19 June 2015

Next Direct bagi shipping free ke Malaysia!!

Selamat berpuasa semua.!!! Bunyi macam penuh bersemangat kan. Tapi memang bersemangat pun. Tak payah lah nak lesu sangat. Jangan jadikan alasan. Jadual lawatan tapak pun dah berderet ni. Turun site, berpanas ukur jalan di bulan puasa memang sangat dielakkan.. Kalau boleh. Tapi kalau dah tak boleh, nak tak nak.. Berjemur lah kau sana kat tengah jalan. Redho je lah. Bekerja demi negara.. Majulah Selangor untuk Malaysia!! Hah.. Kan akak kau dah merepek.. Dia tengah tak bleh terima hakikatlah tu, dua minggu berturut-turut kena gi site bagi briefing kat kontraktor.

Okay.. Tukar topik.

Eh.. Baju raya dah beli? Melampau sangat je kan bunyi nyer.. Baru puasa sehari dah heboh citer baju raya. Tapi mengaku jelah. Ada yang sebelum raya dah shopping. Malah, ada yang dah settle bab-bab baju raya ni. Aku pun sama. Tapi biasalah, selagi tak raya. Selagi tu membeli je kejenya. Gaya macam duit tak reti nak habis je kan. Huhuhu.. Nak buat camne, godaan dan pengaruh rakan sebaya sangat kuat. Tapi aku selalu je terlepas sesi shopping secara berjemaah. Tapi semalam dalam sibuk-sibuk, sempat lah join. Rupa-rupanya mak-mak budak ni dah sakan membeli. Selalu tau, suka lupakan akak. Tak tahu ke akak ni bab cuci-cuci mata, beli sikit-sikit ni memang aktiviti paling dia gemar.

Ni akak nak khabarkan berita gembira. Lagi-lagi yang suka sangat shopping baju-baju oversea untuk anak-anak. Sekarang Next Direct dah boleh shipping terus ke Malaysia okay!! Hoooraaayyy!!!


Harga pun dia display dalam Ringgit Malaysia. Sangat memudahkan. Tak payah nak kena convert bagai. Seronok je browse. Aku dah lah memang berkenan sangat dengan design Next ni. Bukan Next je lah. Mostly baju budak yang brand luar ni lah. Derang akan buat 1 collection on same konsep. Pastu size available dari newborn sampai umur 12 tahun. Kalau nak beli sedondon memang seronok. Tapi aku kurang gemar pakaikan Eisya dan Elma sedondon. Dapat yang sama warna pun dah seronok. Tapi brand-brand yang ada kat Malaysia, susah nak dapatkan macam tu.

Kalau Gymboree, Gap Kids, The Children Place semua tu memang seronok lah nak suai padan kan baju anak. Tapi tu lah, bila dah convert ke RM.. Telan air liur lah. Tapi Next ni kira mampu milik lagi lah. 


Senang lah aku nak matching kan baju budak-budak 2 orang tu lepas ni.

Dan ini yang paling seronok. FREE DELIVERY weh.. Beli RM110, dapat shipping free dari UK ke Malaysia. Free wehh. Free. Kalau beli melalui personal shopper, shipping fees ni lah yang selalu buat baju-baju tu jadik mahal. Ni dia bagi free ni. Dan yang lagi best. Cepat giler sampai. 5 hari dari UK ke Malaysia. Seronoknya!!! Aku teruja giler bila tengok parcel Fad dan Ena sampai in 4 days. Terus akak pun meng'order sama. Terus jadik tak tentu hala. Semua cantik, semua pun nak.

Lagi satu yang aku suka Next ni, cara dia display product dia. Budak pakai baju tu. Bukan sekadar tempek susun in row.. Bila tgk gmbr budak pakai, feel seronok dia lain. Pastu dia pakaikan model 1 set.. Baju + legging.. siap kasut. Memang tahap jatuh cinta tu.. membuak-buak.

Selalu orang ingat baju-baju oversea ni mahal. Tapi hakikatnya.. Murah weh berbanding Poney, Miki semua tu.  Tak caya?? Meh akak tunjuk contoh

T-shirt ni RM23 je. Kalau beli shirt Padini/Miki/Poney.. nak dapat yang design cun, lawa macam ni pun RM29.90 gak. 

Blouse bunga-bunga tu RM40 (size Eisya) Size Elam RM35. 

Korang gi check sendiri lah. Dan selamat ber'shopping. Sementara free shipping ni, baik order sekarang. Semoga tak rambang mata. Kalau berkenan, add to cart je dulu. Filter kemudian, sebab selling fast okay. Kang pilih-pilih punya pasal, melepas pulak. Lagipun nanti nak carik semula susah sebab pilihan adalah sangat banyak.

*asalnya nak carik baju mak, sekali beli baju anak. selalu macam ni tau


6 comments:

  1. aku pun baru nak buat entri ni ko lagi pantas buat. wei beb pinjam gambar. Haha

    ReplyDelete
  2. vah vah vah.. bagus betulnya nih... memang baru igt nak oder baju Next haritu tapi tesengguk jugak tengok harga pos. mekasih Dayu

    ReplyDelete
  3. Aaaaaaaaaa mengundang sangat wehhhhhhhh. Jahat ah ko. Aku tgh 'puasa' shopping ni nk beli sofa baru :p

    ReplyDelete
  4. salam sis, boley Tanya payment dia pakai apa ya? sy cuba credit card maybank tak berjaya

    ReplyDelete