15 February 2013

Dia Segalanya


Ibu dan Eisya.


Eisya semakin membesar. Lagi 2 bulan, dia akan berusia 3 tahun. Setiap pagi dukung dia bawak masuk kereta nak ke nursery, setiap malam terutamanya bila dia dah tertidur pasti antara aku atau Ekwan akan terkata 'besar dah anak kita yang' Macam tak percaya anak sulung kami dah sebesar itu. Dan Ekwan akan terus kata kat aku 'tua dah kita ni, jangan nak perasan muda sangat

Eleh, sah-sah dia lagi tua dari aku. Aku muda setahun dari dia sekurang-kurangnya.

Eisya makin besar, makin bijak dan juga semakin manja. Tetap bila ditanya 'Eisya nak adik??' dia akan jawab 'hanak..hanak adik' Dia juga bukan jenis yang teruja kalau jumpa baby, dia buat tak layan je. Suruh main dengan baby pun dia tak nak. Lebih rela dia main sendiri. Tapi aku percaya, bila tiba masanya nanti Eisya pasti akan jadik kakak yang penyayang dan protective. Tunggu je lah nanti bila tiba masanya.

Eisya dari segi rupa memang kelihatan lebih kepada aku. Tapi yang tersirat banyak ikut abah dia. Bentuk kuku, susunan gigi semua ikut abah dia. Badan pun ikut abah dia kot, kecik je. Makan banyak dah, tapi tetap halus. Comel loteh gitu. Takpe, asal sehat sudah. Asal tak under weight, ibu puas hati dah. Lama sikit boleh pakai baju yang umur 3 tahun tu. Hahaha.. Alah, setiap minggu ibu belikan awak baju baru Cha..

Tahun ni ibu tak pasti nak buatkan birthday party ke tidak untuk awak.. kita tunggu je lah nanti ye

6 comments:

  1. ibu sya taknak adik ke? muahahah

    ReplyDelete
  2. Cepat masa berlalu kan? Kalau gitu aku ler lagi tua dari laki aku..Huhuhu~ Khaleef pon bila aku tanya nak adik tak? Dia jawa Anakkkkkkkkk!!!~ Tak nak ler tu

    ReplyDelete
  3. 'besar dah ank kita' statement yg sama selalu kami laki bini ungkapkan

    ReplyDelete
  4. ayat anak kite da besar tu mmg same kan....

    ReplyDelete
  5. sekejap jer dah besar...cepat2 bagi eisya adik...hehehhe

    ReplyDelete