14 June 2011

Playground: Lokasi kegemaran Eisya

Mengikut perancangan untuk aktiviti hari Ahad yang asal adalah membuat lawatan ke Taman Burung. Ibu macam teringin nak kasik Cha tengok burung pelbagai jenis sebab sekarang dia macam dah kenal haiwan. Lagi-lagi 'bird' dan 'cat' Petang-petang kalau balik, mesti dia tunjuk-tunjuk burung yang tengah bertenggek kat tembok tepi rumah. Pastu kalau tengok buku pun dia suka kalau ada gambar binatang.

Nak bawak gi zoo, macam tak menarik Zoo Negara tu. Ke best dah??

Taman Burung pun jadik lah. Tapi sekali tengok tiket dia macam 'mahalnya' RM 20 seorang dewasa. Ni dah pakai MyKad ni. Terus batalkan hasrat. Memang kecewa. Sebab dah beriya.

tak dapat tengok burung, kita tgk ikan je jadik la Cha ye
Eisya mmg kegeraman sebab tak dpt nak masuk dalam kolam ikan tu. beriya dia meronta, lembik-lembik kan badan nak melepaskan diri *anak aku pantang jumpa air*

Nak pujuk hati yang sedikit lara. Ekwan bawak la anak bini dia ke taman permainan kat Tasik Perdana tu. Jadiklah, dari terus balik rumah kan.

alalalala... sukanya anak ibu!!

nak tinggi lagi?? okay, ibu no hal..

perasan besar. nak main kat jongkang-jongkit budak besar. dah tertonggeng-tonggeng

main gelongsor lagi mengekek budak ni. tak reti takut. siap sibuk nak panjat naik slide tu.

Lama okay duduk kat playground ni. Melayan Eisya main. Ke hulu hilir mengekor dia sampai letih jadiknya. Bila macam dah tak larat, kitaorg duduk tepi je. Biarkan dia meneroka, ukur kawasan sendiri. Terkedek-kedek lah dia. Risau gak. Yelah budak-budak besar lain berlari sana sini. Nasib baik kalau jatuh tak menangis, pandai bangun sendiri dia ni. Boleh la ibu ngan abah duduk rileks tepi, pantau dari jauh je.

Ada sejam kot kitaorg kat sini. Tapi Eisya macam tak reti penat. Angkut bawak masuk kete pun dia mengamuk.. Tak nak balik lagi. Dalam kete pun tak reti diam. Tak tido pun. Tak penat ke Eisya weehh? Ibu yang dah keletihan.

Tapi bila sampai rumah, mandi, susu.. terus lena. Reti pun penat ye kamu.

*sekarang Eisya ada satu 'peel' terkini. dia kalau dah dapat jalan kat luar, dia tak nak masuk kereta smula. sama jugak kalau dah bawak dia jalan-jalan kat depan rumah, bawak je masuk dia mengamuk. lembik-lembik kan badan sambil meraung. kuat drama dia ni

6 comments:

  1. waaahhh..seronoknyer Cha main kat playground..
    tp tu la Dayu, bdk baru dapat kaki mmg xnk duduk diam...bile dh turun kete ke dh kuar jejalan ke, confirm xnk blk dah...
    mmg kite akan bertarung dgn drama menggeliatkan badan oleh anak lps tu..huuhuhu...

    ReplyDelete
  2. ye k tiket nyer rm20...dh same harge dgn zoo negara je..naik g zoo..lg mcm2 animal kite leh tgk..puas hati sikit...baru2 ni pun hubby de ckp gak nk bwa g tmn burung..sbb aryan suka tgk "bird"...tp klu dh mahal mcm ni..baik g zoo lagi la...huhuh

    ReplyDelete
  3. budak tengah seronok explore dunia dia dayu. mmg gitulah. naurah pon sama jugak. da pandai buat protes..huhuh

    ReplyDelete
  4. syokla, dah paham bende2 tu sume. sebab tu xmau naik kereta dah. husna pun same, suka sangat kalo bawak pegi playground. Nasib baik playground kat depan rumah je. huhu

    ReplyDelete
  5. budak2 time2 camnie memang suka ngan playground kan.kysha pun suka sangat main gelongsur tu.tp panjat naik ikut depan.heheee..

    ReplyDelete
  6. aqil takut naik buaian tu..ish anak aku tu semua takut..ahaa

    ReplyDelete