19 February 2010

impian

Dulu masa sekolah rendah, bila nak hujung tahun je mesti cikgu sibuk nak isi report kad. Kira bape hari budak2 ni ponteng sekolah.. timbang berat, ukur tinggi. Pastu paling tak lupa, kena isi tempat cita-cita. Kena bagi 3 lak tu. Puas lah aku pikir dulu nak jadik apa. Masa sekolah rendah.. mana la pikir sgt kan..paling budak-budak ni suka nak jadik time tu mesti polis, cikgu, paling gempak pun ada yang nak jadik doktor, tak pun pilot.

Sungguh tak terdedah langsung dulu... yelah, mak bapak masing-masing pun bukannya kategori profesional. Kalau ada SPM pun dah cukup bagus.

Maka, tak pernah terlintas yang aku boleh ada keje yang mcm skrg ni. Dah lah dulu bapak punya pemalas. Sifir pun darjah 6 baru aku hafal. Tu pun sebab cikgu tusyen yang super duper punya garang. Tiap kali masuk kelas, dia akan tanya sifir dulu. Kalau tak dapat, merasa la kena rotan depan kawan-kawan. Tak nak malu punya pasal, smpai termimpi-mimpi aku hafal sifir. Masuk sekolah menengah, masa nak PMR rajinlah skit belajarnya. Tu pun sebab dikelilingi insan-insan yang sangat rajin. Kalau tak, tak merasa lah aku deretan A kat slip result tu.

Bila form 4, smua dok pakat blah tinggalkan sekolah. Smua nak gi MRSM. Kelas pun makin kosong. So, aku pun amik keputusan blah gak. Gi sekolah teknik. Amik kursus kejuruteraan awam. Dengan tak tahu apa, redah je. Sekolah dah lah kat tengah bandar, habis sekolah pukul 2. Tak tahu nape dulu jadual sekolah ni mcm tu. Selalunya petang baru aku sampai umah. Melepak-lepak jap kat sekolah. Entah apa entah aku suka sgt kat sekolah ni. Tapi siyes, aku mmg rindu kehidupan zaman sekolah waktu ni. Rasa macam free giler, cikgu sporting.. Bangun pahi gi sekolah pun tak rasa terpaksa.. sgt happening 2 tahun kat sana..

bila ingat balik aku jadik pengawas kena pakai baju kaler pink tu.. uuihhh..rasa mcm pape je

Tapi sebab student life yang sgt happening, yang sgt sibuk ngan aktiviti ko-kurikulum sampai cikgu tak bagi masuk pape event lagi... result SPM aku pun suam-suam kuku je lah. Dapat further study pun dah cukup bagus. Nasib baik UiTM nak terima aku, walaupun aku mcm berlagak tak minta pun nak belajar kat sana. Sebab sedar diri yang Kimia, Fizik ngan Add Math aku hanya paras-paras hidung, aku tak mahu sambung belajar benda2 enginering lagi. Tak nak serabutkan kepala otak sendiri. Ye..ye.. memang dasar pemalas. Nak senang je tahunya.

Dah memang takdir aku nak jadik engineer kot, walaupun dulu kat report kad asyik tulis nak jadik pramugari. Hahahahah... sebab dulu rasa mcm sgt best je jadik pramugari. Dah lah smua cantik-cantik, kurus-kurus.. dapat jalan2 free lak tu. Tu yang nak sgt jadik pramugari. Tapi bila dah asyik ngadap kalkulator scientifc ni, dok bancuh-bancuh konkrit, dok tengah panas ukur tanah.. Merasa la kena halau kalau dtg interview nak jadik flight attendant. Hahahaha...guwe tak cukup slim lah..

Dan dalam keadaan skrg, nak jadik mak tak lama lagi. Dan kemungkinan besar akan dpt anak perempuan. Aku macam tak nak kasik dia melibatkan diri dalam bidang keje yang biasanya orang laki buat. Biarlah dia buat keje orang pompuan. Ohhh, saya nak anak saya jadik arkitek lah. Maka, kalau nanti dinding rumah aku penuh kena conteng, aku sengih je. Dia tengah develop skill lah tu. Hahahahah.. ohhh, dia ada pencil color dah... dia kat dlm perut lagi, mak dia dah belikan pencil color. Ok, mak dia mmg over...

Thanks to Farah for sharing the link with me. Bagus gak idea ni.

sediakan tmpt menconteng untuk anak-anak. maka, kalau dia conteng dinding gak, takde alasan dia boleh bagi. dan bak kata farah, mak ayah pun boleh join sama menconteng.

Macam-macam nak buat kat budak ni. Nak bawak dia main bowling lah, nak ajar dia berenang. Ohh, macam-macam mau kasik dia buat.

Isskkk, cepat lah beranak... Uiiihhh, lagi sebulan lebih..

17 comments:

  1. assalamualaikum dayu.

    wahh. lama tak updates.
    tertunggu-tunggu juga celoteh dayu kali ni.
    hihi..
    sweetnya, dah belikan pensil warna ke?
    good job dear.

    ReplyDelete
  2. wah dayu...bakal dapat baby girl ke?tak dapat lah nak berbesan..hik!hik!hik!

    ReplyDelete
  3. hehehehe..pencil color dpt free je pun. trus simpan dlm almari abju baby, bila tiba masanya nanti boleh kasik dia guna...

    lahh zek, bukan aku dh buat pengumuman ke aritu yang anak aku pompuan..

    ReplyDelete
  4. dayu.. same lah kite mcm2 plan.. nk suh masuk kelas taekwondo lah, piano lah, sekolah cina lah, swimming lah... hehehehe... mcm2 lah.. tp tu kn plan.. kita hanya merancang, tuhan menentukan.. kn? kn?

    ReplyDelete
  5. hi, dayu. felt like dropping comments since you want your children to be an architect=)

    i agree on letting the children being creative. last few weeks i found a blogger who painted her children's room's wall with chalkboard paint, so the children is free to draw, and the mum is not worried about the sketches. easy to rub/clean off. (shows mums are creative too!)

    http://upupcreative.blogspot.com/2009/10/from-wallpaper-to-chalkboard.html

    only that mothers should be careful not to let the children eat the chalks, or inhale the dust =)

    ReplyDelete
  6. hi, dayu. felt like dropping comments since you want your children to be an architect=)

    i agree on letting the children being creative. last few weeks i found a blogger who painted her children's room's wall with chalkboard paint, so the children is free to draw, and the mum is not worried about the sketches. easy to rub/clean off. (shows mums are creative too!)

    http://upupcreative.blogspot.com/2009/10/from-wallpaper-to-chalkboard.html

    only that mothers should be careful not to let the children eat the chalks, or inhale the dust =)

    ReplyDelete
  7. iye..kita hanya mampu merancang,yang menentu kan masih lagi yang satu kan
    tp itulah,mana ada mak ayah yang tak mahukan sesuatu yang terbaik untuk anak dia kan...

    ooohhh farah...
    thanks for the link
    mmg creative idea itu

    ReplyDelete
  8. :) hihi.. i pun dah plan.. kalau2 anak bgtau nak jadi engineer.. Harus di bantah seratus peratus.. kekekek sebab kesian kat diri sendiri.. and taknak diorg rasa susah mcm ni.. baik jadi mende lain2

    oh btw.. :) mesti seronok en ekwan dah berada di sisi

    ReplyDelete
  9. cita2 sy ms sekolah dulu pn nk jd doktor..haha

    ReplyDelete
  10. dayu dulu tijb eh...


    pensil warna saya pun dah ada..proton service centre bagi then tah kenapa terus simpan kemas2 "this is for my baby" hahaa i ingat i sorang je macam gini..:p

    ReplyDelete
  11. banyak lagi bidang profesional boleh dicebur selain enginering kan
    maka, mcm tak prefer nak bagi dia libat sama..tak berkembang skills family..boleh gitu??
    kita kasik la dia buat benda lain
    baru lah boleh tambah koleksi buku kat library umah nanti..

    *hahahaha..ada geng rupanya, kumpul benda free untuk anak yang blum pun tgk dunia lagi

    ReplyDelete
  12. cita-cita time sekolah adalah sangat cliche T_______T HAHAHAHA. tal leh blah betul.

    weeeeee baby girl :p mesti lagi manja dengan ayah ni. eh akak dah 8 bulan ye? ya allah. cepat masa berlalu.

    nnt dah beranak,suruh hubby akak updatekan blog ye haha

    ReplyDelete
  13. hi dayu..
    kite seronok awk kata rindu zaman sekolah. sbb tiba-tiba kite terpeeling ex-student kite mesti rindu kat kite.. heheh..
    skrg kite pulak mengisi cita2 ngan hobi bdk2..hehe

    eh, nak invite awak to wedding kite on 14mac kat batu pahat. se-village jgk kan..

    address plz..

    ReplyDelete
  14. dayu, cepatnye! rasa macam baru je kelam-kabut kite dok citer nak kawin aritu kan. tetiba dah nak bersalin pun. ahaks

    ReplyDelete
  15. cepatlah masa berlalu. tak sabar nak tgk ur junior..hehe

    ReplyDelete
  16. huh dayu tak sabar beranak ke? kalu nurul dulu takut nak beranah nie

    ReplyDelete
  17. mengingatkn balik kehidupan zaman sekolah,mana lah ada yang kata tak seronok.. kenangkan zaman Uni pun boleh tersengih..inikan pulak zaman kanak2, zaman remaja kan..

    ye..mmg terasa mcm kejap je..dah nak beranak dah..tp hakikatnya, saya mmg dh tak sabar
    bawak badan mcm ni..uuiiihhh tak larat weeehhh..mmg rasa nak beranak je. nak aktif balik mcm dulu..

    ReplyDelete