09 February 2010

romantik kah dia

Lelaki melayu tak romantik katanya.. iye ke??

Kena lah kenalpasti dulu apa kriteria 'lelaki romantik' tu.. apa yang dia kena buat untuk melayakkan diri untuk masuk kategori 'Lelaki Melayu Romantik' Kalau nak tetapkan standard kenalah ada garis panduannya kan. Tak boleh lah main hentam je. Asal tak kena ngan citarasa, terus kata 'issskkk, tak romantik langsung'

Kalau lelaki melayu tak romantik, lelaki bangsa mana yang romantik??

Dan aku nak tanya satu soalan 'camne nak tau lelaki tu romantik??'

Pandai memujuk bila kita merajuk??
Ohhh, kalau gitu harus suami i tersingkir. Dia mana layan bini dia merajuk-rajuk ni. Cuma kebelakangan ni lah,dia murah hati skit. Bila bini dia jadik makin kememeh, sikit2 nangis, kena tegur skit monyok, pastu bila dah malu sendiri, masuk bilik, tekup muka ngan bantal pastu meleleh lah air mata. Barulah dia rajin nak usap-usap skit rambut. Suruh bini dia berhenti menangis. Bukan i tak nak stop lah, tapi i malu sebenarnya...

Pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.
Sweet talking... sape tak suka kan.. dihujani dengan kata pujian setiap masa. Asal masuk kete 'u nampak cantik sgt hari ni ' Ohhh, sah hati berbunga-bunga sentiasa. Memang jadik idaman lah. Tapi bagi aku, aku tak harapkan sgt dia memuji. Kalau dia memuji pun aku akan macam 'awak kenapa yang??' *walau dalam hati ada skit rasa gembira* Sambil tengok muka dia tggu dia reveal kan perkara sebenar, paling pun dia akan kata 'alah..puji bini sendiri pun tak bleh'
Apa yang aku lebih harapkan dari dia adalah kami ada topik perbualan yang boleh diborakkan sepanjang masa. Kemahiran komunikasi dia lagi aku pentingkan. Bila dia tak sentiasa setuju dgn apa yang aku katakan. Ada je nak kami perdebatkan. Itu yang aku suka. Macam tu baru lagi romatik. Tak lah nanti asyik membisu je.

Sikap yang mengambil berat dan penyayang
Yang ni memang kualiti yang dicarik-carik.. Sape tak mahukan lelaki yang mengambil berat pasal diri kita. Sentiasa dulukan kita dari lain-lain benda. Nak buat apa smua pikirkan kita kan dulu. Tipulah kalau kata tak suka.

Apa lagi yang membolehkan seorang lelaki tu dikatakan romantik?? *pikir..pikir*

Bila dia sentiasa kaya dengan surprise?? Bila tiba-tiba ada org dtg opis antar bunga ngan coklat kat kita?? Bila balik umah, masuk bilik tgk ada kotak hadiah atas katil?? Memang seronok beb kalau dpt smua ni. Tapi kalau takde smua ni, tak romantik ke dia?? Tapi kalau dah tu penanda aras yang kamu letak.. tak romantik lah dia. Tapi kalau bukan itu yang kamu perlukan.. maka romantik lah dia.

Kesimpulannya, terserah kat diri masing-masing.

Tapi bagi aku, romantik tu bonus. Tapi aku lebih perlukan dia yang lebih bertanggungjawab. Yang sentiasa utamakan keluarga dari benda lain. Yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga dia. Tak romantik pun takpe *tp kalau ada lagi bagus* tapi kualiti kat atas tu kena ada.

tak romantik takpe, tapi selalu2 lah bawak i jalan-jalan. next year ye sayang. kita gi ngan E*** sekali.

4 comments:

  1. betul lah akak. biar lah tak romantik, asalkan bawak jenjalan, support soping sikit ok lah hahaha

    ReplyDelete
  2. ha nie mesti dengar Hot FM pagi tadi kan ;).. sebut je hot FM terus teringat pangilan hangitpagi tadi.. best kan..

    opss akak da lari tajuk ;)

    ReplyDelete
  3. betol tuh...kadang2 mmg rase best kalo dpt laki romantik tp aku lebih suke laki yg sayang aku sepenuh hati...bile sayang, die akan bertanggungjawab, caring, prihatin etc tanpa perlu disuruh, x perlu tunjuk kat org lain pun xpe...janji aku tau...

    ReplyDelete
  4. romantik ok.jgn jiwang karat udah.
    hehee...

    ReplyDelete