05 March 2008

Icome Tax..oh..Income Tax

Hari ni, pegawai-pegawai di CPT menjadi begitu peka dengan tanggungjawab masing-masing sebagai rakyat Malaysia. Selepas membincangkan isu politik, kami beralih arah pulak ke isu pembayaran cukai pendapatan. Yelah, bulan ni kan, secara automatiknya gaji kami dipotong cukai pendapatan yang berjumlah RM26. Memang lah tak seberapa kan, PCB (potongan cukai bulanan) ni pun boleh redeem balik nanti-kalau layak-

Dol lak semalam baru je melawat kaunter LHDN kat Times Square, maka dia lah jadik duta LHDN kat CPT ni menerangkan segala-galanya. I lak terus bukak website LHDN, sambil Dol terangkan kat kitaorg ni. Bila dah dengar, masih banyak pertanyaan yang tak terjawab.

1. Layak ke/patut ke i bayar cukai? Apa yang melayakkan/mewajibkan seseorg tu byr cukai? -setakat yang i tahu skrg, apabila pendapatan seseorg tu >RM25 ribu setahun(setelah ditolak perbelanjaan yg dibenarkan) he/she should pay the tax.

2. Apa cara-cara untuk i tak nak bayar cukai? -banyak benda lain la nak byr, gaji i pun byk mana pun, mmg lah kalau kira bersih, i dh masuk golongan 'pembayar cukai' tapi tidak hakikatnya.

Dol cakap memang ada cara nak elak cukai, lebih baik bayar zakat-kan ianya wajib- dari bayar cukai. Then terus bukak website lembaga zakat lak, nak kira bape zakat pendapatan kena bayar. Dalam RM 580. Cukai pendapatan around RM1000+ (amat banyak ok amount itu). Tapi apa-apa pun, sebelum 30 Mac 08 ni, kena la gak pegi LHDN untuk buat pengisytiharan harta/pendapatan bagi tahun 2007. If not, denda RM 2000. Banyak betul lah..

Satu lagi fakta i dapat hari ni, 60% pendapatan negara adalah drpd cukai-dan gaji kami,pegawai2 kerajaan termasuk that 60%- Oleh yang demikian, mari la kita beramai-ramai membayar cukai. Dan yang penting, pegi je bukak file kat LHDN declare pendapatan, kalau tak RM 2ribu ok melayang.

Jalankan Tanggungjawab anda. Mari keluar mengundi & Membayar Cukai.

~gaji ciput nak kena cukai kan...huhu..~

2 comments:

  1. ha.. nasib baik ko bukak topik ni.. time ko byr income tax.. ko byr zakat sekali x dayu?.. cam mane eh nak bayar.. die kire cam ne?.. ade info bgtau aku key..

    ReplyDelete
  2. aku tak bayar lagi awin..next week baru nak melawat LHDN..nak suruh peg lhdn yang kira kn untuk aku... nnti aku dh tau details dia, aku maklum kan k

    ReplyDelete