebih. dia suh buat 3 oz..

    ReplyDelete
  8. xpe dayu...2pon da alhamdulillah,...
    cha minum minuman kegemaran dia...susu ibu..hihihih
    mas pon bkn strict sgt,mlm sgtlah jrg pump..tahan sua je kat rijal...dia nganga je...

    p/s:bley x tgk susu 2 rs haus..muahahahha

    ReplyDelete
  9. naseb la bby gurl..
    kalo bby boy jenuh la..
    hihihihi..

    xpe la dayu.. sikit2 pon asalkan cukop utk Cha..

    marilah kite sama2 BF anak kite.. yey!!

    ReplyDelete
  10. 3.5oz tuh standard rasanya...aisya pn da minum 3 oz lbh...4oz pn blh abes si aisya tuh...hihi...tp lahir rasanya kecik dari eisya...2.7kg je...erm...ke aisya terlebih minum...hu

    ReplyDelete
  11. tak per lah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan? janji cha kenyang dah lah.

    ReplyDelete
  12. dah pandai menirap..cepatnyer.

    ReplyDelete
  13. betul la kata cha tu.. lagi fresh

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah..drpd xder lansung..at least eisya leh dpt bekalan dr susu ibu juga..selamat berusaha utk ank!

    ReplyDelete
  15. xpe dayu..jgn fikir psl kuantiti sgt..yg penting pam n pam..maria pn mcm dayu..tp masih boleh fully BF smp sekarang..hari ni dah 8 bulan..alhamdulillah..klu pam pagi2 buta lg meriah susu tau..maria tak berjaya lg nak pam pg2 buta ni..(kul 4.30 bagus).so teruskan je k..

    ReplyDelete
  16. seronoknya tgk dayu bg eisya ssusu badan

    ReplyDelete
  17. semangatlah dayu ni..good2..hehe

    ReplyDelete
  18. dayu, chaiyok2x!!insyaAllah dipermudahkan usaha murni mu itu..hehehee

    ReplyDelete
  19. kak dayu ni tips dapat dr ofismate, dia kate nak banyakkan susu sebelum pam or susukan baby minum air masak 2 gelas, lepas pump or susukan bayi minum lagi air masak 2 gelas :)..

    ReplyDelete