13 June 2011

Little Touch LeapPad buat Eisya

Jumaat lepas parcel dari JuaiMurah telah selamat diterima. Punyalah gembira bila ada budak kangaroo kurier tu call kata 'kak, saya nak hantar barang ni. ada kat depan' Bergegas aku sarung kasut gi kaunter nak amik kotak. Sign segala yang perlu, terus masuk bilik. Amik gunting dan unwrapped kotak. Excited sungguh.

Tapi gambar tetap tak lupa nak amik. Inilah ciri-ciri blogger tegar (:

kotak Fair&Lovely, tapi isi dalam bukan krim pencerah kulit ye


Terus aku gi carik battery dan explore macamana nak guna LeapPad ni. Wahhh!! Seronok. Aku yang teruja. Tak sabar nak balik kasik Eisya main. Tak sabar nak tengok reaksi dia bila dia sentuh je buku tu, ada suara berkata-kata.

masuk je kereta, terus on LeapPad tu tunjuk kat Eisya.

Mula-mula dia macam tak teruja. Tengok je ibu tekan-tekan gambar dalam buku tu. Tapi bila dia dengar macam-macam bunyi keluar, dia dah naik syiok. Mula lah dia pun nak menekan sama. Tapi biasa lah, main hentam je dia tekan. Ibu pun satu hal, salah amik setting. Bagi peringkat umur Cha, mungkin setting 1 lebih sesuai. Setting yang lebih menjurus kepada muzik dan bunyi-bunyian.

Malam tu, Eisya hadap LeapPad je lah. Walaupun kertas buku dia dari kertas yang jenis susah ank koyak, aku tetap seriau bila tengok Eisya selak-selak muka surat dia. Eisya ganas okay.. Tapi bila kita nak tolong selak, dia marah. Maka perhati je lah.

Eisya, sentuh buku tu guna jari lah. Bukan satu tangan. Dah apa-apa je bunyi yang keluar.
takpe.. nanti lama-lama Eisya pandai la manfaatkan LeapPad ni

Dan seperti biasa, keterujaan ibu adalah melebihi dari anak yang adakalanya macam tak pandai menghargai. Tapi ibu redha. Aku terus belikan lagi 2 buah buku untuk Eisya gunakan bersama LeapPad ni nanti. Setiap pembelian Little Touch LeapPad ni adalah bersama dengan buku 'One Bear in the Bedroom' Kira ni buku yang telah build-in dalam system LeapPad ni. Tapi ada banyak lagi buku yang boleh diguna bersama. Dan bagi buku-buku lain akan dtg bersama catridge.

Buku & Catridge

Disebabkan segala barang di JuaiMurah adalah hot selling. Aku rembat 2 buku terus. Save kat postage.

Baby Animals: Discover animal & Relatinship
Pooh Loves You! : Discover friendship & Emoticons

Buat sementara ni aku akan khatamkan buku default tu dulu. Nanti bila Cha macam dah muak. Kita tukar buku lain pulak ye Cha. Biar ibu yang rasmikan buku-buku baru ni dulu. Senang ibu nak ajar Cha nanti.

Personally, aku memang rasa benda ni adalah sangat bagus. Sesuai untuk dijadikan bahan pembelajaran yang menyeronokkan. Yelah, budak mesti teruja bila ada buku yang boleh bersuara, Dia sentuh je segala gambar dalam buku tu, ada orang bercakap dengan dia. Setting advance sikit, boleh berinteraksi lagi. Lagipun buku-buku dia banyak. Tak silap aku ada sampai umur 6 tahun. Cuma kena pastikan LeapPad tu tak jahanam kena hentak/campak sudah.

Tak sabar nak rasmi buku baru (:

*tapi kena sedia bateri banyak-banyak, tak pun yang rechargeable. satu hari je 4 bijik AA bateri selesai digunakan

6 comments:

  1. waa belum berkesempatan beli buku utk dani. plus mama dia malas nak bacaka..hihi

    dayu, afni pm dayu aritu..ternanti2 kot nk dating ker

    ReplyDelete
  2. pehh aku pulak naik teruja!! tapi bulan neh wa da habes bajet. takpe tunggu lah dulu. hihi

    cha, nanti payin nak pinjam erk? hihi

    ReplyDelete
  3. bestnye!kat mane bleh beli ek?agak2 kt toysrus ada tak?

    ReplyDelete
  4. wah best ahh cha dpt buku...mun ingt nak beli jugaklah dayu..mcm menarik jek

    ReplyDelete
  5. biasa la mak lg over dr anak.zaman mak takde sume benda ni.nk lepaskan gian.hihihihii

    ReplyDelete
  6. dayu, leap pad ni best kan??dina pun belikan untuk Rafique..hihihi..+)

    ReplyDelete