02 August 2010

baru ku tahu

Sudah lama tiada hal memasak dipaparkan di sini kan, ohhh tapi itu tidak bermakna saya tidak lagi memasak. Saya masih berusaha memasak setiap hari. Memasak sendiri bahan pengisian perut kami suami isteri di malam hari. Itu kan dah tanggungjawab. Maka, kena lah menjalankan tanggungjawab dengan penuh berintegriti. Hahahaha, mood induksi masih belum hilang. Bila dah balik ni, macam terkenang-kenang la pulak kehidupan kat sana. Huhu, dalam seksa, ada jugak manisnya. tu yg tak boleh lupa. Tanggungjawab tetap tanggungjawab beb..penat mana pun, kena berusaha jugak. Tapi bila mendapat izin untuk membungkus, harus aku segera mengangguk kan. Tapi kalau boleh nak gak masak sendiri, makan pun puas.

Dan malam ni, secara tiba-tiba, aku rajin. Terlebih rajin sebenarnya. Sambil basuh basuh, lipat baju, basuh pinggan. Sambil tu lah aku memasak bubur kacang hijau. Guwe teringin beb. Ohhh, bubur kacang beserta durian adalah makanan terakhir 3 bulan lepas sebelum sesi berpantang bermula. Dan itulah yang aku muntahkan habis-habisan sebelum disorong masuk labor room. Sangat memori lah.

Ohh, sangat geram la dengan kacang hijau tu. Nape susah sangat ko nak lembut hah?? Dah rendam sejam, rebus pun dah nak dekat sejam. Nape tak lembut-lembut jugak hah?? Sabotaj ke hah??

Dan sebab hampir menyampah tunggu kacang tu empuk. Ber'FB lah saya sambil lipat baju Eisya. Ohh, sangat multi tasking la kononnya. Dan bila status saya kata 'merebus kacang hijau dengan penuh kesabaran' Shaz memberi respon:
Tak pernah pulak tahu kacang hijau boleh membantu menambah susu. Dah lah sejak balik dari kem tahanan ni susu merundum giler. Risau. Dah la nak puasa, macam mana la nanti. Seboleh-bolehnya nak susukan Eisya ngan susu ibu. Seminggu dia minum susu tepung, asyik kembung je perut tu. Selsema... yelah, takde antibodi langsung kan, ngan dok nursery lagi. Bila dapat minum ibu, walaupun susu frozen, takde pun kembung. Selsema, batuk pun hilang. Ohh, susu ibu memang terbaik!!! Jangan nak sangkal lagi.

Dengan terteranya maklumat di atas, secara tidak langsung saya telah makan bubur kacang hijau sebanyak 2 mangkuk. Nasib tak setengah periuk. Dan harap-harap, petua yang satu ni berkesan buat diri saya.

menu breakfast pagi ni. opismate pun aku ajak breakfast bubur ni pagi-pagi hari. jap lagi kita perhatikan, sama ada petua ni memberi hasil yg positif ke tidak.


14 comments:

  1. hi...salam perkenalan...i'm ur silent reader...org ckp nk tambah susu badan boleh usaha dgn makan jantung pisang dan lobak putih. selamat mencuba ye.

    ReplyDelete
  2. uh...bubur kacang hijau...sedapnyer...!!

    ReplyDelete
  3. xtau gk kacang hijau leh tambah susu hehe..nnt dayu apdet ye if brjaya tmbah susu pas mkn kcg hijau tu hee

    ReplyDelete
  4. new info...bagus..bagus..balik ni nak bli kacan hijau plak...

    ReplyDelete
  5. my favorite nih.. tetiba rasa nak masak bubur kacang hijau jugak. hehehe....

    ReplyDelete
  6. bubur kacang hijau mmg kegemaran ramai kan..cecah roti ke
    uiihh..mmg nyumm nyumm..
    rasanya kacang hijau ni mcm tak berkesan lah kat kita
    tapi tghari td makan jantung pisang..mmg berkesan la

    ReplyDelete
  7. yup...bubur kacan hijau penambah susu..ditambah lagi dengan gula merah..lagilah banyak susu...dulu mase dalam pantang, mak nad bagi makan putu mayam cicah gula merah...mase tu putu mayam adalah makanan yang paling sedap ok...susu pun banyak lepas mam gula merah...

    ReplyDelete
  8. puasa ke tak puasa sama je dayu.production maintain.aku dulu pun risau bln puasa susu drop,tp sebaliknya.kdg2 dpt lebih lagi.berkat bln ramadhan n rezeki anak.tp make sure minum air byk waktu mlm n sahur.minum sebanyak yg boleh

    ReplyDelete
  9. hi..salam kenal...erm..kacang hijau bagus utk banyak kan susu erk..kena try ni..selama ni mkn je tp x pernah tgk pun hasil bertambah ke x...

    ReplyDelete
  10. wau.. kacang hijo looks yummy, i setakat ni ok la production just kalau balik lambat from ofis baru la terpaksa my mom kasik susu tepung. kiss kiss eisya bam bam ye dayu

    ReplyDelete
  11. wow kuning nya durian..musang king kah itu? sgt la hebat jika kamu msk bubur kcg guna durian semahal itu

    ReplyDelete
  12. durian murah je tu
    free sebenarnya, bawak balik dr kem tahanan..dah tak termakan kat sn

    ReplyDelete
  13. salam kenal!
    hehe..
    kami pun tatau yg kacang hijau leh up susu..nk try nih!hehe

    ReplyDelete