17 June 2011

Sekali Harung

Bila hari bapa sebenarnya??

Aku memang tak tahu bila, tu yang last week bila ipar duai aku celebrate hari bapa sekali ngan birthday mak mertua aku. Aku sekeluarga pun tumpang lah sebadan tanpa segan silu. Kami memang tak penyegan, asyik je lah meyelit kat majlis orang.


Tetapi aku secara halobanya, nak juga amik kesempatan sekali lagi. Lagi-lagi bila Ekwan tanya 'father's day takde hadiah ke yang untuk orang?' Dan selamba aku jawab 'eleh, hari ibu aritu awak buat tak tahu je' Pastu dia pulak tersengih-sengih selamba 'ayang tak ingatkan pun' Chaaaiiittt!! Nak kena ingatkan pulak.

Tapi begitulah kami. Dari zaman bujang dulu, ketika sedang asyik dilamun cinta, hinggakan kini dah berumahtangga. Memberi dan bertukar hadiah tidak menjadi kelaziman. Tidak memberi pada tarikh-tarikh tertentu. Bukan tak mahu, juga bukan kerana tak mampu. Ikut hati memang mahu. Sape yang tak suka, dapat barang baru, free pulak tu. Jangan nak menipu. Tapi ada masanya, tarikh-tarikh tu jatuh pada masa yang tak kena. Birthday Ekwan 15hb, aku 21hb, Eisya pulak 20hb.. semua di kala duit peruntukan yang diterima setiap bulan adalah sudah masuk status 'cukup-cukup' Tu yang selalu mintak tangguh hadiah. Dah tangguh terus mansuh *sengih* Tapi makan-makan 'special' tetap adalah. Sebagai tanda mengingati, simbol
penghargaan. Jadiklah kan..

Mulanya ada juga rasa nak belikan dia something sebab dah niat kan, tapi bila dia balik tayang BlackBerry Bold dia, terus aku cancel. Jeles punya pasal.

Happy Father's Day!! You are the Best!!

Father of the World!!
- abang ipar dan biras ku (: -*eisya tidak mahu berenggang sama abah dia*

walaupun sepatutnya Eisya yang suap abah cupcake hari Bapa. tapi takpelah, sebab Cha tak pandai lagi, abah lah yang suap Cha cupcake sampai hidung pun biru kena icing

Celebration ni berlangsung Sabtu lepas. Balik je dari birthday Cyrus, terus ke Nilai nak celebrate birthday mak mertua pulak. Dan ada sambutan hari bapa sekali rupanya. Dan tanpa segan silu, menyelitlah kami sekeluarga tumpang gembira.

family saya yang sebelah sana (:
*Eisya geram tengok cupcakes Tok*

*weekend ni balik JB. nak gi makan satay wak Radol. mmg terbaik lah!!
** alang-alang, jom celebrate hari bapa sekali lagi (:

3 comments:

  1. sama la dayu, adiah ni time adaduet mmg sntiasa dapat, tapi klu kene takde det paham2 sndiri la.. makan pun dah ok

    ReplyDelete
  2. tang hadiah, i ler yang selalu rugi..sebab birthday 19th..hubby's and rafique's on 25th..gaji dah dekat nak masuk..so, ngam ler hadiah belated bday pun..

    tapi kalau dikira2, hubby lg selalu bg hadiah kat i walaupun xde special day..hihihi

    ReplyDelete
  3. afni pun tertanya-tanya bila exactly father's day aritu..hehe

    ReplyDelete