05 December 2012

Kenanga Wholesale City

Dah lama berkeinginan nak pergi sini. Tapi asyik tak berkesempatan. Yelah, dia jauh kat KL. Kalau hujung minggu nak masuk KL, laki aku adakalanya tak rajin nak layan kerenah bini dia ni. Tapi aritu, bangun je pagi-pagi aku dah mencari peluang 'yang, nak gi Kenanga boleh? nak carik baju' Laki aku yang mungkin dah kebosanan duduk kat rumah seharian semalamnya kata 'yelah' Yeay!! Suka achik dapat laki yang rajin bawak bini dia berjalan. Yang selalunya jarang kata tidak kalau bini minta di bawa ke sana ke sini. Nasib baik dapat laki kaki berjalan jugak, kalau tak ketat lah muka achik dok terperap je dalam rumah.

Tak payah bawak gi jauh-jauh, gi Sunway Pyramid pun boleh, IOI Mall pun jadik. Amboii kau, shopping mall sesaja kau sebut ye. Hahaha..habis tu nak gi mana lagi?? Tak kan nak jalan-jalan ke Pasar Borong Selangor pulak. Tapi tu boleh gak, achik suka. Pasar Chow Kit lagi achik suka. Banyak ulam-ulam dan sayur segar. Kat Mydin mana ada.

Kau tengok, kau tengok kan aku dah melalut.

muka orang excited nak gi shopping

Kenanga Wholesale City bagi aku adalah best, dan seronok nak shopping. Tapi jangan pergi dengan suami. Sebab nanti suami kau bosan mengekor kau turun naik tangga, keluar masuk kedai. Kedai dia sangat banyak dan pasti kau akan masuk setiap kedao. Sebab semua macam mengoda. Laki aku yang selalunya rajin teman aku pilih baju pun hampir surrender. Tu nasib baik Eisya buat perangai level intermediate je. Kalau dia cranky tahap maksima, memang kena balik lah jawabnya.

KWC lagi teratur dan tersusun berbanding dengan GM Klang. Dan barang jualan dia lagi menarik. Lagi banyak pilihan. Bab harga, aku tak berani nak kata mahal ke murah. Standard la, kau kena beli 3 helai baru boleh dapat harga borong. Tapi yang best, dia boleh campur-campur. Tak semestinya amik baju pattern yang sama je. Paling aku suka, aku dapat t-shirt Eisya RM10 sehelai. Jadiklah. Baju budak tu semua dah sendat. Baju beli untuk raya pun dah start ketat. Rasa beli besar dah. Eisya pun bukan membesar mana pun, tapi apsal baju-baju dia macam dah kecik? Confuse achik.

kat setiap lif ada signage ni. pilih lah nak gi level mana. dia ada bagitau kat setiap level ada jual apa.

Tapi aku geram sebab banyak blouse lawa-lawa dengan harga mampu milik (range harga RM30++) yang aku jumpa dan berkenan masa baru-baru sampai tapi tak terus beli sebab perut dah lapar sangat. Konon nak gi makan dulu pastu nanti gi beli semula. Tapi frust, bila nak gi carik semula tak jumpa kedai. Kecewa sangat. Punyalah besar KWC ni. Nak pusing carik sampai jumpa laki aku buat muka ketat, suruh aku datang lain kali. Hhhmm.. yelah, jomlah balik.

Konon nak shopping baju aku, tapi Eisya gak yang akhirnya dapat baju berhelai-helai. Tapi takpe, achik dah jumpa tempat shopping yang lagi best. nanti achik story.

t-shirt RM10 untuk Eisya. 

*konon bawak kamera nak amik gambar, nk buat review ke kawan-kawan yang nak melabur kat KWC, tapi tinggal harapan je lah sebab Eisya pegang kamera tak nak lepas, tau-tau bateri habis dia amik video kaki dia.

8 comments:

  1. teringin nak pegi KWC ni tak macam tak kompiden takut aku sesat sbb die dekat kl...nnt nak try pegi jugak lah...
    eh ade tmpt shopping yg lagi best?man2?mane?nnt story tau...

    ReplyDelete
  2. hoii..cam best aje weyhh..aku nk pergi la weekend ni =D

    ReplyDelete
  3. ntah bile kite nk smp sana
    tgk hasil rembatan kawan2 kemain hebat

    ReplyDelete
  4. tu arr..giler kn dayu tgk blouse,dress, sume la...
    cantik murah lak tu...
    tp penat gak nk masuk setiap 1 kedai..huhuhuh

    ReplyDelete
  5. lenguh kaki kalau g KWC tue...nak buang lemak memang sesuai la g sana

    ReplyDelete
  6. dayu, pegi sini time nak raya. lagiiiii happening! skrg ni jalan tar dah ade pesaing :p

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan,
    wah best nyer dah gi KWC...sy belum lagi berkesempatan nak gi...sbb tak sure ok ke tak....tapi lepas google KWC ni dan jumpa entry ni...semakin teruja dan yakin sikit nak gi KWC ni....thanks dear wat entry ni.. :)

    ReplyDelete

Followers

+ Tajaan Bulan Ini +