19 October 2015

Kaedah Menabung yang Agak Efisen

Aku ni agak sukar jugak nak menyimpan. Kena dipaksa-paksa. Kalau tak, habis gitu je duit dalam akaun tu. Tak tahu ke mana lagi naya. Kalau nmpak barang yang dibeli, legalah sikit. Tapi kalau tau-tau 'Eh, tinggal gini je duit aku, aku buat apa je?' Mulalah insaf. Tapi sekejap je. Not good.. Not good. 

Ikutkan, aku ni boleh je simpan at least RM500 sebulan. Yelah, perbelanjaan aku gi keje bukan banyak mana pun. Peruntukan untuk makan je. Gi keje ngan Ekwan, kos dia tanggung 90%. Aku tolong topup Touch N Go hanya bila disuruh. Hahaha.. Untungnya lah kan ada suami. Bahagia sungguh rasa hidup. Grocery pun selalu aku buat-buat lupa ingatan bila sampai kat cashier, buat-buat busy kuarkan barang dari trolley, pakcik tu jugak lah yang setel, Aku hanya bawak kuar purse aku time gi Speedmart, gi Mydin Mart.. Tu sebab kalau gi Mydin besar, memang aku pastikan semua cukup, takdelah nanti nak kena menyinggah kedai-kedai runcit kan. Strategi... Strategi jimatkan duit sendiri. Hahaha.. Rasa keji pulak perangai aku ini.

Tapi sesungguhnya, aku banyak cover kat bahagian lain. Kau ingat aku kejam sangat ke nak buli laki gitu sekali. Bil-bil kat rumah, yuran taska Elma, yuran tadika Eisya semua aku yang kena setelkan. Kira adil lah. Bahagi sama rata. Tapi haruslah Ekwan lebih sikit. Orang pesan, laki ni memang kena bagi dia komitmen perlihara anak bini lebih sikit, baru lah dia tak rasa selesa sangat. Buat apa-apa semua dulukan anak bini. InsyaAllah, kuranglah sikit potensi nak buat perangai.

Ya Allah, melalutnya aku. Nak citer hal menabung kot. Apa kau merepek ni Dayu oiii??

Okay.. Okay, kembali ke topik asal. Menyedari betapa perlunya aku menyimpan. Sedar diri yang duit saving sangatlah ciput. Kalau emergency, hhmm.. hilang arah. Aku mulalah menyimpan sikit-sikit,. Paksa diri, setiap bulan dapat gaji terus transfer sekurangnya RM300 ke ASB. Hujung bulan, baki gaji bulan lepas, semua aku transfer ke ASB. Dapat lah jugak simpan at least RM500 sebulan. Tapi haritu masa heboh orang membeli goldbar, aku pun terpengaruh gak. Takde dah orang simpan duit dalam bank katanya, Orang semua beli emas sekarang ni. Start dari tu, aku tak simpan cash dah, Semua beli goldbar,. Duit raya budak-budak pun belikan emas.

Tapi tetiba rasa, aku tetap perlukan simpanan dalam bentuk tunai. Tambahan pulak, hujung tahun ni nak gi Hong Kong. Tak naklah keluarkan duit saving untuk belanja holiday. Terus aku terfikir nak bukak tabung Hong Kong. Kat facebook, banyak je orang share kaedah menyimpan kan. Dan aku tertarik dengan 1 kaedah ni. 

Menyimpan Ikut Tarikh. Alhamdullilah, dah masuk bulan ke-3 aku menabung guna kaedah ni.

Bila dah cukup sebulan tu rasa macam tak percaya jugak aku boleh menyimpan banyak gini. Macam tak sangka, simpan sikit-sikit, cukup sebulan besar jumlah yang terkumpul. Betullah kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadik bukit. Kena teruskan paksa diri menabung. Dah mula ni, kena pastikan akan berkekalan teruskan. Jangan hangat-hangat Mak Jemah je.

Rezeki pun agak murah tahun ni. Syukur. Memamg tujuan aku buat tabung ni untuk dapatkan duit belanja ke Hong Kong nanti. Tapi mungkin tak perlu kot, duit Nuffnang ngan duit APC aritu cukuplah kot. Tak cukup, Ekwan cover. Hahaha... Alah, setakat duit makan, duit transportation, shopping souvenir sikit. Cukuplah. Aku bukan nak shopping beriya. Not so me. Aku jenis yang kalau gi berjalan, bukan nak shopping. Maka, duit tabung ni boleh lah simpan untuk keperluan dan kehendak lain. Shopping sofa baru kat IKEA ke.. Almari baru ke.. Handbag baru ke.. Amboii sangat kan nafsu membeli kau Dayu.

Marilah kita sama-sama menabung!!

2 comments:

  1. aku mmg potong gaji trs so assume je la ku takde duet sebnyk itu hihi tetiap thn naik gaji sure aku up potongan ke saving anggap je takde kenaikkan thun tu... thn depan 2 hutang besar setel.. tak sabarnyaa lahai..

    ReplyDelete
  2. Aku setuju tu..bab komitmen kene bagi suami lebih membayar tanggungan. Kita tolong mane2 yg boleh. Dari situ masing2 akan paham tanggungjawab and Insha Allah lebih berkat perkahwinan

    ReplyDelete