Gembira yang teramat bila dapat invitation dari Nuffnang untuk join event ni. Mahu tak gembira, dah 7 tahun aku mem'blog. Inilah kali pertama merasa dapat jemputan eksklusif dari Nuffnang untuk hadir event begini. Gembira tak terkata. Rasa bertuah. Dan hati bertambah gembira bila tahu Juelee dan Kak Sue pun ada sama. Yeay!! Ada geng, takdelah nanti tersipu-sipu termangu seorang diri. Event berlangsung pada 29-1-2015. Hari Khamis. Ye..hari Khamis. Hari bekerja. Maka, haruslah akak amik cuti kan. Demi nak join event Nuffnang anjuran Scott's ni.
Event bermula jam 9.30 pagi, kat Kidzania. Kat Damsara nun.. Samantha from Nuffnang dah whatsapp ingatkan suruh datang awal. Hari Khamis nak ke Damansara pepagi buta, perghh.. mencabar sungguh rasanya. Aku pergi sekali dengan Jue. Aku amik dia kat Komuter Subang dan terus gerak. Kitaorg target nak sampai sana paling lambat pukul 9. So, pukul 8 kitaorang kena bertolak dari Subang ni. Alhamdullilah, plan pertama berjaya dicapai. Dengan bantuan Google Maps, kitaorang hala ke LDP. Tapi boleh lah jalan yang Google tunjuk tutup. Last-last di halanya kitaorang ke Federal Highway. Stress je aku rasa. Ikut je lah signboard ke Kelana Jaya. Lalu lah kawasan-kawasan perumahan dalam PJ, nasib jalan tak jammed. maps pun tunjuk IKEA tak jauh dari kitaorang. Bawak je lah kete ikut map.
Bila sampai depan IKEA pukul 9.00am, lega terus. Sebab Samantha Whatsapp semula kata event mula pukul 10am. Terus gi breakfast meatball kat IKEA.
Pukul 9.45am kami ke Kidzania. Bila tengok orang pakai baju oren, putih..tau lah.. Ni mesti sama-sama nak join event Scott's ni. Keluarkan lah segala skill beramah mesra dengan stranger yang ada. Sesekali jumpa rakan-rakan blogger, time ni lah nak bertegur sapa. Dari 10 orang blogger yang Nuffnang, muka yang kenal 3 orang. Luckily, semua ringan mulut. Terus tak rasa kekok berborak sesambil tunggu event mula.
Mummy Nuffnangers di Kidzania.
Masa register tu, rasa macam tak caya lak tulis nama kat bahagian media, position journalist kau. Hahaha..rasa macam tetiba upgrade diri dari blogger ke journalist. Sebelum masuk ke panggung Kidzania, haruslah bergambar dulu kan. Blogger, camera, posing sakan kan ingredient wajib. Kak Filla ada masa event ni, teringin nak bergambar dengan dia. Cantik je dia. Macam dalam gambar-gambar dia kat blog.
ini hasil dari official photgrapher Scott's.
tersipu-sipu sampai pejam mata. pemalu sangat lah tu konon
Momazing!!! * gemuk..nyampah, patut menyorok belakang belon tu*
Event anjuran Scott's ni adalah bertujuan untuk melancarkan kempen #Momazing sambil promote benefit all Scott's product. Memang happy lah akak kan bila jengah dalam paperbag GSK tu. Cukup bekalan supplement untuk Eisya. Event pun meriah je. Host dia sangat pandai handle majlis, dah lah cantik, selim. Kerja aku amik gambar je lah. Nasib handphone aku ni boleh diharap. Nampak gaya lain kali, kenalah angkut gak DSLR tu. Ke nak kena beli compact camera baru ni??
Majlis diakhiri dengan persembahan tarian ballet dari adik-adik yang sangat comel ini.
Bersama Samantha from Nuffnang, thanks for the invitation Sam. Dapat gak jumpa Kak Sue, selama ni dok baca blog dia je, komen pun jarang. And Kak Mimy.
Ingatkan event sampai tengahari, tapi dalam 11.30 gitu dah habis. Lepas makan-makan, amik-amik gambar kami beransurlah pulang. Makanan dia sedap. Tapi dah alang-alang cuti, aku ngan Jue merayaulah sekejap dengan Mid kat Curve, Ikano dan kawasan sekitar.
Last picture sebelum mengundurkan diri. Thanks Nuffnang for the invitation, akak rasa seronok sangat. Jangan lupa invite lagi ye.
Dayu! Kaksu pon dalam kepala bila sam tanya sapa tros pop up dalam kepala dayu and mimy. Padahal tak pernah bertegur dkt fb ke apa tetiba pepandai suggest nama. Thank you sebab dayu terima eh? Kaksu pon happy dpt jumpa awak... insyaAllah ada event lain kiter jumpa ok? *hugs
ReplyDelete