22 February 2010

lagi angan-angan dayu

Pelajar wajib bersukan..


Ok, kalau tak wajibkan pun, aku yang akan bersungguh-sungguh suruh anak aku bersukan. Bagi cergas sikit badan tu. Biar tak lembik je. Ikut bapak dia, lagilah..dia nak asah skill menonjol bola kat anak-anak dia. Huhuhu.. anak perempuan di kecualikan lah ye. Kena pilih lain untuk dia. As tak nak nanti dia menjadi hilam legam secara semulajadi, marilah kita kasik dia main indoor game saja.

Harus nanti umur dia setahun je kena ajar dia pegang bola bowling.. hahaha.. harus senget-senget badan anak aku mengangkat bola tu.

Iyelah, dulu-dulu mana lah nak merasa sgt main game2 gini. Bila dah besar, masuk universiti, barulah nak berjinak-jinak main baling-baling bola gini. Nak harap mak ayah yang bawak... banyak lagi benda lain derang rasa lagi penting. Iyelah, mak bapak i bukan orang senang. Perbelanjaan yang seakan tak berfaedah ni, cuba dielak habis-habisan. Orang kan selalu apa yang dia tak dapat dulu masa kecik-kecik, dia nak bagi kat anak dia.

Semalam masa borak-borak ngan sorang kawan sekolah. Dah 6 bulan anak bujang dia tu. Dia kata orang smua dok bising sebab dia decorate bilik anak dia tak mcm bilik baby. Macam bilik budak sekolah. Ngan poster-poster gambar tulang, human body system.. Member teringin sangat anak jadik doktor beb.. Sekali dengar mmg mcm over, tp betul gak pe cara dia tu. Kena develop dia dari awal. Bukan nak pressure, tp cuba semai dr kecik. Tapi nanti kalau memang tak sesuai ngan jiwa dia, kena lah mak mengalah. Jangan sampai memaksa kan.

Bilik anak aku nanti, aku penuhkan gambar-gambar gini je lah..

penuhkan bilik dia ngan buletin PAM je. komik-komik smua jgn harap. matilah anak aku.. *mak dia pun selak buletin BEM setahun sekali*

Ni sekadar impian beb.. sape tak nak anak membesar jadik orang berguna kan, jadik bijak pandai. Maka, mari sama-sama kita kaji kaedah terbaik nak mendidik anak. Ok, aku nak mengoogle skrg juga.

*semalam masa belek-belek flash cards kat jusco, konon nak beli untuk budak ni, sekali bila tang huruf 'P' dia kuar gambar binatang hidung penyek tu lah..trus cancel
*wahh, ada parcel baru sampai..

3 comments:

  1. Betullah dayu, aku setuju idea tu n dengan kawan ko tu.. =D

    Doakan generasi kita lepas ni menjadi anak-anak yang berguna untuk masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  2. kita sentiasa nak kan yang terbaik kan untuk anak2 kita
    dan as kita ni etrdedah dgn mcm2 benda
    lagi lah kita nak dedahkan smuanya kat anak2 kita

    ReplyDelete
  3. ee suke sgt cara dayu nk praktis2 mcm2 kt anak nnt..

    ohh dayu jd idola eh?:P

    ReplyDelete