02 June 2015

Nuffnang #NNFeature Friday

Tahun ni memang rezeki aku dengan Nuffnang lah. Dari Januari sampai sekarang, ada je peluang yang Nuffnang tawarkan. Alhamdullilah, hasil berblogging selama ni. Dari zaman tegar, ke zaman suram. Pernah jugak blog ni bersawang, lama tak berupdate. Hampir-hampir jugak nak dilupuskan. Tapi sebab sayang, aku pelihara lah dia semula. Bila dah bertahun berblog, susah nak tinggalkan. Dah sebati orang kata. Benda kalau dah selalu buat, memang susah nak tinggalkan. 

Bila datang semangat tu, memang tiap-tiap hari aku update. Silap-silap sehari 2 entry aku publish. Kadang tu semangat ada, bahan melimpah ruah tapi masa pulak takde. Benda kalau dah tangguh-tangguh, dia punya feel update tu tak sama. Dia kena update segera. Macam makan keropok lekor lah, makan panas-panas baru sedap. Dah sejuk, makan gitu-gitu je lah. Jangan membazir. Samalah macam update blog, kalau benda lama, update buat syarat je jadiknya.

Nuffnanf #NNFeature Friday ni adalah antara target aku masa awal tahun aritu. Tengok blogger-blogger lain terpilih appear kat Instagram Nuffnang, akak teringin gak. Tanya-tanya kat otai, camne nak jadik salah sorang #NNFeature Friday ni, nak kena submit permohonan kat mana-mana ke? Dan jawapan dari otai adalah 'Nuffnang yang pilih Dayu' Maknanya.. Kena usaha lagi agar Talent & Communication Team Nuffnang sedar akan kemunculan kita ni. Alhamdullilah, selepas 5 kempen bersama Nuffnang. Dan memberikan yang terbaik di setiap kempen agar objektif kempen tercapai. Nuffnang akhirnya beri aku peluang untuk membuat kemunculan kat Instagram derang. Wahh.. Berbunga-bunga hati time dapat emel dari Samantha.

Terus akak draft 'Introduction of your Blog' Dan-dan time tu macam tak tahu nak tulis apa kan.

##NN Feature Friday pada 22 Mei 2015.

Aku anggap ini pencapaian pertama untuk terus maju bersama Nuffnang. Peluang ni mungkin datang agak lambat. Takpe, tetap ada kan. Mungkin sekarang aku tak boleh nak beri komitmen sepenuhnya kat blog. Kena pandai-pandai carik masa. InsyaAllah jangan sampai ganggu kerja hakiki. Utamakan yang lagi penting. Ada masa tu, aku punya gigih.. Sanggup aku bangun awal pagi draft entry blog ok. Transfer gambar, pilih gambar yang terbaik untuk dijadikan bahan nak update blog. Ada masa tu, tak keluar makan tengahari semata nak carik masa untuk kemaskini blog. Nak dapatkan sesuatu kena usaha.. Takde benda datang bergolek. 

Di kesempatan ni, akak nak amik peluang ucapkan terima kasih kepada semua readers. Sama ada yang baru, yang lama. Readers dari zaman akak anak dara sampai dah jadik mak beranak 2 ni. Terima kasih sebab masih setia mengunjungi blog akak. Layan entry akak yang ada masanya entah apa-apa. Tanpa readers semua, apalah ertinya blog akak ni. Blog syok sendiri namanya tu. Thanks again. Teruskan lah membaca blog akak ni. Akak try lah sehabis baik, bagi korang baca benda-benda yang bermanfaat. Dan hindari entry berupa sampah. Tak baik bagi readers bahan bacaan yang begitu. Tak sehat.

Kepada kawan-kawan blogger yang lain, yang dah lama tak buat kemunculan, yang ada keinginan nak buat comeback.. Jomlah geng!! Marilah kembali menternak blog. Blogging is fun!!

3 comments:

  1. nak masuk tahun ke 7 kita kenal dah kan dayu..dari mula abg bebel yg berblogging..sampai haku pun ikut terjebak sama..dari zaman bercintun..zaman tunang sampai anak dah 2 dah..

    goodjob dayu!!!

    ReplyDelete
  2. Meletoppp hakak tawww! Kalau featured camni, ade payment jugak tak? hehehe. Lobi kekawan sekali la wehhh. Rezeki kena kongsi :p

    ReplyDelete