27 June 2011

Entry pendek Menegur Sapa katanya

Di pejabat baru yang masih belum beroperasi. Aku rasa 2 minggu lagi baru boleh mula operasi semula ni. Kotak pun bersepah-sepah lagi ni.

Mood nak bekerja dan mengemas opis adalah merundum atau lebih tepat tiada sebab:

1. penat balik dari beriadah+piknik di Port Dickson adalah masih belum hilang
2. aku lebih teruja nak gi bercuti minggu depan (: *tak sabar.. tak sabar*
3. aku lebih sibuk mengemas beg dan sediakan segala kelengkapan nak bawak Eisya snorkelling buat pertama kalinya *ohhh, sun block blum beli lagi.. apa punya mahal lah sun block untuk budak-budak.. ibu abah share Eisya punya je lah eh..

Sape-sape ada tips nak bagi bagi perkara-perkara di bawah adalah amat dialu-alukan:
  • membawa anak kecil naik kapal terbang buat pertama kalinya
  • pengurusan anak di pantai
  • pengurusan pemakanan anak ketika bercuti
  • dan apa juga yang berkaitan dengan hal percutian keluarga untuk dijadikan panduan

Dan aku akhiri entry pendek pagi Isnin ini dengan gambar Eisya Elyssa yang sedang melalak tak puas hati ibu tak bagi main pelampung dalam kereta. Tabiat ke apa nak masuk duduk dalam pelampung dalam kereta. Kereta abah ni kecik je Eisya wweeehh.. Dalam kolam sibuk tak nak duduk dalam pelampung.. nak suruh ibu abah dukung main air. Dalam kereta pulak sibuk nak main pelampung.. Tebiat ke apa Cha?

nak!! nak!! -perkataan paling jelas sebutan buat masa kini-

*mana pulak USB cabel hp aku ni?? habis semua kotak aku selongkar, tak jumpa pun
*stroller tak kira dalam luggage kan?? ke camne hah?

9 comments:

  1. stroller tak dikira dlm luggage. asing.

    ReplyDelete
  2. http://www.babycenter.com/packing-checklist-for-traveling-with-baby

    http://www.flyingwithkids.com/

    ReplyDelete
  3. Next week nak gi cutii.. humm kemana tu? selamat bercuti..

    ReplyDelete
  4. boleh simpan info ni utk next year! Dayu nak pi mana ni?

    ReplyDelete
  5. alahai..kreatifnya eisya..nak duk dalam pelampung untuk kurangkan gegarann kot=)

    ReplyDelete
  6. wahh..dayu p mana..hihi sama la kita nak travel next week...

    anyway..misha..thanx ye link tu...leh share

    ReplyDelete
  7. tak yah bawa stroller ah.cha kan dah leh jalan.
    kalau ke pantai...jgn lupa baby sunblock ye.terbakar cha nanti.
    baju...bawa lebih dan yg senang cuci/kering.
    btw..selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  8. ank tengah melalak sempat lg captured gambo dia eh. cepat pujuk cepat

    ReplyDelete