22 January 2010

pengembangan

Perut adalah masih kecil, lagi-lagi kalau sarung baju-baju megandung pakai gi keje. Sebab baju-baju tu memang sengaja beli besar, risau mana tau hujung2 nanti perut ni tiba-tiba mengembang di luar kawalan.

Muka gak dah kembang semacam.. kaki ko jgn tanya, tuan punya badan sendiri seram nk tgk

pandangan sisi atas, berjaya memberi sedikit impak kurus kepada diri sendiri. walau hakikatnya korang kena tahu, berat aku naik lagi 1.5 kg setakat ini. tapi baby dah 1.2kg sekarang, maka berat aku sebenarnya baru naik 9 kg lah.. *nak gak*

Nantilah, esok-esok saya upload gambar pandangan hadapan ye. Yang di ambil pada sudut 180 (mana nak dpt simbol hah??) darjah ngan objek. Yang akan menunjukkan figure sebenar Puan Hidayu yang selama ini cuba berselindung dengan teknik2 dan trick mengambil gambar. Tapi hakikatnya, dia adalah sgt besar.
Nak jalan pun mcm dah tak larat sekarang ni. Mengalahkan org bawak perut 8,9 bulan. Orang menunggu hari pun agaknya lagi aktif dari aku. Siyes, mcm sgt letih. Orang sekeliling pun penat tgk aku agaknya. Cakap banyak pun tak boleh dah, dah mengah. Ohhh.. lembiknya ko dayu. Ni baru nak masuk 7 bulan. Kalau 7 hari lagi nak beranak?? Confirm aku mintak MC awal2 kat doktor, duduk umah diam2 tggu je sakit nak bersalin tu datang. Kalau tak dpt, korbankan aje lah cuti tahun tu. Tak mahu sakit tu dtg masa kat opis. Tak mahu susahkan orang...

Minggu ni pedih kat ulu hati mmg menyerang sepanjang hari. Dari pagi smpai ke petang. Sakit ok... sampai umah mmg trus baring lah. Dah seminggu tak masuk dapur. Umah pun kemas mana yang larat je. Kul 9 mata dah layu.. oohhh, hidup sgt pasif minggu ni. Cuma baby kat dalam ni je makin aktif.. punyalah kuat dia menendang, aku yg tgh nenyak tido pun boleh terjaga.

E*** D*****, baik-baik ye kat dalam tu. jgn tendang kuat2 sgt, mommy terkejut ok..

18 comments:

  1. hi...
    follow blog awk dr tak kawen, sampe dah kawen..sampe nak kuar baby dah
    ihiksss
    sure comey!
    awk masa peknen nampak berseri sgt2...
    nampak gegirl ke boboy?

    ReplyDelete
  2. mcm baby girl je kakak? hehe. ya allah! lately ni ramainya blog preggy mommy nih! bukak je,semua entry gambar perut haha..

    ramainya nak jadi mommy thn ni. akak jg beby elok2 ok :D hari tu jumpa akak ramping lagi akak :p

    ReplyDelete
  3. cutenyer mom to be ni!!! :) semoga baby pn sehat walafiat :)

    ReplyDelete
  4. nak masuk 7 bulan dah,perut dayu kecil lagi ek?
    perut zuris dah besar kedabak.baru 7 bulan lebih,dh cam nk meletup.
    org kata mebi kulit perut tebal sbb baby just 1.08kg.
    abislah kalu kulit perut tebal,susah nak kurus balik ti.huhuu...

    ReplyDelete
  5. Dayu bagi dia dengar surah2 dan nursery rhymes tak..lagi kuat la dia menendangkan...Geli betul rasa..

    ReplyDelete
  6. Perasaan dayu je tu,na tgk ok je?

    ReplyDelete
  7. mcm pengalaman nurul dulu perut jadi tiba2 membesar masa kandungan 8 bulan. tiba2 jer membesar begitu cpt. kaki pun dulu nurul dh mcm belon :)

    ReplyDelete
  8. ini bukan perasaan semata-mata
    tapi mmg hakikat.. mommy to be ni mmg telah mengembang dengan jayanya..
    dia tak kelihatan berseri lah ngan muka tembam ni..
    dagu pun macam dah takde *kata suami dia*...

    thanks.. semoga doa kamu smua makbul, moga baby kat dlm tu sehat2 sentiasa
    biar lagi aktif berfutsal.. bagi mak dia teruja sampai tak lena tido

    jantina dia.. nanti yer.. nnati bgtau kat smua

    ReplyDelete
  9. hehehe dayu..elly yg baru 5 bulan ni naik tangga nak ke bilik atas pun dah mengah.semangat je ajak abg bebel p jogging.tp bila dtg pagi je mata ni malas nak bangun...

    heheh dah mula cari barang2 ke dayu..hehe

    ok take care kay..mari kita meneruskan mengembangkan badan2 kita nie

    ReplyDelete
  10. Suka gambar last tu.

    Nampak sangat loving.

    :)

    ReplyDelete
  11. samelah kita dayu. kembang dengan jayanya. takpa, asal baby sihat kan. insyaAllah.

    ReplyDelete
  12. mesti dah byk shopping baju baby neh
    ihiksss
    blh dtg majlis lyza bertiga yer

    ReplyDelete
  13. kadar pengembangan badan mcm tak normal je rasa
    naik sampai 2.5 kg sebulan...pergghh, kalau tak pregnant mmg dah meraung lah
    tapi tu lah... bila mengenangkan baby kat dalam perut ni..redha je lah
    dengan harapan nanti lepas bersalin boleh kembali normal
    tak pun sediakan je rm byk2
    kita gi slimming woeld je.. pe susah..hahahahahah!!!

    ReplyDelete
  14. dayu..u nampak comel di sebalk pengembangan tersebut..nad pun tak sabar nak tgk baby dayu nie..name pun dah ade kan..rahsia ehhh??

    :P

    ReplyDelete
  15. hehe.. bestnya. Tentu ada rasa yang begitu indah. Tendangan kaki kecil yang begitu menggelikan.. ops! gelike?. Adoiii..

    Hanya senyum bila gambarkan kaki-kaki halus kecil menendang-nendang manja gitu..

    ReplyDelete
  16. amboi awal2 dah buat tendangan sudut nie.. agak2 boy ke? klu ye mesti nak ganti aidil zakuan.. pemain bola yg hencem tuu
    (walau pun pendek.. tetap hencem)

    ReplyDelete
  17. dayu..nnti da 8 bln perot akn cepat membesar. kite smpi x sedar. tau2 je baju dh xleh nk cover semua perot..hahaha...lawak giler ^_^

    ReplyDelete
  18. salam..hi dayu..mmg waktu 7 bulan macam ni..ulu hati selalu pedih2..kena tekan..

    baby dah nak stat padat dah tu..

    anyway..enjoy ur pregnacy life..
    best tau..

    take care..

    mummydida yang cumel!!

    ReplyDelete