05 February 2015

Ayesha Instant Shawl dari MissWish

instant shawl kegemaran masa kini

Dulu selalu pandang sebelah mata shawl-shawl berciri segera ni. Konon akan tetap gigih gosok dan melilit shawl. Bila dah merasa pakai shawl instant, terus jatuh cinta. Tapi cinta tetap kat shawl lah. Cuma ada masanya memerlukan pemakaian shawl secara segera, dan nak pakai sekejap je. Rasa macam tak berbaloi lak aku nak bersusah payah membelit. Nak keluar gi kedai runcit beli serai je pun. Tak sampai 5 minit dah cabut semula. Tak ke macam buang tenaga je tu namanya.

Tu bila MissWish keluarkan instant shawl ni tergerak hati nak mencuba. Nak try Naelofar rasa macam sayang je duit nak beli shawl sampai sehelai RM50. Ayesha ni RM39 je. Masih dalam range kemampuan lagi. Terus order warna paling selamat dan praktikal, tak lain tak bukan. Hitam dan cream. Aku memang gitu, asal nak try product baru mesti rembat hitam dulu. Baju pun sama. Minggu lepas memang aku lenjan shawl ni je. Gi Mydin capai shawl ni. Kuar amik bebudak kat school pun sarung Ayesha Shawl ni. Keluar outing ke Sunway Pyramid pun sarung instant shawl ni. Sebab mudah sangat. Sarung, kemaskan sikit-sikit, pin kat kanan kepala, kiri kanan bahu. Setel. 

comel tak akak pakai Ayesha Instant Shawl ni??

4 comments:

  1. cantek kak ton..
    nanti nk gak la try sehelai..

    *ambai ahkak harini 2 entri ye..

    ReplyDelete