10 March 2008

Baby Sitting

That Sunday, finally i woke up at 3pm. Lama sungguh i terbaring tido hari tu. Gave Ekwan a call. Dia jawab dengan suara yang amat segar. I je yang masih mamai.

Me: Awak buat pe yang? Dah lama ke bangun?
Ekwan: Tengok tv. Yang, BN kalah kat 5 state. Selangor ngan KL pun kalah yang.
Me: Hah? Biar betul, selangor pun kalah
Ekwan: PM awak lah ni, lembab.

Chiaat!! Sesuka hati dia je kata macam tu. Tapi election kali ni memang mengejutkan. BN kalah teruk, tak dapat 2/3 seats pun kat parlimen. Isskk...apa nak jadik ni. Arrgghh!! Lupa kan sebentar isu itu, terasa nak cerita what happen yesterday.

Petang tu i asked Ekwan to fetch me and took me for my late lunch. Around 4pm dia sampai. Masuk2 kereta terus cakap pasal election. Layankan je lah. Pastu baru dia teringat yang i ni tengah kebulur.

Ekwan: Awak nak makan kat mana ni? Gi Hartamas je lah erk
Me: Hmm..orang terasa nak makan keow teow kerang la yang
Ekwan: Mana nak carik. Uncle Don tak bukak lagi
Me: Mana2 lah yang, lapar dah ni.

Dia terus masuk Mahameru, then suddenly dia cakap nak gi Uptown Damansara, kan my favourite keow teow kat situ. Bila sampai, banyak lagi gerai tak bukak. Tapi nasib baik kedai keow teow i dah bukak. Cari seat dan terus order.

dayu's fav keow teow kerang. i je yang makan, Ekwan dah kenyang melantak kat rumah

Ekwan ngan his favourite pose, uweekksss, dia perasan hensem la tu. kutuk boyfriend sendiri-dayu yang kejam-

Lepas makan2, Ekwan ajak gi tengok kereta abang dia kat Subang. I setuju je sebab tak terfikir nak ke mana2 petang tu. Ingat nak gi carik hadiah untuk Min's becoming b'day tapi terasa macam awal lagi, lain kali pun boleh. So ikut je lah mana dia nak pergi.

Bila sampai workshop tu, abang dia dah balik dah rupanya. Cehh!! Buang masa + minyak je tau. Then masa stop isi minyak abang dia call, ajak gi OU. Dia nak gi tukar DVD kat Jusco. Ikutkan hati macam malas je nak pergi. Terasa nak berdua je ngan Ekwan hari tu, tapi biasalah Ekwan susah sikit nak menolak ajakan abang dia. Maka ke Hartamas la kami. Amik En Izan and family.

En. Afizan & Kak Fatin with their 2 boys: Faris and Faiq
ni bukan gambar from yesterday, tapi masa Kak Fatin company dinner, yang i ngan Ekwan turut serta sambil tolong baby sit budak 2 org tu

Dengan family abang dia, i memang dah biasa dan tak rasa kekok. Maybe sebab dah lama beramah mesra ngan derang, dari zaman kat UiTM dulu, semenjak diploma lagi dah selalu jumpa derang. Sekarang tak lah segan2 lagi. Si Faris tu pun siap dah panggil i 'makcik yu' lagi. Hahahaha..Terasa malu tau. Lagi2 bila dia panggil depan Ekwan's other siblings.

Sampai Hartamas, derang dah tunggu kitaorg. Faris terus nak duduk ngan i. Lama tak jumpa Abang Long ni. Faiq lak baru bangun tido, muka takde mood je. Terus ke OU, dan straight menuju ke Jusco. Kalau En Izan dan Cik Fatin dah shopping, memang lama. Maka bermula lah tugas kami untuk menjaga anak-anak mereka. Huahahhau..dah macam pantun lak. Nasib baik, Faris ngan Faiq ni jenis yang tak banyak songeh tau.

isskk si Faris ni, banyak kali dah i ajar buat 'peace' tapi tiap kali amik gambar kembang gak tangan dia tu.

tak larat la nak dukung awak faiq..duduk eh dlm troli tu-lupa nak bawak stroller-

Siap menghabiskan duit kat Jusco, ingat balik terus dah tapi macam pelik la pulak kan. Mana boleh En Izan & Kak Fatin nak duduk kejap2 je. Pastu, jalan2 la kat OU tu. Ekwan and i stopped jap kat Poh Kong, saje je nak tinjau2 cincin. Chiiaat!! Sekali mereka berdua lak yang membelek bagai. Faris dah tertido. I meng'offer' kan diri nak dukung Faiq. Susah pulak Kak Fatin nak sarung2 cincin sambil pegang Faiq kan-baik betul i kan-

Bawak la Faiq ni pusing2 sekitar that area. Gilir2 dukung dia ngan Ekwan. Agak2nya kalau orang tengok kitaorg, terfikir tak tu anak kitaorg ke bukan-henti2 kan berangan ko tu dayu- Selalu gak kitaorg bawak dua beradik ni berjalan. Selalu on Saturday la, bila En Izan outstation dan Kak Fatin keje. Ekwan nak keluar, kena la angkut derang sekali. Ngan pampers, susu semua di bawak sekali. Sampai kat i, dia sengih. I la yang kena uruskan. Tak bermanfaat sungguh dia tu. Tapi seronok gak kadang2-kalau bdk2 ni tak meragam lah-

Selepas Kak Fatin berjaya menghabiskan duit suaminya di Poh Kong, kami pun menuju ke KFC untuk mengisi perut. Sian Faris, kena baringkan dia tido atas kerusi je. Time ni, si Faiq naik hangin. Tak larat nak layan kerenah dia. Nasib baik mak bapak dia yang layan. I tengok kan je lah.

faiq kembali ceria setelah dapat belon dari kfc

Tak ingat pukul berapa kami keluar dari OU. Dari OU, singgah sekejap ke Pasar Chow Kit. En. Izan nak beli lauk ngan barang dapur. Sementara, dia membeli-belah, kami semua tunggu dalam kereta sambil borak2 dan gelak2. Banyak cakap pasal election je semalam.

Lepas tu Ekwan terus antar i balik. I pun dah macam penat. Sampai rumah takde sape. So bukak TV, and humban baju kotor dalam mesin basuh. Pastu duduk melipat baju yang dah berhari2 tergantung tak berlipat sambil ber'sms ngan Ekwan.

Semalam macam tak boleh tido la. Dah tutup lampu pun time tu. Tapi i bangun semula, bukak lampu dan carik pen dan kertas. Buat list to do for this Jun event. Semangat terlebih -dayu mmg macam tu- Tak sure pukul berapa i tertido. Luckily, dah seat alarm pagi tadi, kalau tak harus lambat lagi. Tapi En. Shahidan on leave sampai esok, maka boleh bergembira sebentar.

~isnin yang tak macam berkeje~

No comments:

Post a Comment