25 March 2008

Best ke jadik Engineer?

Soalan apakah itu? Semua nya berpunca dari komen yang Husniyyah bagi kat i semalam on my entry bertajuk 'Dia' - i cerita pasal En. Ekwan tapi dia tanya 'best ke jadik engineer?' - Tu yang terasa nak post something on that issue -sampai jadik isu ke? ;)-

So, how to answer that question erk? Best ke? Selalunya nak jawab soalan soalan2 macam ni, kenalah identify dulu apa makna 'best' tu kan.. Benda 'best' bagi i adalah:

1. Benda yang i suka+seronok+dan tak terpaksa nak buat
2. 'Best' maknanya tak membosankan
3. 'Best' juga bermaksud i bersemangat bagai nak buat benda tu

Dan adakah menjadi engineer 'best' untuk i? Ye..i seronok + suka + tak terpaksa jadik engineer, tapi yang menjadi masalahnya di sini.. Bukan engineer di CPT ini, bukan di unit pengurusan projek ini. Memang ada seronoknya tapi macam tak terbina lah kerjaya seorang engineer di sini, tak banyak boleh belajar sebab semua kerja orang yang buat, kami pantau kerja orang je -macam lah diri tu terror sgt, sedangkan....-

I manage to survive a life as CPT engineer for a year..-lama gak tu- Sebab apa? Sebab gaji pegawai kerajaan lebih tinggi dari kat private -dulu la, masa 1st year graduate- Tapi sekarang ni, dah lebih kurang je.. Kawan2 yang dulu basic kurang dari i skrg dah sama dah, siap ada yang dah lagi byk dr i -ni baru setahun, 2,3 tahun nanti...ada gaji derang dh RM3-4k, mine is still the same..sedih :( - Best kah itu? Sila lah jawab..

Tapi bila mengenangkan workload mereka, cuti tahun yang hanya 7 hari -mine is 30 hari ...hahah sila la jeles-, Nak cuti susah, overtime kadang2 tak boleh claim -peg J41 mmg takde OT pun- kadang2 kena berkampung kat office... Itu semua buat i syukur sangat jadik seorang Pegawai Kerajaan walaupun berstatus kontrak.

Kesimpulannya di sini : Dayu seronok jadik Engineer. I do love my Job!!

ye..bos saya juga amat baik + sporting + prihatin
tu yang buat i 'best' bergelar Penolong Pengarah (Awam) di sini

Do enjoy your job!!!

5 comments:

  1. Wah,soalan ku telah menghasilkan satu post! hehe.

    Tulah, byk benefit jd pegawai kerajaan ni kan. hus baru nak masuk 2 bulan keje. Dayu dah lama eh.

    So far, keje best. tak stat byk keje lagi, masih belajar. court pun baru skali pegi.

    Neway, thanx for answering my question. hehe

    ReplyDelete
  2. Hus..u kata kemeneterian mana erk?

    ReplyDelete
  3. best ker jadi engineer? for me best jadi engineer ni nak2 consultant..dan my job right now yang leh kuar2 sekarang..leh mencilok2 ke shopping complex.

    ReplyDelete
  4. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri...

    ReplyDelete
  5. ala, cuti aku 21 hari, cukup la tu
    cuti byk2, wat lemak je lebih..
    hahhahah
    lgpun lg byk cuti, lg byk nak berjalan2 sebab ader byk masa kan, xkan cuti nk perap kat umah jer kan, pastu bila byk berjalan, byk la nak kuar duit, ye la nk balik kg selalu, nk gi holiday, nk gi shopping complex.mcm2 da..

    ReplyDelete