10 June 2015

Ipoh Wall Art

Tempat ni memang aku dah masukkan dalam itinerary edisi jalan-jalan ke Ipoh kami 2 minggu lepas. Dah alang-alang sampai Ipoh kan, kenalah menyinggah kat tempat-tempat mesti pergi sekitar Ipoh ni. Menjajau kitaorang carik lorong terletaknya wall art ni tau. Nasiblah Ipoh tu tak sesak, mampu dan larat lah nak pusing-pusing 2,3 kali. Puas meng'google.. Waze on, Google maps on.. Nasib jumpa akhirnya. Adik aku turun kereta je 'Apa yang kau nak sangat gi sini Long?? Apa best sangat?' Ambaoi kau.. Namanya berjalan, kenalah pergi tempat-tempat yang disyorkan. Kalau kita gi negara luar pun, tempat gini jugak kita tuju. Jangan nak berlagak, yang dalam negara tak nak pulak ko jengah kan.

Memang sakan akak bergambar kat sini. Nasiblah laki akak tu tahu bahawa dia adalah official photographer akak. Nampak akak sengih-sengih, terus dia snap. Eisya pun boleh tahan aritu, pandai dia posing. Ekwan kata menurun perangai aku. Nampak kamera je gedik. 


ini paling win. posing paling gedik dari Eisya. kalah mak dia.



ok, mak aku memang pandai posing



Ekwan malu-malu nak bergambar. Amik gambar anak bini je. Tapi bila disuruh.. Over.

Banyak lukisan sepanjang lorong ni. Ada yang baru, ada yang lama. Ada jugak dinding yang kosong, dah cat semula background tapi tak dilukis lagi. Siapa yang imaginasi tinggi mesti boleh hasilkan gambar yang menarik bersama wall art tu. Akak ni tak berbakat sangat. Tapi bila dah balik, tengok semula gambar-gambar tu, baru macam terfikir 'patut buat gini..buat gitu' Masa kat sana tak terfikir tau.. Yang memang suka bergambar macam aku, memang sesuai sangat lah singgah sini sekejap.

Okay sekian sahaja dari akak. Hmm.. Macam sesuai je dijadikan header gambar ni. 

2 comments:

  1. wah. aku yg berkurun dok sini pun tak tau ade tempat nie.huhuu

    ReplyDelete