27 February 2015

10 months Elma Eiliyah

hye aunties semua.. lama tak dengar citer saya kan. ibu tu memang. lupa lah tu nak update pasal saya.

Si buah Epal ibu ni dah 10 bulan. Napelah cepat sangat membesar dik weh?? Lagi 2 bulan setahun dah. Ibu suh cepat masa pantang je. Lepas-lepas tu, tak payah lah cepat sangat bertambah usia. Nanti ibu dah takde baby nak gomol-gomol, yang redha je ibu cium bertalu-talu. Adik dah lah jenis baby yang garang. Muka tu serius je. Macamkan fikir apa je. Berkerut-kerut kening. Rileks lah dik, pe je awak fikir.. Tak payah risau, semua ibu kasik setel.

Elma dah mula berdiri. Kalau dapat berdiri tersengih-sengih. Pastu tepuk-tepuk tangan, terus terduduk semula. Habis semua badan orang dia jadikkan tempat berpaut. Eisya lah paling berangin kalau Elma memanjat badan dia. Sebab Elma bukan memanjat je, habis ditarik-tarik rambut kakak tu. Nasib sekarang kakak rambut pendek, kalau tak.. lagi seronok lah si kecik ni mengacau kakak. Eisya pulak bukan jenis mengalah sangat. Dia dah geram, dia lepuk je semula adik dia. Melalak lah si kecik ni. Kalau dia sabar sikit, dia angkat Elma letak jauh-jauh. Dalam bilik ke, tepi meja ke.. Asalkan jauh dari dia. Tak penyayang langsung Eisya jadik kakak. Dan sebab selalu lah jugak kena buli ngan kakak, Elma develop self defense sendiri, Elma ni boleh dikategorikan baby yang garang. Kalau duduk dengan baby lain yang seusia dia, memang aku kena jaga betul-betul. Tangan dia tu, cepat betul nak mencekau muka orang. Babysitter kat taska pun selalu kata 'kak, arini Elma keje membuli kawan dia je kak' Huhuhu..gangster anak aku.

Lagi satu perangai Elma. Dia tak nak dengan orang perempuan. Perempuan yang dia nak hanya ibu. Hanya ibu wanita pujaan hati Elma. Yang lain, dia sengih-sengih je, datang dekat, hulur tangan nak amik dia. Dia tepis. Siap tepis kau, punyalah tak nak. Kalau orang laki.. Semua dia okay. Takde penolakan langsung. Dukung lama-lama pun takpe. Kalau dengan PakTeh dia, siap boleh tertidur. Aduhaaii, kecik-kecik dah gedik. Dah tak pasal-pasal, abah kata awak ikut perangai ibu. Elehh, asal yang mengedik semua perangai ibu kan.. Yang best-best semua ikut abah.. *uweekkk*

garang tapi gedik. 

Masih makan bubur yang di blender. Alhadullilah, selera makan masih tinggi. Pantang disuap, semua dia telan. Ibu pun macam dah kehabisan idea nak sediakan menu. Dah boleh terima makanan segera. Senang sikit keje ibu andai kata terlajak tidur tak sempat nak masak bubur subuh-subuh hari. Dan bila Elma 10 bulan ni, aku secara rasmi dah stop mengepam. Elma dah tak dibekalkan EBM ke nursery. Kat nursery memang minum formula lah sepenuhnya. Stok EBM pun dah habis. Tapi malam, masih lagi breastfeed. Dan harap akan terus dapat breastfeed dia, sebab aku tak rajin nak bangun malam-malam bancuh susu.

Gigi dah ada 2 batang. Seriau tiap kali menyusukan dia. Elma kan gangster, dengan ibu pun tunjuk gangster.

6 comments:

  1. Assalamualaikum kak dayu. hehehe comelnya elma..

    ReplyDelete
  2. yeay happy 10 months elma..dayu leh share, elma minum susu fm apa yer? alynn tgh survey2 takut susu fm tak sesuai dgn baby..kalau dulu abg nyer senang jerk sbb mmg lepas pantang dh suakan dgn susu fm..haha tang gigi ni seram sket sbb dhiya yg tak der gigi lagi pun dah selalu kena gigit huhuuu..

    ReplyDelete
  3. kejap je kan dayu dah nak setahun..kadang2 puas ckp kat mus..anak kita ni nampak mcm baby lagi..padahal dah besar dah..hihihi

    ReplyDelete
  4. alolor, tomey nyer kamu elma...

    ReplyDelete