Weekend lepas kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman melawat ibubapa yang dah berbulan tak bersua muka. Yang telah asyik bertanya 'bila nak bawak Cha balik??' Tu ayant tersirat yang sama ertinya bila mereka bertanya 'bila nak balik kg??' Sebelum ayat pertanyaan menjadi 'tak ingat kampung dah ke?' Baik aku tunaikan tanggungjawab segera.
Pulang malam Jumaat bagi memaksimakan masa di kampung halaman sebab suami saya tidak diluluskan permohonan cutinya.
Dan pada hari Sabtu, sempena mengambil kesempatan yang ada pertemuaan bersama rakan-rakan blogger diadakan. Walau hajat di hati mahu bertemu secara besar-besaran di Tiram Waterpark. Tetapi bila masing-masing ada komitmen yang tak memungkinkan agenda tersebut mampu dijayakan. Dapat bertemu dalam kelompok yang kecil pun tak mengapa. Alah.. kalau blogger dah bertemu. 2,3 orang pun macam 20-30 orang. Riuh jadiknya.
3 orang ibu muda lagi hot * (: * bersama anak mereka yang comel belaka
anak mereka bukan setakat comel. malah tak reti nak duduk diam.
aktif sepanjang masa. ibu nak berborak pun tak tenang jadiknya.
Kasih + Dani + Eisya sedang beramah mesra.
Cha tengung je Dani. Apa tak puas hatinya sayang?
terus Dani berusaha nak pujuk Cha. usap pipi lagi *auuwww*
Ini sebahagian gambar kejadian petang Sabtu lepas di Food Court Jusco Tebrau. Tempat pertemuan kami ber-3. Kali pertama bertemu dengan Afni sekeluarga, dan sekali lagi dapat beramah mesra dengan Nani dan dapat gomol Kasih. Seronok. Dan seperti biasa, kami mesra walau jarang berjumpa. Rasa macam sangat rapat. Yelah, walau tak bertentang mata, tak mendengar suara. Setiap hari kita berhubung kan. Mustahil lah tak jadik rapat.
Lagi gambar kejadian.
ibu beranak 3. nasib baik seorang je yang nangis. kalau 3-3 nangis, ngan saya-saya sekali melalak rasanya.
tapi sebenarnya ini seorang je anak saya.
ini Kasih sama ibu dia, Cikgu Hanani
saya dukung Dani, anak Afni. Eisya buat muka tak puas hati bila aunty Afni dukung dia.
Kasih tido. Cha tenung je Cik Afni dia. Aku rasa dia tengah aim nak tarik rambut Cik Afni dia lah. Dani je maintain cool walaupun hakikatnya mengantuk.
2 budak dalam trolley
Terima kasih kepada Nani dan Afni yang sanggup meluangkan masa dan sudi nak bertemu dengan aku. Sudi menghabiskan petang hari minggu korang, minum-minum petang bersama aku sekeluarga. Nanti ada kesempatan kita jumpa lagi ye. Dan terima kasih juga kepada En Ekwan yang sudi layan dan bawak aku jumpa kawan-kawan. Ohh.. terlupa. TQ juga kepada Jusco sebab taja tempat pertemuan kami.
ala, bestnya!!! ade kat kampung. kalo tak boleh join...
ReplyDeletecomelnya semua anak2 =)
ReplyDeletedani mcm lebih comel dr biasa je. cha as always nampak behave =)
waaa, banyaknya gambar..nak rembat boleh dayu..huhu...bestla dapat jumpa.macam jumpa member lama je bila berborak...anak2 dah besar ni macam2 kerenah..
ReplyDeletedayu yg ade ciri2 jd wakil rakyat..sume tempat dia p terjah n jumpe rakan2 blogger...hehehehehe....
ReplyDeleteyeay best. buat mcm cool je, padahal x pernah berjumpa. nanti kita gather di kl pulak k =)
ReplyDeletep/s: cha asik tenung mat dani jer..boleh da hantar rombongan ni..haha
betul tu dayu. jumpa blogger 2-3 orang pun, macam 20-30 orang kecohnya. hehehe
ReplyDeleterajinnya dayu jumpa geng2 blogger
ReplyDeletewah best! meh turun KL pulak meh.
ReplyDelete