22 June 2015

Lost World of Tambun: Main air puas-puas

Kitaorang pergi Lost World of Tambun ni bulan lepas. Redeem free ticket hadiah pemberian Friso Gold untuk Kids Discovering Contest. Tiket valid sampai September 2015. Saja tak nak peram lama-lama, ada masa, ada duit lebih.. Jom lah kita!! Walaupun sebenarnya tak berapa gemar pergi theme park masa cuti sekolah.. Layankan je lah. 

Ketibaan. Datang awal. Pun pintu masuk dah penuh orang. Nasib parking masih banyak dan tak perlu beratur panjang nak masuk.

Semua amik gambar group photo. Kitaorang nak jugak. Eisya dah buat muka menyampah sebab tak habis-habis bergambar, bila nak jumpa waterpark. Hahaha..Rileks lah Kakak.. Bergambar tu mesti. Tak larinya waterpark tu.

Leceh jugak nak dapatkan tiket free pemberian Friso ni. Dari ticketing counter sampai lah ke customer service aku tuju. Nasib akhirnya dapat gak wristband free 4 keping. 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Pastu beli extra 2 dewasa untuk mak dengan adik aku. 1 tiket budak tidak digunakan. Sayang okay, RM49 harga tiket tu. Aku offer kat orang-orang yang tengah beratur beli tiket, tapi yang di'offer semua macam tak berminat. Yelah, korang banyak duit kan.. Mana pandang benda free.. Huhuhu.. Patut aku tinggal je kat kaunter kan. Bagi kat siapa yang nak..

Sila beratur nak memasuki taman tema. 

Akak je ke yang teruja. Nasib baik Ekwan pun pandang kamera. 

Peuh Lost World of Tambun masa kitaorg datang. Ada 3 company buat family day, memang padat lah jadiknya. Nasib masih berjaya dapat port lepak bawah khemah. Dekat dengan laut, memang strategik lah. Dekat dengan toilet, locker pun dekat. Kedai makan pun belakang khemah je. rezeki sungguh.

Jom kita merentasi sungai buatan terpanjang di Asia Tenggara

Tengok si Elma tu. Punyalah beria nak pegang air. Tak reti takut dia ni.

Arus sungai dia tak kuat. Pelampung tu gerak slow. Dah lah jauh, Sudahnya semua turun jalan kaki je dalam sungai ni. Ekwan tarik pelampung sorang-sorang.


Huhuhu.. Nasib tak lemas anak aku. Budak ni memang seronok main air okay. Turun dari slide ni dia mengekek ketawa. Siap merengek bila dirikan dia dalam air. Nak main slide lagi lah tu

Main dengan opah pulak.

Ratu air kecik saya. Seronok ibu anak-anak ibu tak takut air. Senang ibu nak angkut gi laut dan pulau.

Dah kepenatan. Stop makan. Susukan Elma, dia yang tertidur. Biasalah Ekwan. 

Makanan kat dalam theme park ni harganya sangat reasonable bagi aku. Nasik goreng kampung RM10++ Memanglah mahal bagi sepinggan nasi goreng tapi portion dia banyak, ada ayam goreng medium size, keropok ikan.. Dan yang penting sedap. Takdelah tasteless. Ke sebab kau dah lapar, makan apa pun sedap?? Hahaha.. Dia punya chicken chops pun sedap. Tak bagi orang bawak outside foods, makanan sedap, harga berpatutan okaylah.

lepas kenyang, kita sambung main air lagi

2 comments: