19 December 2012

Western Ekspress

Sempena hari gaji dan bonus semalam aku berbesar hati nak membelanja suami makan malam. Sebagai tanda terima kasih memberi kasih sayang kat aku selama ni. Hantar aku gi keje, bawak aku balik. Layan segala keinginan aku yang asyik nak ke sana, ajak gi sini. Tolong jaga Eisya bila aku perlu outstation. Ada rezeki lebih ni, apa salahnya belanja dia makan best-best sikit kan. Sambil memenuhi keinginan tekak aku jugak kan.

Seperti biasa, episod bergelut memilih tempat makan pasti ada. Lagi-lagi kalau nak makan special sikit. Kalau setakat dinner biasa, memang kami akan ke foodcourt USJ8 tu je.

Pikir punya pikir kami decide nak makan steamboat. Nak BBQ grill steamboat. Dan yang jadik pilihan adalah Island BBQ Steamboat. Dulu memang teringin nak pergi sini atas cadangan member Ekwan. Tapi asyik tertangguh je. Lagipun dia kat Kg. Melayu Subang je, dekat ngan rumah. Grill steamboat lain jauh-jauh. Hari-hari keje, kuar malam hari malas nak gi jauh-jauh. Letih weh.. Beriya aku printscreen peta nak menuju ke kedai ni. Ekwan pun familiar sikit dengan kawasan tu. Senang lah urusan.

Tapi kecewa kau. Penuh!! Dari tempat parking lagi dah ada orang datang 'bang, ada buat reservation ke?' Tak sempat jawab lagi kau dia dah sambung 'kalau takde, maaflah bang..meja penuh bang'

Ya Allah, kecewanya. Serius. Dah la kami laki bini lapar tahap maksima.

Terus menuju ke Shah Alam. Konon nak makan mee ketam tapi takut kecewa lagi. Yelah, time kebanyakan orang dah dapat gaji dan bonus, tempat-tempat makan glamer ni mesti full. Tak sanggup aku nak kecur air liur lagi. Baik tuju tempat yang confirm aku dapat kerusi dan meja untuk duduk makan. Ke Seksyen 7 lah kami. Dan Ekwan bawak ke Western Ekspress. Dia tak pernah makan kat situ tapi atas recommendation kawan dia, kami masuk lah kedai ni. Lengang je kedai dia. Aku risau rasa makanan dia ntah apa-apa. Tapi dalam hati 'bagus gak takde orang, cepat sikit aku dapat makan'

orang tak sedia lagi lah. pape lah labu

Alhamdullilah, boleh tahan la makanan dia. Walaupun tidak sampai 'sedapnya..sedapnya' dan takde lah sampai tak lalu nak telan. Harga pun reasonable. Servis pun boleh tahan pantas. Ekwan seperti biasa 'Lamb Chop' RM 18.90. Aku amik signature dish 'Beef Burger Horseshoes' Harga RM 11 sepinggan. Eisya makan fries yang menimbun dalam pinggan ibu.

Beef Burger Horseshoe. Patty daging yang diselubungi kentang goreng dan dijirus dengan sos black pepper.
boleh tahan sedap dan sangat mengenyangkan.

Lamb Chop

dia ni peminat kambing. maka expectation dia terhadap daging kambing adalah sangat tinggi.


Makanan dah okay tapi decoration kedai dia kurang menarik. Macam tak mampu nak attract orang datang. Dahlah kawasan sekitar banyak kedai makan jugak. Dinding pun kosong je. Warna putih pulak tu, macam kurang menariklah. Mungkin dia tak habis deco lagi kot. Kalau datang Seksyen 7 Shah Alam, boleh lah singgah.

Sekian.

8 comments:

  1. dayu..pakai produk ape ek..nampak muka lain la..

    ReplyDelete
  2. same la wei, nak treat laki aku pegi makan2 steamboat tapi area jb ni aku tak sure kat mane sedap. Ko ade suggestion?

    laki aku pun suka gila kat kambing...

    ReplyDelete
  3. cantik lah baju......serius sgt cantik....

    ReplyDelete
  4. bestnya....klu dapat steamboat mesti berbaloi2 makan nie

    ReplyDelete
  5. dekat sgt ngan umah kita BBQ island tu..sejak2 masuk JLN2 CARI MKN tmpt tu mmg la penuh selalu..dekat seksyen 16 pun ada dayu..rebus2 steamboat & grill.sedap juga..

    ReplyDelete
  6. wah... makan makan time.... kita tunggu husband balik dulu baru boleh makan besar.... xseronok die tak de....

    ReplyDelete
  7. muka aku nampak lain?? nampak makin comel ke apa?? heheh

    ReplyDelete