05 June 2015

Lavender Garden, Cameron Highland

On the way balik, sempat singgah ke Lavender Garden. Nasib baik tak tutup lagi. Masa sampai tu dah pukul 6.00pm. Rezeki. Kalau tak memang frust menonggeng lah aku. Mesti terasa sia-sia je gi Cameron tu. Dapat penat je. Dah lah Lavender Garden ni antara tempat aku teringin nak pergi. Konon nak posing habis-habisan dengan anak-anak. Tapi time sampai Eisya baru bangun tido, Elma pulak dah mula mengantuk. Ibu amik gambar sorang-sorang lah jawabnya.

Dengan bunga matahari kecik ni pun jadik lah.

Anak takde perasaan sebab baru bangun tidur. Bapak dia over. Jarang kejadian ni berlaku ni. Rare ni. Aku rasa patut print gambar ni masuk frame atas katil ni.

Setakat gambar makan ice-cream berlatar belakangkan bunga warna-warni, tak rare. Tapi haruslah tempek kat blog sebab suka.

Memang lawa sangat tempat ni lah. Sesuai sangat untuk orang yang kaki bergambar macam aku ni. Dapat pulak laki rajin melayan. Gembira lah hati. Tapi kalau dapat masuk celah-celah bunga tu mesti lagi menarik kan.

Kereta masih penuh di jalan raya.

Anak pun rajin melayan. Berlari-lari ajak ibu bergambar sana-sini. Biasalah, budak baju pink tu, dari dalam perut lagi dah diajar 'Nampak kamera, senyum'

Tapi akhirnya dia lari entah ke mana. Bergambar lah ibu kau sorang-sorang situ. Nasib baik Elma setia temankan ibu posing. Kekalkan prestasi ni ye Elma, jangan nanti dah besar sama perangai macam kakak awak.

Eisya kekaguman tengok rumah cendawan

Akak bunga


Muka aku sangat budak Eisya ni. Memang sohih anak aku. Waktu ni memang asal bergambar mesti kat pinggang. Mak dia yang suruh. 

Lavender Garden ni memang lawa. Memang best bergambar, kalau lah dia kasik masuk celah-celah bunga tu, mesti lagi seronok kan. Ada jugak cafe kat sini, tapi tak berkesempatan nak merasa. Masa sampai dia dah kemas-kemas dah. Hmmm, memang aku ada alasan yang sangat kukuh untuk datang sekali lagi ke Cameron Highland ni. Lepas raya boleh kot.. Tak pun extend cuti raya, singgah Cameron. Tapi raya tahun ni balik KL dari JB. Harus idea aku tu kena reject mentah-mentah dengan Ekwan.

5 comments:

  1. alor lor lor gambar ngan bunge tu...

    ReplyDelete
  2. cantikkk nyer taman Lavender ;)
    lama dah tak naik Cameron almost 17 years , dulu petik daun teh jew .. ngan trawbery..kaktus sekali

    ReplyDelete
  3. Aku pun suka pi Lavendar garden tu. Colorful. Memang lawa kalau ambil gambo.

    ReplyDelete
  4. Tengok enntri ko ni, baru teringat, ku punya entri Cameron tahun lepas bila laaa nak buat ni. huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasik buat lah..entry cameron aku pun tertangguh 10 bulan ni
      janji publish..senang akak nak track di masa hadapan

      Delete