03 February 2013

Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Dua ni adalah benda wajib beli kalau dah sampai ke Kuching. Bukan setakat beli, borong kot. Tapi aku takdelah beli banyak sangat. Sekadar cukup untuk keluarga. Sebagai souvenir. Dan juga untuk family sendiri. Dah datang jauh-jauh, boleh tahan juga membeli. Lagi-lagi kek lapis. Dah lah warna -warni, lawa-lawa corak dia. Mengoda ok. Rasa pun sedap. Terus hilang kawalan sekejap.

Kek lapis Mira ni sedap. Dia lembab. Aku memang suka yang lembab-lembab. Lagi-lagi cadbury dia. Kalau pergi lagi, aku nak beli cadbury ngan sisik ikan je banyak-banyak. Mahal sikit tapi dijamin sedap dan mampu dihabiskan sekali hadap. Pembelian yang sangat berbaloi.

beriya laki aku tunggu signage kat atas tu display kan 'MIRA CAKE HOUSE' bagus ada photographer yang tahap passion tinggi macam ni.

penuh bakul masing-masing.

lepas kek, terubuk pulak. nasib kedai sebelah meneybelah je. Terubuk masin dia sedap, aku baru je masak lemak cili padi. 

penuh tangan kiri kanan, Eisya pun kena tolong bawak 

Selepas lelah shopping, kami isi perut kat foodcourt Kg Boyan. Barulah dapat merasa mee kolok. Oklah, sedap je bagi aku. Dan makanan kat sini baru menepati citarasa Ekwan. Berselera sikit pakcik tu makan. Hahaha.. kesian laki aku. 

Entry Sarawak aku dah nak berakhir dah, lepas ni tak payah hadap entry Sarawak aku lagi. Tunggu bulan 6 lak nanti. 

3 comments:

  1. kesian cha.smpai jatuh2 brg yg dia bwk.berat la tu. eh mi kolok sedap la.kalo xsilap ada 2 version mi kolok ni.yg sup tak sedap.tp goreng punya wallaweiiii terangkat!!!

    ReplyDelete
  2. wah baca entry dayu bikin rasa rindu nak balik sarawak..harap2 ada rezeki nak balik bulan 5 nie..

    laksa sarawak makan tak dayu?

    ReplyDelete
  3. sronok jugak baca percutian hidayu ke Swk..kami org swk pun x mampu cerita pengalaman kat sini. Nice..entri.

    ReplyDelete